Friday, October 6, 2017

Tindakan 'gila' Jamal: MCA bersuara.......

'BN bakal hilang undi kerana aksi bodoh Jamal'
mk  -  5 Okt 2017,  5 Okt 2017, 7:18 malam
Gimik terbaru Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos hanya akan menyebabkan BN hilang undi pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, kata Ketua Biro Keharmonian Agama MCA Datuk Seri Ti Lian Ker.

"Aksi bodoh Jamal dengan memecahkan berbotol-botol arak di pintu masuk bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) barangkali dapat menarik perhatian seperti yang dimahukannya, tetapi ia tidak akan diterima baik oleh pengundi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau merujuk tindakan Jamal yang memecahkan lebih 100 botol arak menggunakan tukul besi pagi tadi, sebagai bantahan terhadap penganjuran pesta arak di Selangor.
Mengambil pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar tahun lalu sebagai contoh, Ti berkata lebih 42 peratus pengundi China telah mengundi BN.

"Namun, pencapaian ini sekejap sahaja akan bertukar sia-sia jika Jamal terus dengan tindakan agresif dan aksi biadabnya, yang bukan sahaja tidak sensitif dan bersifat provokasi kepada orang bukan Islam, tetapi juga kepada orang Islam.

"Ini akhirnya akan bertukar menjadi protes senyap di peti undi. Jamal akan menyebabkan BN hilang undi ekoran sikapnya yang tidak sensitif dan tidak menghormati orang lain.

"Jika dia rasa tindakan ganasnya itu akan mendatangkan pujian daripada pengundi, dia silap besar," katanya.

Hadir bersama kira-kira 20 penyokong, Jamal yang juga ketua Gerakan Baju Merah memberi amaran kepada Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali agar tidak membenarkan pesta arak diadakan di Selangor.

Susulan daripada pembatalan festival Better Beer 2017 yang sepatutnya berlangsung esok di Kuala Lumpur, timbul khabar angin yang penganjur kini membuat permohonan kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Menurut The Sun, polis Shah Alam kini sedang menyiasat insiden itu di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan kerana berhimpun secara haram.

Ti juga menggesa pemimpin BN mengecam tindakan Jamal itu, agar ia tidak dikaitkan dengan mereka.

"Rakyat akan mengaitkan tindakan kasar itu sebagai budaya BN dan lebih teruk, BN mengizinkannya," katanya lagi.

2 comments:


  1. Biarkan dan izinkan yg GELAP itu berlalu pergi, krn tanpa yg GELAP lg kebudak2an itu, kita tak tau erti dan nikmat KEDEWASAAN..

    Perubahan ENERGY yg cantik lg positif sedang berlaku demi mengubah DARK-energy yg dah mula berlalu pergi..

    Yg GELAP dan KORUP pasti gelisah takleh tidur malam krn CAHAYA yg terang sedang dan sentiasa menyuloh mereka setiap masa menuju kekuburan masing2..

    CAHAYA yg terang bukan shj dtg nya dari maklumat2 data AUDIT yg tepat lg terperinci dgn sgl skandal yg mrk telah lakukan, ttp juga CAHAYA "alam" telah pun datang dgn signal2 PETIR RIBUT KEBAKARAN demi KEBAKARAN dan BANJIR-besar utk menghapuskan yg KORUP yg maseh sdondon "addicted" ddlm KEGELAPAN..

    Raikanlah CAHAYA harapan baru yg pasti lg PASTI berlaku, dan ENERGY yg positif ini wajib kita raikan bersama2 krn ENERGY itu ada ddlm diri kita sendiri demi bumi yg indah ini beroperasi penuh CINTA Integrity & Kaseh-Sayang..so bumi yg tercinta ini kan ceria segar dan bersinar kembali..

    ReplyDelete
  2. ada agama suruh minum arak ke ?
    suruh berjudi melacur tikam ekor
    kalau ni macam susah lah
    jadi ketua kena didik rakyat jadi baik bukan ikut kehendak burok nafsu manusia
    ada paham ka

    ReplyDelete