Wednesday, July 5, 2017

Tragis: Macam mana kemalangan begini boleh berlaku?

Remaja maut tersepit lif ketika memunggah barang
Astro Awani |  Diterbitkan pada Julai 04, 2017 20:06 MYT

PENDANG: Seorang remaja maut tersepit lif ketika sedang memunggah barang di sebuah kedai perkakas di Jalan Pekan Pendang Baru, Kedah.

Kejadian dipercayai berlaku sekitar pukul 3 petang Selasa.

Ketika bomba tiba di tempat kejadian, mangsa Muhammad Zairul Naim Zaini, 16, berasal dari Kampung Paya Palas, Kuala Rimau ditemukan dalam keadaan tertiarap di mana bahagian bawah badan berada di dalam lif manakala bahagian dada ke atas terjulur ke tingkat bawah.

Bomba mengambil masa lebih 30 minit untuk mengeluarkan mangsa.

Siasatan awal polis mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat.

* Kerana silap penyelenggaraan atau apa?

1 comment:

  1. Budak ini baru berusia 16 tahun masih dibawah umur dan ada kemungkinannya dia tidak arif mengendalikan lif. Sepatutnya kerja-kerja berisiko seperti ini atau sebarang kerja berisiko yang lain, perlulah ada pekerja lain yang mengawasinya dan sebaiknya dilakukan oleh pekerja berpengalaman itu sendiri.

    ReplyDelete