* RoS yang banyak senongeh atau ahli Bersatu sendiri yang cipta masalah?
ROS terima 428 aduan
SITI ZUBAIDAH MAT ISA - 10 JANUARI 2018
SHAH ALAM - Peningkatan aduan terhadap Bersatu selain kemelut dalaman parti itu menjadi punca Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) sehingga kini, tidak dapat meluluskan permohonan parti tersebut termasuk mengiktiraf Pakatan Harapan (Harapan).
Ketua Pengarah ROS, Surayati Ibrahim berkata, setakat 8 Januari, pihaknya menerima sebanyak 428 aduan terhadap Bersatu.
“Isu Armada, pemecatan Exco, mesyuarat agung tahunan (AGM) dan rasa tidak puas hati ahli terhadap urus tadbir Bersatu antara aduan yang paling banyak diterima ROS.
“ROS bukan sengaja melewat-lewatkan permohonan Bersatu dan Harapan. Kami perlu siasat semua aduan ini dengan teliti. Ini termasuk aduan terhadap DAP,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
Menurut Surayati, ROS juga sedang memantau setiap aktiviti Harapan.
Katanya, siasatan perlu diteliti secara menyeluruh memandangkan ada masalah yang belum selesai berhubung Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP dan ditambah pula isu dalaman Bersatu.
“Perkara-perkara inilah yang memanjangkan lagi tempoh kelulusan ROS. Tidak ada jangka waktu yang tepat, bila ia boleh diselesaikan.
“Kerana itu, Bersatu perlu segera menyelesaikan segala isu dalaman parti supaya permohonan mereka dapat disegerakan,” katanya.
Semalam Sinar Harian melaporkan, Pakatan Harapan mahu ROS mempercepatkan permohonan kelulusan penggunaan satu logo pada PRU14.
Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kelulusan dalam masa terdekat membolehkan ia diperkenalkan kepada pengundi.
ROS terima 428 aduan
SITI ZUBAIDAH MAT ISA - 10 JANUARI 2018
Surayati Ibrahim

1001 alasan sapa pun boleh bagi....terima aduan lah....bla bla bla...Pen dan kertas kat tangan ROS....Hitam atau Putih lambat atau cepat...ROS yang menentukan....!Boringlah...!
ReplyDeleteROS Memang Laknatullah betul........!!
ReplyDeleteSudahlah ROS. Nak muntah kami mendengar putar belit kamu. Menyampah...
ReplyDeleteApakah aduan itu dan apa pula perkara yang tidak betul dalam PPBM? Nyatakanlah secara detail setiap satunya serta cara-cara ianya boleh diperbetulkan, jangan hanya beri ulasan yang terlalu umum! Nampak sangat nyata, ROS adalah balaci UMNO/BN.
ReplyDeleteRos nk buat keputusan kena mengadap najib dulu,.pdrm, sprm. spr, kdra, semuanya sama, nampak sangat umno mengunakan Kuku besi untuk mencengkam kuasa,. x pe la PRU pn dah dekat buat la sesuka hati dgn nafsu serakah kamu,. Doa rakyat kamu akan di kuburkan tanpa Nisan supaya tidak menjadi mimpi dan ingatan jenerasi akan datang,. Rakyat mau kan perubahan,. Tanpa umnobn tanpa najib n tanpa semua kroni serta Barua pendedak,.

ReplyDelete