Wednesday, February 7, 2018

‘Datuk’ dari Husam, Wan Rahim ditarik balik

Sultan Kelantan tarik gelaran ‘Datuk’ dari Husam, Wan Rahim
Zulkifli Sulong  · Diterbitkan pada 7 Feb 2018 10:19AM
DUA pemimpin Amanah Kelantan, Husam Musa dan Wan Abdul Rahim Wan Abdullah memulangkan semula darjah kebesaran yang dikurniakan oleh Sultan Kelantan hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 7 Februari, 2018

DUA pemimpin Amanah Kelantan, Husam Musa dan Wan Abdul Rahim Wan Abdullah memulangkan semula darjah kebesaran yang dikurniakan oleh Sultan Kelantan selepas diarahkan berbuat demikian oleh Istana Kelantan.

Husam dan Wan Abdul Rahim mendedahkan, mereka menerima surat dari Setiausaha Kerajaan Kelantan petang semalam yang memaklumkan Sultan Muhammad V berkenan menarik balik tauliah pelantikan yang membawa gelar Datuk Paduka.

"Menjunjung sebagaimana dititahkan, kami berdua telah mengembalikan Darjah Kebesaran dan surat pelantikan yang berkaitan kepada Yang Amat Berusaha Pengelola Istana Diraja pada hari ini, 7 Februari, 2018 di Istana Balai Besar.

"Kami mengambil kesempatan ini untuk sekali lagi menjunjung kasih dan mengulangi taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhamad V," kata mereka dalam satu kenyataan bersama.

Wan Rahim ketika dihubungi The Malaysian Insight berkata beliau menerima surat itu petang semalam kira-kira 5.15 petang.

"Ya saya terima surat itu semalam, dan pagi ini kami serahkan kembali (darjah kebesaran)," kata Wan Rahim yang merupakan pengerusi Amanah Kelantan.

Husam yang juga bekas exco kerajaan negeri kini pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan dan juga penasihat Amanah Kelantan. – 7 Februari, 2018.

6 comments:


  1. Tuhan mmberikan cahaya matahari dan oksigen percuma sama rata adil tanpa mengira pangkat atau darjat hatta yg bukan Islam pun sama2 menikmatinya.. jd apalah signifikannya darjat2 atau darjah2 kebesaran dari sesama manusia yg ASAL nya drp air mani yg hina, dan kesudahannya kerepot mnjd bangkai ditelan bumi?

    Adakah nabi SAW pernah membuat kasta2 gelaran darjat sebegitu rupa?

    Cer tanya hadyWANG ulorMAK besar itu?

    Mufti2 musang brjanggut ke guaner??

    ReplyDelete
  2. Berita gembira puak2 yg memusuhinya

    ReplyDelete
  3. Berita gembira sekelian yg memusuhinya

    ReplyDelete
  4. Sabar YB Husam ini merupakan ujian sangat sederhana dari Allah Azza Wajallah

    ReplyDelete
  5. https://www.youtube.com/watch?v=i-jvO5rrBkc

    ReplyDelete
  6. Thank you, I've just been looking for info approximately this subject for
    a long time and yours is the greatest I've found out till now.
    But, what concerning the bottom line? Are you sure concerning the supply?

    ReplyDelete