Monday, February 12, 2018

Padan muka!

[VIDEO] Bapa didakwa bunuh Nur Aina Nabihah
Diana Azis  -  12 Februari 2018 11:27 AM
MOHAMMAD ABDULLAH MOHAMED didakwa membunuh anak kandungnya, Nur Aina Nabihah di Mahkamah Majistret Port Dickson hari ini. - UTUSAN ONLINE/ABD. RAZAK AID

TELOK KEMANG 12 Feb. - Seorang anggota tentera didakwa di Mahkamah Majistret Port Dickson di sini hari ini atas kesalahan membunuh Nur Aina Nabihah Muhammad Abdullah, 9, pada 31 Januari lalu.

Tertuduh yang merupakan bapa kandung mangsa, Mohammad Abdullah Mohamed, 35, didakwa menyebabkan kematian terhadap Nur Aina Nabihah di Taman Vista Jaya, Lukut, dekat sini di antara pukul 8.30 malam hingga 11.30 malam.

Mohammad Abdullah mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Siti Khairiah Abdul Razak, namun tiada sebarang pengakuan direkodkan.

Media sebelum ini melaporkan, Nur Aina Nabihah meninggal dunia dipercayai akibat didera bapa kandung dan ibu tirinya.

Keputusan bedah siasat mendapati mangsa mengalami kecederaan pada buah pinggang, selain usus terkoyak serta patah tulang rusuk kiri dan kanan dipercayai dipukul dengan objek tumpul.

2 comments:

  1. nila akibatnya bila bagi nama anak anak elok elok tapi tak didik bagi jadi orang perangoi pung dah terok dari berok
    bnayaknay tak didik anak elok elok
    harap nama saja macam nabi nabi
    nila jadinya

    ReplyDelete