Friday, January 12, 2018

Dr. Mahathir calon PM: Apa komen Azmin dan kenapa Latheefa Koya kecewa

Azmin: Dr M pilihan terbaik untuk rakyat
mk      Hari ini, 5:03 pm
Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad adalah pilihan terbaik dari gabungan itu untuk menyandang jawatan perdana menteri, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali.

"Sekiranya kita dapat meyakinkan rakyat untuk menerima (calon PM berusia) 93 tahun, kenapa tidak? Kami (HARAPAN) demokratik.

"Kita bukan paksa rakyat untuk terima. Kami tidak berada di sini untuk memaksa rakyat untuk menerima (Mahathir) tetapi kami menawarkan (ini) adalah pilihan terbaik yang boleh kami tawarkan," katanya kepada pemberita di Gombak petang ini.

Azmin, yang merupakan timbalan presiden PKR, ditanya berulang kali berhubung keputusan HARAPAN mencalonkan pemimpin yang telah berusia itu di sebalik gesaan agar pemimpin lebih muda menerajui negara.

"Saya bukan orang muda (juga), saya berusia 53 tahun. Maksud saya adalah ini hanya cadangan HARAPAN," kata Azmin sambil menambah rakyat juga harus melihat deklarasi HARAPAN yang lain.

Selain calon perdana menteri dan timbalan perdana menteri, HARAPAN pada konvensyennya Ahad lalu turut mengumumkan agihan kerusi bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 dan komitmennya melantik bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri kelapan.


Latheefa kecewa Azmin dituduh pengkhianat
mk      Hari ini, 5:43 pm
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mamainkan peranan penting dalam Pakatan Harapan namun ada pihak dalam pakatan itu yang menuduh menteri besar Selangor itu sebagai pengkhianat dan ada agenda sendiri, kata Latheefa Koya.

Anggota majlis pimpinan tertinggi PKR itu mendakwa terdapat pihak yang suka memfitnah Azmin dan lupa peranan naib presiden PKR itu yang penting dalam memastikan HARAPAN boleh berfungsi secara efektif.

Latheefa menambah Azmin merupakan arkitek di sebalik pertemuan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 5 September 2016 yang lalu sehingga gabungan dua tokoh ini mencetuskan harapan kepada negara ini.

“Pimpinan yang lain bukan sahaja mengecam tetapi siap mensabotaj dan cuba memecah-belahkan mereka dua ini.

“Lupakah kita kerja jahat 'mat bocor' atau 'budak kecik', kejap sokong, kejap menghentam,” katanya melalui Facebook tanpa menyebut nama secara spesifik.

Sebaliknya, kata Latheefa, Azmin konsisten dan memandang jauh strategi Dr M-Anwar itu walaupun dihina sebagai pengkhianat dan sebagainya.

Latheefa turut menjelaskan bahawa Azmin yang telah mencabar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di mahkamah atas isu persempadanan sehingga berjaya.

Langkah itu menurutnya berhasil mendapatkan perintah penggantungan untuk selama setahun lebih, yang memberi tempoh masa yang agak lumayan bagi HARAPAN untuk menguruskan organisasi mereka ini.

“Jika Azmin tidak membuat cabaran ini, sudah lama pilihan raya umum (PRU) dipanggil dan HARAPAN tidak mampu bersedia.

“Ada sesiapa ucapkan terima kasih? Tidak. Langsung tiada terima kash! Sebaliknya sehingga hari ini, beliau dikecam dan dituduh sebagai not a team player! (tidak bekerja secara berpasukan),” tegasnya.

Yang penting sekali, kata Latheefa atas pentadbiran kerajaan Selangor yang cekap dan cemerlang dengan polisi-polisi pro rakyat di bawah pentadbiran Azmin yang telah memberi HARAPAN satu negeri contoh.

“Beliau melakukan ini dalam keadaan yang amat tertekan, cabaran yang tanpa terhenti-henti.

“Ada sesiapa ucap syabas kepada beliau? Hanya rakyat dan orang ramai yang mengucapkan terima kasih. Malangnya segelintir pimpinan dari HARAPAN hanya tahu mengeluarkan kata-kata dengki, menuduh Azmin sebagai pengkhianat dan kononnya ada agenda sendiri,” katanya.

Justeru, kata Latheefa, untuk bergerak ke depan, pihak berkenaan perlu ketepikan hasad dengki an fokus kepada musuh iaitu BN dan Umno.

Latheefa berkata demikian sebagai mengulas pihak yang tidak puas hati dengan pengumuman calon perdana menteri HARAPAN.

Terdahulu, beliau berkata pakatan pembangkang perangkap diri sendiri dalam permainan BN dengan membuat pengumuman yang tergesa-gesa.

Pada konvensyen Ahad lalu, HARAPAN mengumumkan Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri sementara Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon timbalan perdana menteri.

4 comments:

  1. Lateefah koya sedap2 mulut engkau jer tuduh orang lain buat kerja jahat...kau tu bsik sgt ker. Dari tindakan kau yg lebih sudu dari kuah ni la yg menyebabkan kau tu lebih busuk dari orang yv kau tuduh tu. No respect to u.

    ReplyDelete
  2. Dia x blh pakai...duduk pn serumah dgn n.surendren....buang je dia...stakat lawyer cam dia ramai g ada dln pkr...dia x da impct pn klu dia x da...

    ReplyDelete
  3. Dia x blh pakai...duduk pn serumah dgn n.surendren....buang je dia...stakat lawyer cam dia ramai g ada dln pkr...dia x da impct pn klu dia x da...

    ReplyDelete
  4. Latifah ni duk serumah dgn surendran? Aik khalwat ke? Cepat report Jais. Sebelom mereka buat projek anak haram. Hahaha

    ReplyDelete