Friday, July 14, 2017

Felda lagi..........

SPRM siasat pembelian hotel di London oleh FIC
14/07/2017 8:22pm
Kertas siasatan dibuka susulan maklumat terbaharu yang diperolehi SPRM.

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan berhubung pembelian sebuah hotel empat bintang di Kensington, London oleh Felda Investment Corporation (FIC) antara tahun 2013 dan 2015.

SPRM berkata, berdasarkan maklumat siasatan awal, FIC dipercayai telah membeli hotel itu dengan harga jauh lebih tinggi daripada harga asal sehingga mengakibatkan FIC mengalami kerugian jutaan ringgit.

"Siasatan terperinci akan dijalankan bagi mengenal pasti sama ada wujudnya unsur rasuah dan salah guna kuasa dalam proses pembelian hotel tersebut," kata SPRM dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Menurut suruhanjaya itu, pasukan penyiasatnya telah mengambil dokumen-dokumen berkaitan pembelian hotel tersebut dan kini dalam proses menilai serta meneliti kesemua maklumat yang diperolehi.

Katanya, beberapa orang saksi penting akan turut dipanggil dalam masa terdekat bagi tujuan merakam percakapan untuk mendapatkan maklumat serta bukti yang kukuh sebelum tindakan lanjut diambil.

Arahan membuka kertas siasatan itu dikeluarkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad susulan maklumat terbaharu yang diperolehi suruhanjaya itu berhubung pembelian hotel tersebut. - sumber

2 comments:

  1. Akhirnya nanti Apandi akan mengeluarkan kenyataan semasa kiraan dibuat ketika hendak membeli hotel itu dahulu, calculator yang digunakan telah diserang oleh virus anjing gila. Maka sebab itulah harganya melambung, tak guna punya anjing...menyusahkan orang sahaja.

    ReplyDelete
  2. Kes ini ada sangkut-paut dgn mamat bernama Isa ke?

    ReplyDelete