Kenapa UMNO sibuk isu Tun M mahu jadi pemimpin? - Rais Yatim
Wan Syamsul Amly, Astro Awani | Diterbitkan pada Januari 11, 2018 07:00 MYT
RAIS: Dalam UMNO sibuk dengan soalan kenapa Dr Mahathir disyorkan jadi pemimpin Pakatan Harapan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pemimpin UMNO dipertikai kerana terlampau sibuk dengan isu Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu menjadi pemimpin di dalam Pakatan Harapan (PH).
Penasihat Sosiobudaya Kerajaan, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata, parti Melayu itu seharusnya lebih terarah kepada usaha menyelesaikan isu kehidupan berbanding memikirkan hal berkenaan Pengerusi PH itu.
"Dalam UMNO sibuk dengan soalan kenapa Dr Mahathir disyorkan menjadi pemimpin Harapan. Kenapa tidak selesaikan sahaja isu-isu kehidupan?" soalnya di dalam catatan terbaharu di laman Twitternya.

Catatan terbaharu di laman Twitter Rais mahu pemimpin UMNO tidak terlalu sibuk dengan isu Dr Mahathir yang mahu menjadi pemimpin. - Sumber gambar Twitter @DrRaisYatim
Sebelum ini PH bersetuju menamakan Dr Mahathir calon perdana menteri sekiranya mendapat mandat rakyat untuk membentuk kerajaan persekutuan selepas Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) akan datang.
Pakatan Pembangkang itu juga bersetuju menamakan Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalan perdana menteri.
Sejurus selepas dinamakan calon perdana menteri PH, Dr Mahathir juga berharap keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim melupakan perkara yang lepas dan sebaliknya menumpukan usaha memenangi PRU14.
Ramai pemimpin UMNO memberikan reaksi mereka yang kebanyakannya melihat keputusan PH satu langkah mengambil pemimpin 'kitar semula'.
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut menyifatkan ketidakstabilan politik pada kepimpinan PH boleh mengakibatkan jumlah pelabur asing merudum sekali gus menjejaskan ekonomi negara.
BACA: PH setuju Tun M dilantik PM, Wan Azizah timbalannya sekiranya menang PRU14
BACA: Terima kasih Anwar Ibrahim kerana terima saya - Tun Mahathir
Dalam pada itu, Rais menegur sikap segan pihak tertentu yang tidak menegur parti komponen Barisan Nasional (BN) kerana tidak peduli kawasan masing-masing.
"Ramai yang segan hendak tegur parti-parti komponen BN yang langsung tidak buat kerja rumah di kawasan masing-masing," jelasnya.
Sebelum ini, Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta parti komponen BN menghormati keputusan pucuk pimpinan dalam menentukan pembahagian kerusi dan calon bagi PRU14.
Ahmad Zahid berkata Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak dan beliau akan meneliti setiap calon yang dikemukakan oleh parti komponen dengan keputusan muktamad akan dibuat oleh Najib.

I savor, lead to I discovered exazctly what I was
ReplyDeletehavkng a look for. Youu havee ended my 4 day lengthy hunt!
God Bless you man. Have a nice day. Bye
Mat saleh ni duk merepek. Ehhh mabuk wain ker? Haha
ReplyDeleteRais ni sodap ler. Hari tu bersodap dgn amah maso datin pi musafir. Bilo dah molotup mano nk mengaku. Hihi. Tp kali ni idea bagus. Tapi jd penasihat budaya pm pon mau dapat rm25,000 sebln. Pencen menteri lg. Apo lagi mau? Mgkn mau cari bini baru yg masih bergotah. Ni bahana dedak najib. Rais pon cakap berlapik takot miss dedakk. Pandai rais jaga ekonomi sendiri. Ekonomi org jolobu jahanam. Hancor umnok bn
ReplyDelete