Sunday, February 4, 2018

Dah mula merebak daah.........!

Seorang lagi ibu mahu batalkan penukaran agama anak dilakukan bekas suami
TMI · Diterbitkan pada 4 Feb 2018 2:22PM
Bekas suami S.Deepa menukar agama dua anak mereka pada 2013. Pada 2016, Mahkamah Persekutuan memberikan hak penjagaan anak berasingan kepadanya dan bekas suami. – Gambar fail The Malaysian Insight, 4 Febuari, 2018

IBU dua orang anak yang ditukar agama kepada Islam oleh bekas suaminya bercadang mengambil tindakan undang-undang bagi membatalkan penukaran agama itu selepas bekas suaminya mengatakan tidak akan membiarkan anak-anaknya murtad.

S.Deepa, 33, mengatakan pada awalnya beliau mahu menunggu anak-anaknya mencecah umur 18 tahun dan membiarkan mereka memilih agama mereka sendiri.

Tetapi selepas bekas suaminya, Izwan Abdullah mengatakan tidak akan membenarkan anak-anaknya murtad, Deepa merancang mengambil tindakan undang-undang untuk membatalkan penukaran agama itu.

“Saya sekarang serius memikirkan untuk memfailkan saman ke atas bekas suami yang mengatakan dia tak akan benarkan anak-anak kami murtad,” katanya seperti dipetik akhbar The Star Online hari ini.

Izwan, 35, menukar agama anak mereka tanpa persetujuan Deepa pada 2013. Anak lelaki dan perempuan yang bernama Mithran dan Sharmila kemudiannya dinamakan Nabil dan Nurul Nabilah.

“Anak saya ditukar agama dengan cepat sekali walaupun saya buat bantahan mengenainya di pejabat Jabatan Agama Islam di Paroi,” katanya.

Izwan diberikan hak penjagaan anak oleh Mahkamah Syariah Seremban pada 2013.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi memberikan hak penjagaan kedua anak itu kepada Deepa.

Tetapi, Izwan mengambil Nabil tanpa kebenaran pada April 2014.

Deepa kali terakhir berjumpa anak lelakinya itu pada Deepavali tahun lepas.

Kes perebutan hak penjagaan anak itu dibawa sehingga ke Mahkamah Rayuan, dan pada 17 Disember 2014 mahkamah memberikan hak penjagaan kepada Deepa walaupun ia bercanggah dengan arahan Mahkamah Syariah Seremban.

Izwan kemudian membawa kes itu ke Mahkamah Persekutuan yang memberikan hak penjagaan anak berasingan kepada kedua-dua mereka pada Febuari 2016.

Deepa diberikan hak penjagaan anak perempuan, manakala Izwan diberikan hak menjaga anak lelaki. Kedua-dua mereka diberikan kebenaran melawat setiap dua bulan sekali.

Walaupun Izwan mendakwa mereka “kekal berkawan baik”, Deepa mengatakan mereka tidak pernah berhubungan.

“Jika saya mahu cakap dengan anak saya, saya akan telefon isterinya, dia baik,” tambahnya lagi.

Keputusan Deepa untuk memfailkan saman membatalkan penukaran agama anaknya berlaku susulan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes M. Indira Gandhi yang membenarkan pembatalan penukaran agama anak-anak mereka dilakukan bekas suaminya tanpa kebenaran bersama.

Izwan sebelum ini mengatakan kesnya dengan Deepa berbeza dengan kes Indira dan tidak akan membenarkan anak-anaknya murtad. – 4 Febuari, 2018

3 comments:

  1. Biasa la Pak Din. Loyer nak buat duit atau ada org nk main sentimen kes Indira. Yg akan jadi mangsa adalah Pn Deepa itu nanti. Bertambah stress dan tension yg bertimpa-timpa. Sebab En En Izwan betul, kes dia dgn kes Indira berbeza. Dan kes En lzwan telahpun sampai ke mahkamah Persekutuan. Nak bicara balik, Pn Deepa kena ada reason yg kuat. Setakat alasan keputusan kes Indera, ianya tak ada kena mengena dr segi fakta perundangan.

    ReplyDelete
  2. Sepatutnya kerajaan kna kustkuasakan bahawa keputusan mahkamah syariah tidak boleh dicabar.... Pemerintah yg bersalah.... Pm islam, tpm islam,menteri agama pun islam.... Majoriti menteri2 dan ketua2 jabatan adalah islam....

    ReplyDelete
  3. terbukti dah 60 tahun amnao tak kisah snagat bab ugama Islam ni
    hnaya bila ada isu tertentu buat heboh nak dapat undi pru
    tengok saja hukum jinayah islam mana ada usaha kuat mahu buat
    ynag banyak kuat cari alasan nak tolak
    itu saja yang depa pandai
    alasan kuat konon rakyat majmuk
    tanggunglah balasan di akhirat sang penguasa dan para pemuka yang sokong amono selama ni

    ReplyDelete