Tindakan konvoi bikers Malaysia halang lalu lintas di Thailand dikecam
Kohilah Sekaran, Astro Awani | Diterbitkan pada Oktober 02, 2017 22:05 MYT
Sebuah video yang memaparkan tindakan konvoi penunggang motosikal berkuasa tinggi dari Malaysia yang menyekat pergerakan lalu lintas di Thailand mengundang kecaman netizen.
KUALA LUMPUR: Sebuah video viral yang memaparkan tindakan konvoi penunggang motosikal berkuasa tinggi dari Malaysia yang menyekat pergerakan lalu lintas di persimpangan jalan yang sibuk di selatan Thailand baru-baru ini mengundang kecaman netizen.
Video berdurasi dua minit itu menunjukkan empat penunggang motosikal berkuasa tinggi bertindak seperti 'marsyal’ yang menahan kenderaan dari laluan kiri dan kanan di persimpangan lampu isyarat bagi memberi ruang kepada konvoi motosikal besar kumpulan berkenaan berlalu terlebih dahulu.
Insiden yang dilapor berlaku pada 22 September lalu itu mengundang reaksi tidak puas hati kalangan rakyat di negara itu.
Mereka menyifatkan tindakan bikers itu sebagai ‘angkuh’ kerana tidak menghormati undang-undang jalan raya di negara lain.
Sementara itu, Kelab Chopper Garage Kelantan (CGK) hari ini membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Gabenor Narathiwat dan seluruh rakyat Thailand di atas kecuaian dalam mengawal pergerakan konvoi motosikal berkuasa tinggi di wilayah tersebut.
Memetik laporan portal Bernama, presidennya Diami Yusoff berkata surat permohonan maaf itu sudah dihantar kepada pemangku Konsul Jeneral Thailand di Kota Bharu, Jantarat Ngamchana di Pejabat Konsul Jeneral, Royal Thai Consulate kira-kira 10 pagi tadi.
"Kejadian itu berlaku di persimpangan lampu isyarat jalan raya di Wilayah Narathiwat, Selatan Thailand ketika kami dalam pergerakan konvoi sempena Program Mahabbah Keenam pada 22 Sept lepas," katanya

.
Kat Malaysia diaorang pun buat mcm tu ingat mak bapak diorang punye jalan ke.sah ni penyokokng Umngok tegar.
ReplyDeleteketuanan melayu merebak ke negara tiran ha ha bodoh punya melayu
ReplyDeleteDah biasa dgn sikap ketuanan. Susah nak kikis
DeleteItulah sebabnya agama mengajar jangan berperangai burok. Perangai tu akan jadi second habit dan terbawa-bawa tak kira tempat.Akibatnya yang malu ialah seluruh Negara. Orang sebut 'MALAYSIA'
ReplyDeleteMintak maaf ni kalau tersalah.Kalau sengaja akibat perangai burok?...
tak tau hormat negara orang lain
ReplyDeleteni bukang malasyia
bila besar sikit sibuk nak tunjuk kuasa