Saturday, February 3, 2018

Perbalahan sia-sia: 'Izham perlu tarik balik tuduhan nakal, berniat jahat'

'AMANAH cetus perbalahan sia-sia'
mk      2 Feb 2018, 10:13 pm
Pengerusi jawatankuasa pilihan raya Selangor Dr Xavier Jeyakumar yang dipersoalkan mandatnya itu membidas kenyataan pimpinan AMANAH kerana 'menunda' urusan rundingan kerusi HARAPAN.

Xavier dalam kenyataan media hari ini berkata jawatankuasa itu telah bertemu empat kali dan semasa mesyuarat terakhir mereka, AMANAH meminta diadakan mesyuarat berasingan bagi merundingkan kerusi.

"Telah dipersetujui kesemua parti-parti (HARAPAN) akan menghantar wakil mereka untuk perbincangan lanjut.

"Saya menekankan hal ini, sebenarnya tidak perlu untuk dibentuk satu lagi jawatankuasa baru dan hanya setelah permintaan AMANAH dibuat, maka rundingan menjadi tertunda," kata Xavier merangkap Naib Presiden PKR itu.

Beliau berkata jawatankuasa pilihanraya negeri Selangor itu telah diarahkan Majlis Presiden HARAPAN untuk mempercepatkan perundingan dan berharap suatu mesyuarat dapat dipanggil dalam masa terdekat.
Xavier juga mengulang gesaan beberapa pimpinan PKR negeri untuk merapatkan saf dan tidak membincangkan isu-isu sebegini di mata orang ramai.

"Tidak patut AMANAH membawa hal ini secara terbuka dan mencipta perbalahan sedangkan tidak ada hal yang sebegitu.

"Tolonglah bekerjasama dan siapkan tugas kita. Matlamat utama kita adalah untuk mempertahankan Selangor," katanya lagi.

Semakan dengan kesemua empat parti komponen HARAPAN Selangor mendapati mereka memiliki kefahaman berbeza berhubung fungsi jawatankuasa tersebut.

Pimpinan AMANAH, BERSATU dan DAP memberitahu Malaysiakini mandat jawatankuasa itu untuk membincangkan strategi manakala pimpinan PKR berkata rundingan kerusi merupakan sebahagian daripada perbincangan.
Sebelumnya,  Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga timbalan presiden PKR menegaskan jawatankuasa itu telah bertemu sebanyak empat kali untuk membincangkan rundingan kerusi dan 80 peratus kerusi telah dimuktamadkan.

Namun demikian, Pengerusi DAP Selangor Tony Pua menyatakan tidak tahu-menahu berkenaan hal tersebut.

"Saya tidak sedar 80 peratus kerusi telah dirundingkan kerana kami tidak pernah ditanya," beliau memberitahu Malaysiakini.

Difahamkan akar permasalahan berpunca daripada pembahagian 20 kerusi yang sebelumnya ditandingi PAS di bawah Pakatan Rakyat.

Keadaan menjadi memanas hari ini apabila pemimpin PKR Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendakwa AMANAH 'berbohong' berkenaan status rundingan kerusi.

Hal ini mendorong pemimpin AMANAH Selangor Izham Hashim menggelar Azmin sebagai 'badut' dan menegaskan rundingan kerusi belum lagi dimulakan.

'Izham perlu tarik balik tuduhan nakal, berniat jahat'
mk      2 Feb 2018, 9:46 pm
Susulan 'perang mulut' antara Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Selangor Izham Hashim petang tadi, beberapa pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri tampil membela Timbalan Presiden PKR itu.

Ahli Majlis Pimpinan PKR Selangor, Azmizam Zamanhuri membela Azmin yang disifatkan sebagai seorang yang teliti dan berkata 'perang mulut' itu kelihatan tidak manis.

"Azmin seorang yang teliti dan terlalu banyak kaji selidik yang telah dilakukan jadi adalah lebih baik juga kita memberikan fokus kepada pilihan raya.

"Tak manislah penyokong lihat serang menyerang antara kepimpinan dan mana boleh cakap menteri besar badut, dia ketua kita.

"Jadi, semua kepimpinan parti dinasihatkan memberikan tumpuan kepada usaha kita mendapatkan tandatangan bantahan kepada syor persempadanan semula SPR," kata Azmiham dalam suatu kenyataan kepada Malaysiakini.
Beliau ((gambar, tiga dari kiri) juga berkata AMANAH tidak boleh menafikan mesyuarat jawatankuasa pilihan raya negeri Selangor yang bertujuan merundingkan kerusi telah diadakan sebanyak empat kali.

"Jangan menafikan mesyuarat yang telah diadakan iaitu sebanyak empat kali, sama ada rasmi atau tidak sedikit sebanyak ada membincangkan soal kerusi kerana kami di peringkat jawatankuasa sentiasa dimaklumkan mengenai perbincangan tersebut.

"Lagi pun perbincangan mengenai kerusi masih berjalan, banyak perkara yang harus dibincangkan dan perlu dilihat. Jadi, kita kena tunggulah, kenapa gopoh sangat," katanya.

Azmiham juga menggesa isu-isu sebegini patut dibincangkan dalam mesyuarat.
Manakala itu, Ketua Srikandi PKR Selangor Nurainie Haziqah Shafi'i menyifatkan kenyataan Izham (gambar) yang menggelar Azmin sebagai 'badut' adalah tidak sopan dan melanggar prinsip konsensus serta keharmonian di antara parti dalam Pakatan Harapan (HARAPAN).

"Tindakan saudara Izham Hashim adalah amat dikesali terutamanya apabila beliau menyifatkan Datuk Seri Azmin Ali tidak layak memimpin dan menjadi Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Selangor," kata Nurainie dalam kenyataan medianya malam ini.

Beliau menggesa pimpinan HARAPAN memberikan sepenuh kerjasama kepada Azmin.

"Dalam proses perbincangan dan pembahagian kerusi pilihanraya di negeri Selangor yang merupakan proses rumit dan sukar, seharusnya sepenuh kerjasama dan kepercayaan diberikan kepada Datuk Seri Azmin Ali sebagai Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Selangor," katanya lagi.
Sementara itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR Gombak Zainol Abidin Mohamed mendesak pimpinan AMANAH agar menarik balik kenyataannya itu.

"Tuduhan ini sangat serius dan kami mendesak Tuan Ir Izham segera menarik balik tuduhan nakal dan berniat jahat ini.

"Kami AMK Gombak juga ingin mendesak pimpinan AMANAH agar segera meminta Ir Izham menarik balik kenyataan beliau," katanya.

Zainol dalam kenyataan medianya juga berkata tindakan Izham itu hanya akan memberikan nafas baru buat Umno-BN dan merugikan HARAPAN.

Azmin selaku Pengerusi Pakatan Harapan Selangor menempelak AMANAH kerana 'berbohong' dengan mengatakan jawatankuasa rundingan kerusi untuk negeri itu masih belum lagi dibentuk.

Beliau berkata jawatankuasa itu telah bertemu sebanyak empat kali.

Bagaimanapun, AMANAH, DAP dan BERSATU enggan merundingkan kerusi dalam jawatankuasa pilihanraya negeri Selangor dan menggesa suatu jawatankuasa lain dibentuk.

Tiga parti itu berkata jawatankuasa pilihanraya negeri yang dipengerusikan ADUN Sri Andalas daripada PKR, Dr Xavier Jayakumar tidak mempunyai mandat bagi merundingkan kerusi.

4 comments:

  1. Apa yg tak patutnuer xavier kalau pengerusi pakatan harapan selangor lebih sayangkan pas dari anggota PH sendiri. Kita tahu xavier yg dia ni ada agenda dia sendiri. Dah lama kami org bawahan ni nampak permainannyer. Dan satu lg kami tak suka cara dia yg tidak tidak menghormati kak wan sebagai presiden PKR.

    ReplyDelete
  2. Kerja mereka ni berperang.Kalau tak perang degan UMNO,perang sesama sendiri. Mindsetnya perang.Sama jer, mulut orang politik sama jer. Nak tidor malam fikir apa isu nak cakap esok.Celik mata perang.Tak habis- habis.

    ReplyDelete
  3. I was pretty pleased to find this page. I wanted to thank you for ones time
    for this wonderful read!! I definitely savored every part of it and I have you book-marked
    to see new things on your website.

    ReplyDelete
  4. Thanks designed for sharing such a nice thought, article is good, thats
    why i have read it fully

    ReplyDelete