Tuesday, January 9, 2018

Toksah dok tunjuk sangat gelabah bewok tu weeh......!

* Yang dulu semasa Tun berkuasa, dijilat, diampu dan puji melangit. Kenapa sekarang caci maki sampai tengit? Rupanya mata dan hati arab ni nampak di sebelah orang saja.

Itulah politik beb.......!
Bukankah tipu dan propa itu mainan bersama?
Rakyat bodoh saja yang kena

Dulu caci Tun M, sekarang pembangkang jilat balik ludah mereka - Syed Ali
Astro AwaniBlog |  Januari 08, 2018 15:24 MYT
Dulu caci Tun M, sekarang pembangkang jilat balik ludah mereka - Syed Ali
Syed Ali berkeyakinan rakyat tidak mudah terpadaya dengan propaganda pembangkang.
KUALA LUMPUR: Tindakan terdesak pembangkang menamakan semula Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri seolah-olah menjilat balik ludah mereka sendiri demi agenda politik peribadi.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, ia sekali gus membuktikan Pakatan Harapan tidak yakin dengan kemampuan mereka menarik sokongan rakyat dan menyingkirkan UMNO daripada tampuk kuasa.

"Setelah sekian lama menjadi bahan maki hamun dan cacian pembangkang, akhirnya Dr Mahathir dinamakan semula menjadi perdana menteri oleh PH.

"Jika Pakatan Harapan mempunyai kekuatan dan sokongan rakyat sepertimana didakwa, mereka sepatutnya menamakan tokoh lain sebagai perdana menteri, seperti Mohamad Sabu atau Datuk Seri Azmin Ali.

"Sekarang, mereka mula mempromosikan nama Dr Mahathir, bekas perdana menteri untuk menarik sokongan rakyat kononnya percaya kepada aura politik bekas Presiden UMNO itu," tegasnya dalam catatan terbaharu di laman umnobahagiancheras.blogspot.my miliknya.

BACA: Reformasi dicadang Pakatan Harapan sama seperti deklarasi sebelumnya - Salleh

BACA: 
Calon Tun M jadi PM: Kalau saya pelabur saya fikir dua tiga kali - Khairy


Syed Ali bagaimanapun sukar untuk mempercayai bagaimana seorang bekas negarawan seperti Dr Mahathir sanggup menerima keadaan sedemikian, setelah sekain lama berjuang bersama UMNO.
"Secara peribadi, saya kasihan kepada Dr Mahathir yang dijadikan alat oleh pembangkang," tegasnya.

Tidak menafikan sumbangan dan jasa Dr Mahathir terhadap negara sebelum ini, Syed Ali bagaimanapun menjelaskan Malaysia memerlukan pemimpin dinamik yang mampu membawa era perubahan sejajar dengan perubahan zaman.

"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan tokoh yang sesuai dengan perubahan global dan tidak perlu diganti hanya kerana dendam peribadi.

"Dari sudut politik, orang boleh bercakap dengan pelbagai persepsi, termasuk menjenamakan semula Dr Mahathir oleh blok pembangkang, tetapi realitinya negara memerlukan pemimpin yang relevan dengan perubahan masa.

"Najib dilantik sebagai Perdana Menteri ketika zaman memerlukan seorang pemimpin yang tahan lasak, beriltizam dan bertanggungjawab untuk kepentingan rakyat," ujarnya.

Pembangkang, kata Syed Ali lagi, melakukan pelbagai serangan fitnah dan tohmohan liar hanya untuk merosakkan kredibiliti Najib selaku Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

Menurut beliau, rakyat juga melihat tindakan pembangkang menamakan Dr Mahathir sebagai bakal perdana menteri sebagai tidak relevan ketika prestasi Najib sebagai perdana menteri berada di tahap terbaik.

"Bagaimanapun, kita mengucapkan tahniah dan syabas kepada Dr Mahathir kerana masih lagi mendapat kepercayaan pembangkang untuk memimpin negara ini," ujarnya.

Beliau menambah, Dr Mahathir hanya akan dilantik sebagai Perdana Menteri untuk tempoh sementara bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dipenjara di Sungai Buloh.

Pakatan Harapan juga sudah membuat keputusan dalam konvensyen bahawa Anwar akan dilantik sebagai perdana menteri sebaik sahaja dibebaskan.

Berpendapat sebagai satu babak sandiwara politik, Syed Ali melahirkan rasa simpati terhadap Dr Mahathir kerana sanggup menjadi 'jambatan' kepadsa bekas musuh politik untuk kembali berkuasa.

"Jika mengambil kira ketetapan itu, bermakna agenda Pakatan Harapan adalah untuk memuaskan nafsu politik Anwar, bukannya kerana kepentingtan rakyat dan negara," tegasnya.

Beliau yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan menambah, perkembangan itu turut mensahihkan dakwaan banyak pihak sebelum ini bahawa perjuangan blok pembangkang hanya untuk membebaskan Anwar.

"Untuk menarik sokongan dan keyakinan rakyat, mereka namakan Dr Mahathir sebagai bakal perdana menteri dan selepas itu diganti oleh Anwar untuk tempoh tertentu.

"Rakyat sedang menyaksikan drama politik dimainkan pembangkang dengan cuba memperalatkan Dr Mahathir sebagai watak utama.

"Inilah drama politik yang kemungkinan diarahkan oleh Anwar bagi membolehkan beliau menjadi perdana menteri, jawatan yang begitu lama beliau idamkannya," katanya.

Beliau bagaimanapun tetap berkeyakinan rakyat tidak mudah terpadaya dengan propaganda pembangkang sebaliknya akan memberi kemenangan lebih besar kepada Barisan Nasional (BN).

Katanya, melihat kepada perkembangan terbaru dalam Pakatan Harapan, peluang UMNO dan BN khususnya untuk memenangi melebihi dua pertiga majoriti di Dewan Rakyat pada PRU-14 semakin terbuka.

"Faktor pentabiran Najib yang fleksibel dan sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat antara penyumbang besar ke arah kemenangan lebih cemerlang BN pada PRU-14 akan datang," ujarnya.

4 comments:

  1. Sekali air bah, sekali pantai berubah.
    Ko xnak jadi jenis pmimpin bermaruah, yg berprinsip yg berintigrasi. Ko orng kena hadam btui2, kumpulan yg ko sokong tuu telah membusuk yg melaksanakan kleptokrasi serta rasuah lagi penipu.
    Jadi berubahlah sbelum allah ubah ko orng jadi sperti kera2 kena blacan.

    ReplyDelete
  2. Klu dicaci maki tun m krn lawannya suci murni, ok la jugak. Ini lawannya najib. NAJIB!!!! Najib bukanlah org yg bersih suci murni. Penuh dgn skandal dan hipokrasi. Skandal seks altantuya, port dickson dan apa lg Allah sj yg tahu. Kemudian skandal korupsi scorpene, 1MDB dan terkini felda. Salahguna kuasa bawa anak bini makan angin ke sana sini guna duit rakyat. Buta ka macai2 umno dan lebai2 pas???

    ReplyDelete
  3. dulu manjingan tu jugak yang sokong matde
    lani dah betukar tuan matjib
    itulah manjing
    berbeut tulang tak pernah kenyang

    ReplyDelete
  4. Arab tongkang cari makan..... sesiapa saja jadi PM dia akan jilat. Tunggu nanti jika PH menang, Syed Haprak inilah akan jadi orang pertama yang terkam cium tangan TDM. Masa tu kau orang halau je hamlau ni jauh jauh....

    ReplyDelete