Saturday, February 3, 2018

Menyayat dan cukup menyakitkan hati

Rahsia Dipukul Dibawa Ke Mati
LUKUT, 16 Jamadilawal 1439H, Jumaat – Meski ajal bagai mengintai, Nur Aina Nabihah yang menjadi mangsa dera bapa kandung dan ibu tiri, lebih sanggup merahsiakan ‘pekung’ keluarga daripada mendedahkannya.

Salah seorang jiran yang tidak mahu dikenali berkata, kanak-kanak itu tidak pernah bercerita perkara buruk mengenai bapanya.

Katanya, mangsa akan mengelak dengan memberi jawapan lain apabila ditanya mengenai lebam pada mukanya.

Namun, beliau berkata, Aina pernah mengadu kepada anaknya yang dia pernah didera.

“Mangsa agak pendiam dan jarang keluar rumah tetapi semua orang di sini tahu dia adalah kanak-kanak yang baik. Apabila saya bertanya mengenai kecederaan sebelum ini, dia memberi alasan terjatuh daripada basikal.

“Dia beritahu anak saya, dia selalu kena pukul malah pernah dibaling kerusi oleh bapanya sehingga kerusi itu patah dan dia cedera. Dia juga beritahu kalau keadaan berterusan, dia boleh mati,” katanya.

Kisah Aina menyentuh hati ramai pihak selepas kanak-kanak itu disahkan maut kerana didera di rumah keluarganya di Taman Vista Jaya, Lukut.

Mangsa meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS), 12.30 tengah malam kelmarin.

Bedah siasat mendapati, kanak-kanak terbabit cedera pada buah pinggang, selain usus terkoyak dan patah tulang rusuk, dipercayai akibat dipukul dengan objek tumpul.

Hasil siasatan awal polis mendapati mangsa dipukul dengan tali pinggang tentera, ditendang dan dipijak sehingga terkencing malah pernah dipukul dengan bangku plastik.

Bapa mangsa merupakan anggota tentera manakala ibu tirinya tidak bekerja.

Kedua-duanya kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes berkenaan. - sumber

Ya Allah, besarnya penderitaan Nur Aina... [METROTV]

Raja Noraina Raja Rahim dan Mohd Khidir Zakaria
am@hmetro.com.my

BANGKU dan tali pinggang antara barang yang dipercayai digunakan suspek untuk memukul Nur Aina Nabihah Muhammad Abdullah, 9, sehingga meninggal dunia, semalam.

Barangan terbabit ditemui polis selepas suspek berusia 35 tahun dan isterinya, 34, yang juga ibu tiri mangsa dibawa ke kediaman mereka di Taman Vista Jaya, Lukut, Port Dickson, hari ini, untuk membantu siasatan kes pembunuhan mangsa.

Pasangan terbabit dibawa ke lokasi berkenaan sejurus polis mendapat perintah tahanan reman selama tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Port Dickson, kira-kira 12 tengah hari.

Mereka yang memakai baju lokap jingga dengan tangan bergari dibawa anggota polis masuk ke dalam rumah itu secara berasingan bagi menunjukkan lokasi dan barangan yang digunakan untuk mendera mangsa.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Zainudin Ahmad berkata, berdasarkan pengakuan awal, suspek mendakwa memukul mangsa menggunakan tali pinggang, pada malam kejadian.

"Suspek juga mengaku menendang dan memijak mangsa sehingga terkencing sebelum mangsa tidak sedarkan diri di dalam biliknya pada 11.30 malam. Suspek kemudian membawa mangsa ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban dan disahkan meninggal dunia, sejam kemudian.

"Suspek turut membuat pengakuan pernah memukul mangsa menggunakan bangku plastik sebelum ini. Berikutan itu, polis merampas bangku itu yang sudah patah," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Majistret Siti Khairiah Abdul Razak membenarkan suami isteri itu direman tujuh hari sehingga 8 Februari ini bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Berita berkaitan

Tergamaknya ayah...

'Aku boleh mati kena bunuh'

[UPDATE] Anggota tentera, isteri direman [METROTV]
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Februari 2018 @ 4:56 PM

2 comments:

  1. hukum mati saja
    tak payah nak kesian kesian ngan penjinayah ni
    perangai burok dari binatang

    ReplyDelete
  2. Ya bapak syaitan. Bkn manusia lg. Haiwan pon sayang anak. Apa salah anak ini? Dihukum macam nk bunuh. Dah mati pun. Minta wartawan bongkar lagi kisah anak ini.

    ReplyDelete