Monday, January 8, 2018

27 kerusi cukup, sepadan dan berbaloi untuk Amanah


27 - MENCUKUPI, SEPADAN DAN BERBALOI
1. Bersimpang-siur komen negatif dan sinisan tentang jumlah kerusi yg diperuntukkan kpd Amanah. 27 saja? Mengapa tidak lebih drpd itu, padahal usia Amanah lebih tua drpd usia sebahagian parti lain dlm komponen PH?
2. Secara peribadi, saya bersyukur dengan jumlah itu kerana bagi saya ia mencukupi, sepadan dan berbaloi. Mencukupi untuk Amanah fokus kpd gerakerja PRU, sepadan dengan keupayaan dan berbaloi utk terus beraksi dlm pentas politik utk masa ini.
3. Saya tidak terasa Amanah diperkecilkan, atau terasa pemimpin Amanah tidak dihargai, apatah lagi saya langsung tidak terfikir utk menjadikan angka itu sebagai alasan utk Amanah merencatkan misi PH utk menawan Putrajaya.
4. Kejayaan pengagihan kerusi ini begitu dicemburui oleh musuh PH dan musuh Amanah terutama Pas. Mereka mengharapkan komponen PH berkelahi berebut kerusi sehingga ke saat-saat akhir, bahkan kalau boleh biarlah komponen PH bertembung sesama sendiri dalam PRU akan datang.
5. Kejayaan menumbangkan Najib dan BN dlm PRU akan datang lebih bernilai drpd jumlah kerusi yg diperolehi. Saya tidak pandai beretorik dgn ungkapan reda dgn ketetapan Tuhan atau sandaran kpd takdir seperti yg dibuat oleh Pas apabila kalah pilihanraya, cuma saya kata, Tuhan kita lebih tahu apa yg terbaik utk kita.
6. Masuk pilihanraya bukan kerja main-main. Bukan sekadar masuk utk memeriahkan suasana, tapi target PH kali ini ialah masuk utk menawan Putrajaya. Itu misi jangka pendek kita setakat ini. Fokuskan misi itu dulu. Pastikan PM adalah Mahathir dan TPM adalah Wan Azizah.
7. Masa depan Amanah macam mana? Hakikatnya, mana-mana parti pun tidak tahu masa depan politiknya. Siapa sangka Umno akan berdepan dgn PPBM, Pas akan berdepan dgn Amanah, dan Mahathir akan kembali sebagai PM (dgn izin Allah)?
8. Politik kini ibarat roda kereta F1 yg dipecut di litar lumba Sepang, sangat pantas berpusing dan berubah. Jika kita hanya beretorik dgn usia parti kita, ini kerusi kita, itu pun kerusi kita, lalu kita pun bertelagah sesama kita sampai gagal bermuafakat, garis tamat perlumbaan akan dicapai oleh orang lain lebih awal. Maksudnya, kita akan kalah dlm perlumbaan.
9. Semua parti mesti memastikan (secara bersama atas nama PH), sekurang-kurang 95 peratus jumlah kerusi yg diperuntukkan kepadanya dimenangi. Menang atas nama PH menewaskan BN dan itu bukan mudah. Sebab itu, cukuplah kita bergosip tentang angka selama seminggu (ini pun sudah cukup lama), selepas itu fokus kita ialah menang.
10. Tidak salah utk Amanah akur dgn keterbatasan keupayaannya. Justeru kerana itulah Amanah sedia berkongsi upaya politik dlm PH bersama parti-parti lain utk saling lengkap-melengkapi. Boleh saja Amanah bersendirian dan bertanding bukan 50 kerusi, 100 kerusi, atau 165 kerusi malah 222 kerusi. Tapi hasilnya?
11. Kita tak perlu tamak, tapi tak boleh sampai kehilangan hak dan peluang utk menyumbang. Bagi saya, 27 itu adalah angka yg relevan sebagai hak kita, dan ruang yg relevan utk kita menyumbang secara berkesan dlm PH. Jika kurang, kita kehilangan hak, dan jika lebih, kita mengambil lebih drpd keupayaan kita. Bukankah itu suatu penganiayaan?
12. Kita tak perlu menjadi seperti parti yg perasan kuat kerana faktor usia, dan tak perlu perasan suci kerana ada labelan agama. Apa guna mendakwa diri kuat, padahal sering kalah, dan mendakwa lebih Islam drpd orang lain tapi berkhalwat dgn Umno (istilah Muhyiddin) utk memberi nafas kpd BN terus berkuasa?
13. Kurang selesa utk saya menyamakan situasi yg dihadapi oleh Amanah dgn situasi Sulh Hudaibiyah, tetapi apalah salahnya semangat sulh itu diambil. Memang pada awalnya, para sahabat kurang selesa dgn keputusan Nabi SAW, tetapi akhirnya, iaitu 4 tahun selepas itu, Mekah berjaya dibuka. Begitulah ganjaran kesabaran dan kelapangan dada.
14. Saya sangat menghormati perasaan ahli Amanah sebahagiannya yg kecewa dgn persepakatan ini, tapi saya yakin, itu tidak lama. Mereka yg menyertai Amanah adalah mereka yg berjiwa besar, berpandangan jauh dan melihat keutamaan pada ketika ini ialah memenangkan PH.
15. Ada orang bertanya saya, "Perlis, Amanah dapat berapa kerusi parlimen?" Saya jawab, "Kosong!" Tapi kosong juga adalah angka, kerana tanpa kosong, angka satu sehingga sembilan tidak bernilai sangat. Cuma kami akan pastikan kosong kami berada di hadapan angka lain, bukan dibelakangnya.
/div>

2 comments:

  1. Memang pada awalnya, para sahabat kurang selesa dgn keputusan Nabi SAW, tetapi akhirnya, iaitu 4 tahun selepas itu, Mekah berjaya dibuka.

    bila mekah ditawan dengan izin Allah Islam jadi raja setelah lama dikuasai ckapir
    bukan hamba kat kapir

    ReplyDelete
  2. Saudara pengarang zolkharnain..
    Mewakili Amanah perlis kot.
    TERBAIK. ☺☺☺☺👍👍

    ReplyDelete