Wednesday, January 3, 2018

Lawak bodoh atau memang tahap dia?

WEDNESDAY, JANUARY 03, 2018
Lawak Bodoh Ust Deris : DAP mahu sertai BN?
Naib Presiden PAS Idris Ahmad berkata, sebab partinya dianggap sebagai pembangkang yang 'sesat' di mata DAP hanyalah kerana mereka enggan tunduk kepada parti itu.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng semalam yang menyifatkan PAS sudah menyimpang daripada perjuangan politiknya dan kini menjadi 'pembangkang olok-olok' dan 'sesat' sehingga dipuji Umno. -  sumber   (dia pun pakai modal UMNO)

Betullah apa yang LGE tu kata.Bukan dia sorang yang kata gitu, YB Amirudin dan Dato Mahfuz pun kata gitu. Kalangan PAS Progresif yang keluar beramai-ramai dan tubuhkan AMANAH sebelum ini pun kata macam tu!

Golongan yang digelar sebagai PAS Progresif seperti Hj Mohamad Sabu, Salhudin Ayub, Husam Musa dan Mahfuz Omar adalah antara pemimpin utama PAS yang menentang sebarang usaha perpaduan PAS-UMNO.

Mereka akhirnya, lenyap dalam Muktamar ke-61 akibat tidak sehaluan dengan kehendak Hj Hadi yang mahu bersama Umno Bn.

Sebab itu mereka semua keluar Pas kerana ingin bersama parti yang benar-benar melawan Umno Bn.

LGE kata, "Mahfuz mahu pakatan pembangkang yang boleh bersihkan Malaysia dari skandal Felda, 1MDB, nak benar-benar lawan BN bukan nak kerjasama secara senyap-senyap, curi-curi."

Memang itulah yang Dato Mahfuz sering perkatakan dan tidakannya itu memang bertentangan dengan dasar dan sikap Pas yang lunak dengan Umno Bn.

Idris kata PAS sentiasa konsisten bersuara dalam isu melibatkan kepentingan negara seperti 1MDB dan Felda.

Jangan nak mengarutlah Deris! Pas memang sentiasa konsisten dalam menyokong Umno BN. Pas sentiasa konsisten menyatakan "puas hati".

Isu Felda, Pas kata "puas hati". Isu 1MBD, Pas kata "puas hati" Isu Tabung Haji Pas kata "puas hati"

Idris juga membangkitkan tentang isu RM90 juta wang 1MBD yang Najib beri kepada Pas.Kalau Pas tidak puas hati dan tuduhan itu sebagai fitnah kenapa sehingga sejkarang tidak sahut cabaran Dato Husam dan YB Rafizi supaya saman mereka?

Ramai yang rasa geli hati bila dengar cerita kamu yang DAP nak menyertai BN. Janganlah buat lawak bodoh sangat...

Idris nampak bodoh bila berkata, "Ada gambar kemesraan Lim dengan pemimpin Umno. Bukan setakat berlaga pipi, malah berlaga perut. Tetapi PAS tidak sebodoh itu untuk menjadikannya modal menuduh DAP hendak menyertai BN," katanya lagi.

Wahai Derih, adanya hubungan kerjasama Pas dengan Umno bukan hanya kerana berdasarkan gambar Najib dan Hj Hadi sedondon.

Kamu orang Perak, takkan tak tahu cerita yang pernah Ust Ahmad Awang ceritakan dalam Muktamar Pas dulu? Kenapa tak ada siapa pun yang berni tampil menafikannya jika Ahmad Awang berbohong?

Pas tidak menyerang Umno Bn bersunggoh-sunggoh sebagaimana Pas menyerang AMANAH dan DAP.

Dalam parlimen, Pas duduk berkecuali jadi 'Pasu Bunga'. Presiden Pas pun asyik ponteng...

Setiap kali Tun Mahathir buat kenyataan mengecam Najib, pastinya Hj Hadi akan tampil untuk membelanya.

Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn pada 8:00 am

* Memang 'bodoh' senang diperkakaskan!

4 comments:

  1. sudahlah deris... kau sorang je yg masih membodek hj hadi.

    yg muda2 dlm pas dh senyap sikit.

    dh mentol sgtlah klu ckp dap nk sertai bn.

    ReplyDelete
  2. Hanya lembu2 sahaja yg menyokong dap...sudah la barua2 dap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro, lembu Dan kerbau balaq saja kot yg dok dlm Pas sekarang ni termasuk lu bro.

      Delete
  3. Lembu byk dlm umno. Lembu shahrizat tidor dlm kondo. Habis duit rakyat rm250juta. Lembu hilang. Mak lembu selamat. Kesian lembu umno dan walaun pas.

    ReplyDelete