Sunday, February 11, 2018

Pulak daah......dah terbukti tidak berkesan, u-turn jerlah

PAS mahu hapus baiah talak tiga kerana yakin ahli setia
mk      Feb. 10. 18, 12:10 am
Yakin dengan kekuatan dan kesetiaan ahlinya, PAS dilaporkan akan menggugurkan sumpah baiah yang melibatkan perceraian talak tiga.

Sumpah berkenaan mewajibkan semua wakil rakyat PAS di Kelantan berbaiah sebelum pilihan raya umum (PRU) yang lalu untuk memastikan mereka tidak melompat parti dan jika berbuat demikian isteri mereka tercerai dengan talak tiga.

Ketua Dewan Ulamaknya, Datuk Dr Mahfodz Mohamed yang dipetik Berita Harian sebagai berkata, kandungan sumpah baiah itu akan diselaraskan bagi setiap negeri dan dijangka tidak lagi menyentuh perceraian.

Menurut Mahfodz, tindakan itu diambil kerana PAS tidak lagi berdepan keadaan genting seperti pernah berlaku dalam politik Kelantan.

Jelas Mahfodz, Kelantan sebelum ini pernah berdepan keadaan genting sehingga memaksa bekas menteri besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat memasukkan kandungan sumpah baiah yang boleh menggugurkan talak ke atas isteri mereka.

"Oleh kerana kita sudah tidak lagi berdepan suasana genting seperti di Kelantan, kita akan selaraskan di seluruh negeri dan kemungkinan tidak akan ada lagi baiah membabitkan perceraian suami isteri.

"Secara umumnya sumpah baiah bermakna kita memberi ketaatan dan walak kepada parti, sekiranya melanggar baiah itu, maka secara umumnya Allah akan melaknat orang yang berbaiah itu," katanya seperti dipetik Berita Harian.

Dalam perkembangan sama, Ahli Majlis Syura Ulamak PAS, Idris Ahmad dilapor berkata, perkara itu pernah dibincangkan namun tidak secara mendalam oleh Majlis Syura Ulamak.

“Kemungkinan besar kita akan gugurkan, tetapi keputusan itu nanti akan datang daripada Majlis Syura Ulamak,” katanya seperti dipetik Sinar Harian.

Menurut Idris, sesetengah pihak melihat soal talak tiga lebih besar berbanding sumpah laknat yang dilafazkan.

“Ramai yang hebohkan perkara ini (talak tiga), sedangkan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat buat di Kelantan sahaja,” katanya.

Sebelum ini, Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi dilaporkan berkata wakil rakyat yang melafazkan baiah PAS terutama melibatkan talak isteri, berdepan risiko kerana sumpah itu akan memakan dirinya sendiri apabila tidak lagi bergelar pemimpin parti itu.

Kenyataan Phahrolrazi itu ditanggapi Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh yang mengingatkan bahawa Rasulullah juga berbaiah dalam perjuangan menegakkan Islam.

4 comments:

  1. Pak lebai pun pandai auta jg.... kah kah kah

    ReplyDelete
  2. Dah berat..cipta pi anika biah .pastu pakat pasu..hal awam.masuk telinga keluar sebelahnya ..projek diri.. Cargas jadi duit..kaya..ante semua ana jual. .

    ReplyDelete
  3. tak tau pula hukum allah berbeza antara negeri....pak lebai malang

    ReplyDelete