Wednesday, February 7, 2018

Rafizi dan bekas kerani bank ke 'dalam' 30 bulan di bawah Bafia

Rafizi dan bekas kerani bank Johari dihukum 30 bulan penjara
Hafiz Yatim  -  Hari ini, 11:14 am
Ahli Parlimen Pandan yang juga Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dan bekas kerani bank Johari Mohamad didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di Shah Alam hari ini kerana melanggar Akta Bank dan Institusi Kewangan (Bafia) berhubung kebocoran butiran akaun National Feedlot Corporation Sdn Bhd.

Hakim Mahkamah Sesyen Zamri Bakar berkata pihak pendakwa telah membuktikan perkara itu melampaui keraguan munasabah.

Pada analisis maksimum, katanya, mahkamah mendapati bahawa pihak pembelaan tidak menimbulkan keraguan dan oleh itu pihak pendakwa telah membuktikan perkara itu melampaui keraguan munasabah.

Oleh itu, Zamri berkata mahkamah mendapati kedua-dua tertuduh bersalah.

Rafizi, 40, diwakili Ahmad Nizam Hamid manakala Latheefa Koya mewakili Johari.

Pendakwa raya Timbalan Pendakwa Raya Lailawati Ali dan Steve Chin menjalankan pendakwaan.

Rafizi dan Johari diperintahkan membela diri pada 25 Okt.

1 comment:

  1. Dengan sabitan bersalah itu maka terbuktilah segala pendedahan oleh Rafizi mengenai penyelewengan wang NFC itu adalah benar, tiada yang tidak benar melainkan semuanya benar belaka. Hakim tersebut telah memberi pencerahan terhadap dakwaan Rafizi yang amat benar itu.

    ReplyDelete