Tuesday, January 16, 2018

Kesiaan.........akibat dari manusia kepala gila!

Remaja maut ditimpa kerusi di PPR
Astro Awani |  Diterbitkan pada Januari 16, 2018 08:30 MYT
Mangsa, S. Sathirawan, maut selepas ditimpa sebuah kerusi pejabat berwarna biru yang dicampak dari tingkat atas. - Gambar ihsan

KUALA LUMPUR: Seorang remaja lelaki maut selepas ditimpa kerusi yang dicampak dari tingkat atas PPR Seri Pantai, Pantai Dalam malam tadi.

Mangsa, S. Sathirawan, 15, meninggal dunia di tempat kejadian akibat daripada hentakan kerusi pejabat yang tepat mengenai kepalanya.

Menurut ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali, kejadian berlaku kira-kira pukul 8 malam.

Ketika kejadian, mangsa bersama ibunya baru pulang dari kedai runcit, tiba-tiba kerusi tersebut jatuh dari tingkat atas dan mengenai mangsa.

"Anak adik saya meninggal dunia hari ini kerana ada orang baling kerusi kena kepala dia. Saya sendiri nampak keadaan itu. Saya tak nak perkara ni terjadi kepada sesiapa lagi, orang muda atau dewasa," kata Citra, seorang ahli keluarga mangsa.

"Pihak PPR, tolong ambil tindakan hal ini!" tambahnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Ruslan Khalid mengesahkan kejadian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kematian secara cuai.

No comments:

Post a Comment