Tuesday, January 9, 2018

Siapakah sebenar LGE?: PAS tuduh anti Melayu, Islam. MCA pula kata anti Cina

Tuduh Guan Eng anti-Cina tindakan terdesak MCA
Pada 8 Januari 2018
Kejayaan kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) menerajui Pulau Pinang dicemburui Barisan Nasional (BN) apabila terus menerus menjadi mangsa tohmahan berbaur perkauman.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, rakyat diingatkan supaya berhati-hati dengan pelbagai tuduhan liar BN yang menggunakan sentimen agama dan perkauman untuk menakut-nakutkan mereka khususnya pengundi Melayu.

“Tentulah BN takkan benarkan kita menang mudah dalam pilihan raya umum kali ini. Mereka tau mereka bakal kalah dan sebab itu mereka terus gunakan emosi dan sentimen agama untuk menakut-nakutkan rakyat terutama pengundi Melayu,” katanya di Konvensyen HARAPAN petang tadi.

Menurut beliau, selain memfitnah DAP sebagai parti kononnya anti-Islam dan Melayu, dirinya juga tidak terlepas menjadi mangsa apabila dituduh sebagai anti-Cina oleh pemimpin-pemimpin MCA.

“Baru-baru ini pemimpia MCA yang cauvinis melabelkan saya anti-Cina kerana Kerajaan Negeri Pulau Pinang menaikkan peruntukan kepada agama Islam sebanyak 84 peratus.

“(Mereka) label saya anti-Cina kerana kita amalkan sistem tender terbuka di mana kontraktor Melayu menang 90 peratus dari kontrak. Siapa sebenarnya rasis? Siapa sebenarnya mainkan sentimen perkauman? Itulah Barisan Nasional!” kata Setiausaha Agung DAP itu.

Keadaan yang melanda parti pemerintah itu kata Guan Eng jelas menunjukkan BN telah hilang idea dan idealisma serta telah mengkhianati prinsip demi kepentingan kuasa mereka.

“Ia perlu digantikan demi selamatkan rakyat dan negara,” kata beliau. –  sember

No comments:

Post a Comment