Friday, February 2, 2018

Rapu: Nik Amar akan disaman

Amanah Kelantan akan saman Mohd Amar?
SITI FATIHAH AWANG -  1 FEBRUARI 2018
Che Ibrahim Mohamed

KOTA BHARU - Amanah Kelantan kini dalam proses perbincangan dengan kepimpinan pusat bagi mengambil tindakan undang-undang ke atas kenyataan yang dikeluarkan Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Naib Pengerusinya, Che Ibrahim Mohamed berkata, langkah tersebut diambil kerana Amanah Kelantan melihat ia sebagai satu keperluan memandangkan ia boleh merosakkan kepercayaan penyokong kepada parti itu.

“Tuduhan ini bukan pertama dibuat oleh pemimpin Pas ke atas Amanah, sebelum ini mereka menuduh DAP memberi bantuan kewangan kepada Amanah. Kali ini kata BN pula biayai kami, kononnya untuk tumbangkan kerajaan pada PRU14 nanti.

“Sebarang maklumat lanjut mengenai hal ini akan kami maklumkan perkembangan ini dari semasa ke semasa. Buat masa sekarang, perbincangan masih dijalankan dengan pihak pusat,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini.

BerhubungTok Pa jawab rapuan Nik Amar

No comments:

Post a Comment