Sunday, January 14, 2018

Seleweng sejarah bukan Melayu: Patriot libas Ulama

Jangan biar ulama seleweng sejarah bukan Melayu, kata pesara tentera
TMI · Diterbitkan pada 14 Jan 2018 11:23AM 
Presiden Patriot Kebangsaan, Brigadier Jeneral (B) Mohamed Arshad Raji berkata penglibatan bukan Melayu dalam mempertahankan negara tidak boleh disangkal dan kenyataan Ismail Mina Ahmad semalam adalah seleweng fakta sejarah pasukan keselamatan negara. – Gambar fail The Malaysian Insight, 14 Januari, 2018

PUTRAJAYA perlu membetulkan tanggapan tentang perjuangan negara melibatkan orang bukan Melayu dan tidak membiarkan kumpulan Islam tertentu menyeleweng sejarah, kata Persatuan Patriot Kebangsaan susulan dakwaan yang dilakukan pada Konvensyen Kebangkitan Ummah semalam.

Konvensyen itu tidak sepatutnya menyeleweng sejarah dengan mendakwa hanya orang Melayu yang berjuang menentang komunis dan musuh negara yang lain, kata Presiden Mohamed Arshad Raji, seorang brigadier jeneral bersara.

Katanya, ucap tama penceramah utama konvensyen itu, Ismail Mina Ahmad yang juga merupakan pengerusi Gerakan Pembela Ummah menggambarkan Mina tidak peduli dan tidak tahu sejarah.

“Menyeleweng sejarah untuk memenuhi matlamat politik pihak tertentu dan mewujudkan kebencian kepada orang bukan Melayu sangat tidak bertanggungjawab,” kata Arshad dalam satu kenyataan hari ini.

Ismail Mina dilaporkan berkata yang hanya orang Melayu berjuang menentang komunis, British dan Jepun. Kerana itu, orang bukan Melayu adalah ancaman kepada pemerintahan politik orang Melayu Islam, katanya lagi.

Menurut Arshad, sangat mengecewakan ulama seperti Mina yang sepatutnya menyebarkan kebijaksanaan, kasih sayang dan pemahaman dalam masyarakat tetapi sebaliknya mewujudkan kebencian antara rakyat.

Sejarah membuktikan yang orang bukan Melayu juga berjuang menentang Parti Komunis Malaya (PKM), melindungi negara ketika konfrontasi Indonesia, menyertai pasukan “Home Guard”, serta terlibat dalam misi keamanan di luar negara, katanya.

Begitu juga bukan semua anggota PKM adalah orang Cina, kata Arshad lagi memberikan misalan ramai pemimpin utamanya adalah orang Melayu seperti Abdullah CD, Rashid Mydin dan Shamsiah Fakeh.

Presiden Patriot itu mengatakan Ismail Mina mungkin “dimanipulasi” pihak tertentu “terutama menjelangnya pilihan raya ketika semua jenis taktik kotor dan keji akan digunakan”.

“Patriot sangat kecewa dengan mereka yang menaja Ummah di forumnya yang dicemari dengan ucapan kebencian dan fakta sejarah yang menyeleweng. Ketika negara kita sedang berdepan dengan banyak ketidakpastian…apa sahaja tindakan yang menyebabkan perpecahan tidak akan memberi manfaat kepada negara dan bangsa,” kata Arshad.

Katanya, menteri pertahanan, menteri keselamatan dalam negeri serta ketua tentera dan polis perlu membetulkan fakta mengenai kumpulan pelbagai kaum yang selama ini mempertahankan negara.

“Ketua Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) (juga) perlu mengeluarkan kenyataan untuk dijadikan panduan ulama lain bagi menghalang ajaran menyeleweng.”

Gerakan Pembela Ummah dikatakan mempunyai 300 NGO Islam yang bernaung dibawahnya.

Ismail Mina juga dilaporkan berkata yang pihak yang tidak setuju dengan Perlembagaan Persekutuan perlu hidup di negara lain, pada konvensyen sama wakil Persatuan Bekas Pegawai Pendidikan Malaysia mengatakan kerajaan perlu menghentikan biasiswa kepada pelajar bukan Islam. – 14 Januari, 2018

4 comments:

  1. kalau ada pung berapa kerat
    melayu yang nak halau kominis untuk britis senang perintah tm di up up
    melayu ynag nak halau britis itu ynag dihukum
    ada pilem ynag nak tonjolkan pejuanag melayu ynag tentang britis kurang digalakkan
    apa hal ni
    sejarah tetap sejarah
    walaupung tm dah jadi bubur kita jnagn lupa asal usul tm ni

    ReplyDelete
  2. Pemikiran dangkal tentang sejarah perlu dilawan, ramai SB Cina menyusup dalam komunis ,saya percaya ramai masih hidup, berjanggut bulan semesti ulama

    ReplyDelete
  3. Memalukan betul. Bercakap tentang Islam. Tapi pemalas nak buat homework. Dah tu cakap main ikut sedap mulut. itulah manusia yang mengaku ulama. Tak ada ciri-ciri ulama langsung...
    Berapa kerat orang bukan Islam menentang komunis??
    Buka buku baca. Tapi bukan buku teks karangan penyokong UMNO. Buku2 tu boleh buang je ke longkang.
    Sejak tahun 1948, sewaktu Darurat pertama di Malaya, yang menentang komunis hampir majoriti adalah askar British, Australia, India, Nepal dan sekumpulan kecil askar dari Kepulauan Pasifik seperti Fiji dan juga daripada benua Afrika. Askar Melayu pada waktu tersebut masih lagi dalam kumpulan yang kecil.

    Bagi tentera-tentera drpd luar ini, mereka dibantu oleh trackers drpd orang asli, yg kemudiannya disatukan dalam unit Polis, Senoi Praq. Di Sarawak, Iban trackers disatukan dalam Sarawak Rangers yang kemudiannya menjadi Regimen Ranger DiRaja. Di Sabah, Border Scouts yg terdiri darpd orang2 tempatan akhirnya menjadi unit Polis Hutan terutamanya di Keningau.

    Majoriti mereka ini bukan Melayu Islam. Perkembangan Rejimen Renjer DiRaja telah membuatkan ramai bukan melayu menyertainya samada menjadi anggota lain-lain pangkat ataupun pegawai. Jika kita menghadiri Hari Pahlawan di Kuching, kebanyakan mereka yang menerima Pingat Gagah Berani, masih lagi hidup dan bersara.

    Tak usahlah kita memperkecilkan sumbangan orang lain semata-mata hanya ingin menonjolkan diri atau agama kita. Allah tak minta kita berbuat demikian. Walaupun mereka ini bukan Islam, hakikat tetap hakikat. Sumbangan mereka seperti mendiang Kanag Anak Langkau akan tetap menjadi sebutan....

    ReplyDelete
  4. Asalkan pakai title pembela ummah je mula le merapu macam makan pil kuda. Sekarang ni je asalkan pakai kopiah putih berserban pulak lagi, tiada yang bodoh selain dari sebodoh bodoh maklumat. Macam lebai berserban berjubah tapi cirit birit. PAS For All Tolols

    ReplyDelete