Wednesday, February 21, 2018

Kalau fitnah, saman jer......biar bankrap 'jilat cok'!

DAP: Harakah tiru perangai akhbar Umno
mk      Hari ini, 12:25 pm
ADUN Pasir Pinji Howard Lee membidas akhbar rasmi PAS, Harakah yang menurutnya, kini semakin menyerupai akhbar pro-Umno sejak akhir-akhir ini dengan sering menyiarkan tulisan fitnah terhadap partinya, DAP.

Dalilnya, beliau merujuk tindakan Harakah yang menerbitkan dakwaan seorang individu yang sering dibawa pemimpin Umno dalam ceramah mereka bagi memburuk-burukkan DAP tetapi segala dakwaan berkenaan masih gagal dibuktikan sehingga harai ini.
“Mereka (Harakah) berspekulasi bahawa kononnya DAP telah ‘dilatih oleh ejen Israel’ untuk menawan Putrajaya.

“Spekulasi itu menggunakan dakwaan yang tidak masuk akal oleh seorang individu yang tidak waras.

“Sampai sekarang tiada satu bukti pun yang dikeluarkan oleh individu bermasalah ini,” katanya dalam satu kenyataan media.

Menurut ketua Pemuda DAP (DAPSY) Perak itu, kerajaan sepatutnya berkhidmat kepada rakyat, tetapi sebaliknya menghabiskan masa dan membazirkan tenaga penjawat awam dan duit pembayar cukai melayan teori konspirasi.

Malah, apa yang lebih menghairankan, kata Lee, PAS kini turut sama meniru ‘taktik dan tipu daya’ Umno - yang menjadi seteru politik sejak sekian lama.

“Mungkin sudah tiba masanya Harakah menukar namanya kepada Majalah Mastika,” katanya merujuk kepada majalah terbitan anak syarikat Utusan Melayu yang memaparkan kisah-kisah masyarakat, termasuk kisah-kisah mistik dan misteri.

2 comments:

  1. Begini ke sebuah akhbar yg dikatakn lidah rasmi parti yg mengaku parti berteraskn Islam...
    MALU...memfitnah agama yg suci..akhlak x ada..apatah lg akhlak Islam.

    ReplyDelete
  2. PARTI SYAITAN - PAS dah mula tunjuk peranggai sebenarnuya.. Ajaran sesatnya kini cuba ditularkan kepada rakyat Malaysia yang diumpankan dengan so call ulamak dan lebai lebai berfikiran sempit lagi menyempitkan.
    Akhbar Harakah kini telah meruntuhkan moralnya sendiri dan kini kita boleh labelkan akhbar banyak hutang ini sebagai pemecah umat dan bersifat menghasut untuk menyokong perkara mungkar.

    ReplyDelete