Tuesday, January 2, 2018

Adakah 3 soalan ini dari pendirian atau propagandis?

Tiga soalan sebelum menukar kerajaan
Oleh: Azman Hussin

ADA beberapa persoalan yang perlu anda fikir dan jawab sebelum membuat keputusan menukar kerajaan hari ini.

Pertama, sudah tentulah kerajaan hari ini perlu dibuktikan sangat teruk sehingga ia tidak dapat diperbaiki lagi. Anda mesti menunjukkan hujah-hujah yang kuat kenapa tiada pilihan lain, selain menukarnya. Perkara-perkara buruk itu mestilah anda alami sendiri. Dan perkara-perkara itu mestilah adalah berpunca daripada tindakan atau di bawah kawalan kerajaan.

Mendengar dakwaan-dakwaan musuh kerajaan begitu sahaja, tentulah tidak adil. Tiada musuh yang akan bercakap baik tentang musuhnya. Mempercayainya membabi-buta adalah tindakan yang tidak cerdik, apatah lagi ia perkara menukar kerajaan.

Anda perlu membuktikannya sendiri dengan apa yang anda lalui sendiri. Jika hanya sekadar mendengar dakwaan-dakwaan pembangkang, ia tidak kuat. Banyak yang lebih kepada persepsi dan perang saraf (propaganda) pembangkang semata-mata, misalnya negara ini sudah tentu lama bankrap kerana ia telah diperkatakan oleh penentang kerajaan sejak dahulu.

Ramai orang menuduh kerajaan menindas rakyat, tetapi mereka tidak dapat menunjukkan apa penindasan itu. Fikiran mereka keliru kerana terpengaruh dengan dakyah-dakyah yang dimainkan pembangkang.

Jadi, apakah sebenarnya perkara-perkara yang buruk tentang kerajaan hari ini bagi anda?

Anda tidak ada pekerjaan? Alasan ini sama sekali salah, kerana banyak pekerjaan di negara ini sehingga ramai warga asing datang ke sini.

Adakah kerana menyekat anda menjadi kaya? Tidak, bukan? Begitu ramai jutawan baru lahir di negara ini dan kerajaan tidak pula merampas harta benda mereka? Ia bergantung pada diri anda sendiri.

Kenaikan harga barang-barang keperluan? Ya, ini mungkin benar, dan perkara ini akan saya jawab dalam soalan kedua.

Kerajaan tidak menegakkan hukum-hukum Islam seperti hudud?

Kerajaan mencuri wang negara melalui 1MDB, rasuah, menjual negara?  Saya tahu ada banyak lagi deretan pertuduhan.

Untuk memendekkan persoalan, saya terima sahaja semua tuduhan anda itu sebagai benar, walaupun ia tidak dapat dibuktikan secara jelas dan alami.

Maka, atas hujah-hujah itu, anda fikir kerajaan perlu ditukar.

Tetapi, ada soalan kedua yang perlu anda jawab sebelum menukar kerajaan.

Soalannya, adakah jika kerajaan hari ini perlu ditukar atas hujah-hujah yang anda katakan tadi, anda tidak perlu memikirkan bagaimana pula bentuk kerajaan baru itu?

Anda tidak boleh menukar kerajaan yang buruk begitu sahaja tanpa memikirkan bagaimana pengganti mereka. Jika syarat pertama kerajaan perlu ditukar dipenuhi, anda perlu memenuhi syarat kedua pula, iaitu adakah kerajaan baru itu lebih baik.

Sesuatu yang buruk, yang perlu ditukar, tidak semestinya yang bakal menggantikannya adalah lebih elok. Adalah logik yang salah jika kerajaan Barisan Nasional buruk, maka pakatan pembangkang itu lebih baik.

Jika anda mahu menukar kerajaan kerana marahkan kerajaan tanpa memikirkan siapa penggantinya, itu menunjukkan anda bertindak emosional.

Mungkin anda menyatakan kerajaan baru perlu diberi peluang untuk membuktikan mereka lebih baik. Sebenarnya, ia tindakan tidak bijaksana dan berisiko tinggi. Anda sepatutnya telah menilai sendiri siapa mereka sekarang tanpa perlu menunggu mereka memerintah.

Contohnya, adakah kerajaan baru dapat menurunkan harga barang-barang keperluan seperti yang anda mahukan? Ia adalah ilusi semata-mata. Boleh dikatakan tiada dalam sejarah bahawa barang akan turun harganya setelah kerajaan bertukar dalam sejarah dunia.

Soalan GST, iaitu mereka mungkin memansuhkannya, tetapi pasti mereka akan mengenakan cukai yang lain. Tidak mungkin tiada cukai. Bagaimana kerajaan mahu membiayai negara. Ia sebenarnya seperti tutup lubang gali lubang sahaja.

Kerajaan tidak menegakkan hukum-hukum Islam? Bagaimana pula dengan pembangkang? Adakah anda fikir mereka akan menegakkannya, sedangkan apa yang dibawa oleh mereka hari ini adalah pemikiran-pemikiran sekular, liberal, plural malah cenderung menyokong LGBT, arak dan seks bebas?

Semua ini sebenarnya lebih teruk lagi berbanding dengan apa yang berlaku hari ini.

Anda mahukan keadaan yang lebih baik, tetapi apa yang bakal anda pilih lebih buruk lagi.

Lagi, siapakah Perdana Menteri baru jika kerajaan bertukar? Anda perlu menjawab soalan itu terlebih dahulu. Kegagalan menjawab soalan ini menunjukkan anda sendiri tidak pasti siapa yang akan memerintah anda. Keraguan dalam soal ini membuktikan fikiran anda cetek kerana tidak tahu kepada siapa anda akan serahkan negara ini.

Baiklah, jika anda berkeras menyatakan kerajaan baru (pembangkang hari ini) adalah lebih baik, jawab pula soalan ketiga.

Persoalan ketiga, kerana kerajaan zalim dan pengganti mereka lebih baik bagi anda, adakah proses pertukaran itu tidak mendatangkan sebarang risiko atau kemudaratan-kemudaratan yang lain?

Menukar kerajaan tidak semudah bercakap. Ia ada proses dan impaknya kepada negara.

Walaupun niat anda baik, matlamat tidak dapat menghalalkan cara anda. Anda melihat sendiri hari ini, akibat mahu menukar kerajaan, politik negara menjadi tidak stabil, dan bagaimana orang-orang bukan Islam menjadi semakin dominan menuntut hak mereka, sekaligus menafikan hak anda sebagai orang-orang Melayu.

Lihatlah juga akibat pergolakan politik ini, pelbagai gerakan perosak agama seperti puak sekular, liberal dan plural muncul dan menangguk di air keruh.

Dengan kaedah atau cara buruk yang dibawa pembangkang seperti demonstrasi, menjemput campurtangan asing dan mempersoalkan apa saja, ia hanya membawa budaya buruk ke atas negara. Ia akan menjadi suatu kitaran ganas. Kerajaan baru akan ditentang dengan cara yang sama kerana mereka telah memulakannya. Jika ini berlaku, suasana politik akan berterusan tidak stabil. Apabila tidak stabil dan lemah, negara akan mudah dimanipulasi oleh kuasa-kuasa asing.

Adakah ini baik kepada negara, sekalipun niat anda adalah sekadar menukar kerajaan?

Ringkasnya, untuk anda menukar kerajaan, anda perlu melepasi tiga perkara asas ini.

Pertama, benarkah kerajaan itu zalim, menindas dan teruk sehingga ia perlu ditukar.

Kedua, jika anda dapat membuktikan yang kerajaan sedia ada zalim dan menindas rakyat sehingga ia wajar ditumbangkan, anda perlu memikirkan adakah pengganti mereka adalah lebih baik.

Dan ketiga, jika anda dapat membuktikan pembangkang adalah lebih baik, apakah proses pertukaran itu tidak mengundang risiko kepada negara dan rakyat?

Saya nyatakan persoalan ini kerana banyak contoh negara telah hancur kerana rakyatnya mahu menukar kerajaan tanpa berfikir panjang. Penentangan-penentangan kecil yang akhirnya menjadi demonstrasi dan rusuhan berdarah kerana gagal melalui sistem demokrasi.

Sesungguhnya untuk membina sesebuah negara itu amat payah dan memakan masa, sedangkan untuk menghancurkannya adalah mudah dan sekejap sahaja.

Anda mestilah hidup dalam realiti. Tidak ada kerajaan pun yang sempurna, tetapi ia bukanlah alasan untuk kita menukarnya begitu sahaja tanpa memikirkan apa hasilnya pertukaran itu. Tidak ada gunanya mengejar kebaikan, tetapi ia mengundang keburukan-keburukan yang lain.

Selamat berfikir dengan akal yang waras dan rasional. Apa yang saya katakan tadi adalah contoh-contoh, dan anda sendiri memiliki akal untuk memikirkan dengan lebih mendalam.

11 comments:

  1. Berok mana pulak nih? Intelek kepala bana..! Kerosakan sekarang adalah nyata. Kerosakan yang akan datang hanyalah andaian. Ngok! Kah kah kah.

    ReplyDelete
  2. mngelirukan antara elemen kerajaan dgn elemen pembangkang.

    ReplyDelete
  3. Sdr Azman Hussin,

    Tak payahlah tukar kerajaan. Nanti perkara yang lebih buruk mungkin berlaku. Bangsa Melayu ni memang sukar membuat perubahan. Sebab tu bangsa Melayu ni masih mundur. Biarlah pimpinan sekarang ni merompak menyamun dan menipu rakyat. Biarlah asset strategik negara habis terjual kepada orang asing. Setelah semuanya tergadai kita masih boleh nyanyikan anak kecil main api beramai-ramai. Hanya yang buta mata, pekak telinga dan tedrtutup pintu hati sahaja masih belum dapat menilai kerosakan yang dibawa oleh regim sekarang.

    ReplyDelete
  4. Turki tukar Kerajaan..

    Ada lagi negara-negara lain yang tukar kerajaan.. cuma ada yang jadi masalah kerana campur tangan kuasa asing seperti di negara Arab.

    Yang buruk dah pasti buruk. Sanggupkah kita terus di zalimi tanpa berani berubah ?

    Persoalan mana zalim nya... banyak. Semuanya melibat kan duit rakyat dan harta orang Melayu.

    ReplyDelete
  5. Kerajaan ini dah lama. Dah letih stamina dah lembik kreativiti dah tumpul. Negara kita macam mengundur. Wawasan 2020 ngundur kepada tn 2050. Rakyat susah tp bukan susah sampai tak cukup makan. Susah trtpaksa buat dua kerja atau lebih. Duit malin kecik. Itu yang utusan dedahkan pencari kerja ditipu diluar negara. Kslsu rakyat senang kenapa cari kerja diluar negara. Kerja metik bush je. Kalau kerja teknologi tinggi atau pengurusan tinggi tu lain le cerita. Kenapa? Kerana kerajaan ini dah tepu. Jadi tukarlah. Takan kerajsan baru nak bagi kita susah. Bagi pelusng kerajaan baru lonjakan negara dengan idea ysng baru.

    ReplyDelete
  6. Kerajaan ini dah lama. Dah letih stamina dah lembik kreativiti dah tumpul. Negara kita macam mengundur. Wawasan 2020 ngundur kepada tn 2050. Rakyat susah tp bukan susah sampai tak cukup makan. Susah trtpaksa buat dua kerja atau lebih. Duit malin kecik. Itu yang utusan dedahkan pencari kerja ditipu diluar negara. Kslsu rakyat senang kenapa cari kerja diluar negara. Kerja metik bush je. Kalau kerja teknologi tinggi atau pengurusan tinggi tu lain le cerita. Kenapa? Kerana kerajaan ini dah tepu. Jadi tukarlah. Takan kerajsan baru nak bagi kita susah. Bagi pelusng kerajaan baru lonjakan negara dengan idea ysng baru.

    ReplyDelete
  7. Kerajaan ini dah lama. Dah letih stamina dah lembik kreativiti dah tumpul. Negara kita macam mengundur. Wawasan 2020 ngundur kepada tn 2050. Rakyat susah tp bukan susah sampai tak cukup makan. Susah trtpaksa buat dua kerja atau lebih. Duit malin kecik. Itu yang utusan dedahkan pencari kerja ditipu diluar negara. Kslsu rakyat senang kenapa cari kerja diluar negara. Kerja metik bush je. Kalau kerja teknologi tinggi atau pengurusan tinggi tu lain le cerita. Kenapa? Kerana kerajaan ini dah tepu. Jadi tukarlah. Takan kerajsan baru nak bagi kita susah. Bagi pelusng kerajaan baru lonjakan negara dengan idea ysng baru.

    ReplyDelete
  8. Adakah penulis mempercayai dirinya sendiri ...
    BERKEMAMPUAN

    bagi saudara2 yg tak berkemampuan
    duduk ditakuk lama

    ITU SAJA....!

    ReplyDelete
  9. dlm nii cuma sebut kerajaan dan pembangkang.cuba huraikan difinasi kerajaan dan pembangkang.

    ReplyDelete
  10. Lebih baik ko pergi tanya rakyat yg menderita akibat tindakan kerajaan skrg, termasuk penyokong2 umno

    ReplyDelete