Saya tak takut, Syed Saddiq jawab naib presiden PPBM
Ketua pemuda PPBM mempunyai bukti menyokong dakwaan terhadap Naib Presiden Hamidah Osman, yang dituduh mendalangi peletakan jawatan 1,000 ahli parti di Perak.
PETALING JAYA: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak takut dengan ancaman tindakan displin, mempertahankan dakwaan Naib Presiden Hamidah Osman bertanggungjawab untuk perpecahan parti itu di Perak.
“Langkah itu menegakkan proses demokrasi dan ketelusan, serta konsep kebertanggungjawaban dalam parti.
Advertisement
“Saya sedia menghadap, kerana parti selalu kata berani kerana benar,” kata ketua pemuda PPBM itu kepada FMT hari ini.
Hamidah pagi tadi memberitahu FMT beliau akan menulis surat kepada lembaga disiplin PPBM, menyeru tindakan diambil terhadap Syed Saddiq, yang didakwa membuat tuduhan tidak berasas terhadapnya.
Ia berikutan dakwaan Syed Saddiq pada 28 Mei lalu yang menuduh Hamidah mendalangi peletakan jawatan lebih 1,000 ahli PPBM Perak.
Beliau juga menggelar bekas ketua Wanita Umno Gopeng itu seorang hipokrit yang kecewa dengan keputusan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menamakan beliau ketua PPBM Perak.
“Saya tahu dia (Hamidah) punca keadaan ini. Saya akan berkata secara terus terang: Saya mahu Hamidah letak jawatan. Jika anda masuk parti untuk jawatan, sila berambus,” kata Syed Saddiq kepada FMT ketika itu.
Ditanya sama ada beliau akan mempertahankan kenyataannya di hadapan lembaga disiplin nanti, Syed Saddiq jawab: “Sudah tentu”.
“Saya tidak takut kerana saya tahu apa yang berlaku dalam isu ini. Saya cuma menjalankan tugas saya.
“Apabila dia memfitnah kepimpinan tertinggi parti, saya berhak dan bertanggungjawab untuk menjawab dakwaannya.
“Dia tahu semua bukti yang saya ada, yang akan saya serahkan kepada lembaga disiplin,” tambahnya.
Berita berkaitan:
SiMidah ni memang tak guna. Orang Gopeng dan Gunung Rapat cukup kenal ngan Joyah ni. Lawan Syed lawan si tua kutuk ni. Sekor lagi si Radhi Manan barua chukong cina. Puuuih. Kah kah kah
ReplyDelete