Amanah tidak perlu tamak, jangan minta banyak kerusi - penganalisis
Irwan Muhammad Zain, Astro Awani | Januari 05, 2018 17:34 MYT

KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (Amanah) dinasihatkan agar tidak meminta terlalu banyak kerusi parlimen bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisommudin Bakar berpendapat Amanah perlu melihat kepada kekuatan sebenar mereka sebelum menuntut kerusi yang lebih banyak.
Hisommuddin berkata pimpinan Amanah tidak seharusnya terpengaruh dengan permintaan akar umbi mereka dalam membuat keputusan untuk menuntut kerusi pilihan raya.
"Secara realistiknya bagi pihak kepimpinan parti dan mereka yang mengubal strategi parti perlu melihat lebih mendalam dan terperinci bukan saja mengikut kehendak akar umbi tetapi perlu menilai segenap aspek," katanya kepada Astro AWANI.
Katanya, pengalaman ketika Pilihan Raya Negeri Sarawak pada 2016 perlu dijadikan iktibar oleh Amanah dimana parti itu bertanding banyak kerusi hingga hilang fokus dan akhirnya tewas disemua kerusi.
Amanah kini mempunyai enam ahli parlimen yang mana kesemua mereka adalah bekas wakil rakyat Pas yang bertindak keluar parti selepas tewas pada pemilihan parti pada 2015.

Hi there, this weekend is fastidious in support of me, ass this point inn time i am readding this
ReplyDeletegreat educational paragraph here at my home.