* Polis ada senjata pistol atau senapang. Takkah lucu bila polis bawa parang?
Polis nafi bawa parang ketika serbuan dadah di Selayang
TMI · Diterbitkan pada 1 Feb 2018 4:10PM
POLIS hari ini menafikan dakwaan kononnya membawa parang ketika melakukan satu serbuan di sebuah kondominium di Selayang pada 7 Januari lepas.
Ketua Polis Daerah Gombak ACP Ali Ahmad berkata tuduhan yang dibuat itu tidak munasabah dan tidak berasas sama sekali sehingga boleh menjatuhkan imej dan kredibiliti polis.
"Polis ingin menyangkal sekeras-kerasnya dakwaan yang mengatakan polis ada membawa parang selain pengadu (individu yang membuat dakwaan) ini tiada di rumah tersebut semasa serbuan dijalankan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata serbuan di dalam sebuah unit kondominium itu dibuat selepas pihaknya menerima maklumat berkaitan kegiatan dadah dan sewaktu serbuan, dua individu telah bertindak agresif dengan menendang anggota polis serta mengeluarkan kata-kata kesat semasa pemeriksaan dijalankan.
Katanya, kedua-dua mereka telah dituduh di Mahkamah Majistret Selayang pada 23 Januari lepas mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.
"Kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah dan dikenakan ikat jamin, sebutan semula kes adalah pada 26 Februari ini. Segala tindakan yang dilakukan (polis) mengikut lunas undang-undang serta berpandukan bukti dan keterangan yang diperolehi hasil daripada siasatan yang dijalankan," kata Ali.
Baru-baru ini, sebuah portal berita tempatan melaporkan lapan anggota polis yang tidak memakai uniform didakwa membawa parang ketika membuat serbuan di sebuah kondominium di Selayang pada 3 petang, 7 Januari lepas.
Seorang daripada anggota itu dikatakan memecahkan pintu masuk selepas tidak mendapat kerjasama daripada individu yang berada di dalam rumah itu. – Bernama, 1 Februari, 2018.

Entah ler dunia sekarang macam2 boleh jadi, siapa yg berkuasa ttp memangsakan, yg lemah terus dimangsakan,
ReplyDeleteEntah ler dunia sekarang macam2 boleh jadi, siapa yg berkuasa ttp memangsakan, yg lemah terus dimangsakan,
ReplyDeletesiasat dulu betoi ka tak jangan main nak cepat
ReplyDeletecuci muka saja
jangan ulangi perangai burok selama ni
orang dah meluat ngan gelagat tu