Saturday, February 10, 2018

Pakat-pakatlah kita berdoa weh......

* Mohon maaf, sejak malam tadi sehingga petang ini unifi di rumah anak aku di Taman Seri Sinar ni terkena sawan babi. Ni lepas waktu Asar baru pulih. Tuuler sebabnya blog ni tak berbedak dari pagi

Dr Mahathir dimasukkan ke IJN 
TMI · Diterbitkan pada 10 Feb 2018 11:56AM
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad bersama anaknya Marina Mahathir di Institut Jantung Negara untuk mendapatkan rawatan jangkitan di dadanya hari ini. – Gambar Facebook, 10 Februari, 2018

DR Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jnatung Negara malam tadi kerana jangkitan di dadanya dan demam.

Menurut IJN, pengerusi Pakatan Harapan itu dimasukkan ke wad biasa untuk rawatan dan pemantauan. 

"Dr Mahathir akan dimasukkan ke wad beberapa hari bagi membolehkan rawatan dan pemantauan dibuat. Hanya keluarga terdekat sahaja dibenarkan melawat," katanya dalam satu kenyataan. 

Beliau yang juga pengerusi Bersatu turut membatalkan tiga program kempen itu di Bentong dan diikuti ceramah di penempatan Felda hari ini. 

Dr Mahathir yang kini berusia 92 tahun sebelum ini pernah dimasukkan dua kali ke IJN iaitu kali terakhir pada 9 Ogos, 2016 dan pada 16 November 2013

Pada Disember tahun lalu, Dr Mahathir tidak hadir pada sesi ceramah di Ipoh berikutan keadaan kesihatannya tidak mengizinkan dan pada Julai, beliau turut membatalkan kehadirannya pada majlis makan malam kutipan dana di Kluang juga disebabkan masalah kesihatan.

Pada 1989, beliau pernah mengalami masalah jantung dan menjalani pembedahan pintasan jantung di IJN. 

Beliau turut menjalani pembedahan pintasan jantung kali kedua pada 2007. 

Sementara itu, anaknya Marina menerusi akaun Twitternya berkata dia sudah melawat bapanya itu pagi ini.

"Saya melawat ayah pagi ini. Beliau dalam keadaan baik, hanya perlu berehat. Beliau akan kembali berjuang tidak lama lagi!" tulisnya.– 10 Februari, 2018. 

No comments:

Post a Comment