Tuesday, February 6, 2018

Komponen PH diminta agar menyokong calon yang diletakkan walaupun bukan dari parti mereka

Kenapa Mahathir kata jangan setia parti sendiri untuk menang
SYAJARATULHUDA MOHAMAD ROSLI -  4 FEBRUARI 2018
SEBERANG JAYA - Kesemua ahli parti dalam Pakatan Harapan diminta agar mengundur satu langkah dalam kesetiaan terhadap parti masing-masing bagi memastikan kemenangan berpihak kepada pembangkang untuk merampas Putrajaya dalam Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14) kelak.

Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sekiranya kesetiaan terhadap parti masing-masing tidak pudar, maka pembangkang akan terus membangkang di negara ini.

Beliau turut meminta kesemua ahli parti komponen Pakatan Harapan agar menyokong calon yang diletakkan di sesebuah kawasan walaupun calon tersebut bukan dari parti mereka.

"Untuk kita menang, kita kena bersatu. Menubuhkan satu gabungan bukan mudah. Masing-masing ada kesetiaan terhadap parti mereka. Tapi kita tak boleh terus begitu.

"Tapi kalau kita terlalu setia sangat dengan parti kita, kita tak akan menang. Kita ke belakang sikit dan utamakan Pakatan Harapan, mesti kemenangan akan berpihak kepada kita," katanya ketika berucap di hadapan 2,000 penyokong di Konvensyen Pakatan Harapan Pulau Pinang 2018 tadi.

Pengerusi Bersatu itu walau bagaimana pun mengakui pakatan itu sedang berusaha bersungguh-sunguh untuk memenangi PRU14.

"Kita kena tukar parti untuk kepentingan perjuangan. Hubungan rapat amat penting, tolong menolong dalam pilihanraya. Empat buah parti akan sokong satu calon. Siapa sahaja calon Pakatan Harapan, kita kena sokong.

"Apa yang saya cakap malam ini, amat penting. Kita kena campur-campur semua. Tak boleh sini biru, sini merah, lagi satu (tempat) oren. Jika kita boleh bersatu, Putrajaya milik kita dan kita akan jadi kerajaan.

"Apa guna mendapat kawasan tetapi kalah? Kalah dengan tak dapat kawasan, kalah lebih dasyat dari tak dapat jadi calon," katanya.

1 comment:

  1. kalau menang jangan lupa letak Islam ditempatnya
    jangan buat macam perangai amono
    demi keadilan bagi umat islam berhukum ngan hukum hukum Allah
    sikpair ngan hukum hukum depa
    kalau sikpair buat salah ngan orang islam hukum depa ngan hukum Islam
    kalau oramg islam buat salah ngan sikpair tetap dihukum ngan hukum Islam
    bukankah hukum islam bnyak yang ditakuti oleh kapir sebab berat
    adil la tu bukan paksa kapir berhukum nagn hukum islam tapi kalau nak berhukum nagn hukum islam dipersilakan

    dalam kes bunuh waris mangsa ada kuasa setelah dibicarakan boleh menentukan sipembunuh dihukum mati atau dimaafkan n bayar ganti rugi
    mana lebih adil hukum islam atau hukum jahiliah???
    hanya orang buta hati saja akan tolak kebenaran dari Allah ni macam piraun tolak kebenaran ynag dibawa oleh Nabi Musa
    di sisi Allah orang yang tolak kebenaran ayat ayat Allah adalah orang ynag kurang akai n akai tak sehat ada penyakit dalam dalam hati
    jnagn terikat ngan hukum pelembagaan penjajah tu
    dalam bab nak berhukum ngan hukum hukum Allah.
    hukum pelembgaan boleh dipinda hukum Allah jangan nak diubah ubah
    kalau benar beriman

    ReplyDelete