Sunday, October 1, 2017

Tentera dan dera: Rupanya sebab kematian adalah didera!

2 anggota TLDM mati ketika latihan akibat didera, kata polis
Bernama      Hari ini, 9:40 pagi
Dua anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang meninggal dunia di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi di Ipoh pada Jumaat lalu, dipercayai didera, kata Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Perak Datuk Gan Tian Kee.

Beliau berkata berikutan itu polis mengklasifikasikan kematian itu sebagai kes bunuh berdasarkan laporan bedah siasat daripada Jabatan Patologi Hospital Raja Permaisuri Bainun.

“Bedah siasat yang dilakukan ke atas kedua-dua mereka mendapati berlakunya kes penderaan yang mendatangkan kecederaan.

"Daripada penemuan ini, siasatan diklasifikasi di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Gan berkata bedah siasat ke atas Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat, 28, dilakukan pada pukul 3.30 petang hingga 7 malam, semalam, dan mendapati kematiannya disebabkan pendarahan paru-paru akibat trauma tumpul.

"Bedah siasat ke atas Muhammad Lailal Tuiman Mohd Sukri, 26, bermula pukul 9 malam hingga 11.30 malam mendapati dia meninggal dunia akibat pendarahan paru-paru serta trauma tumpul pada tisu lembut," katanya.

Gan berkata susulan itu, polis telah menangkap tiga lelaki berumur 29 hingga 44 tahun kira-kira 9.30 malam tadi bagi membantu siasatan.

"Ketiga-tiga suspek ini bertugas bagi syif Jumaat (29 Sept) pukul 10 pagi hingga 11 malam. Penahanan reman kesemua suspek akan dipohon di Mahkamah Majistret Seri Manjung," katanya.

Gan berkata polis turut merakam percakapan lapan tahanan yang ada di lokasi dan 11 pengawal bilik tahanan yang bertugas di tempat kejadian.

"Selain itu, polis merampas set CCTV, tujuh T baton, sebuah buku log bertugas, buku log SOP (perintah tetap bilik tahanan Unit Sungai Wangi) dan beberapa telefon bimbit pelbagai jenama," katanya.

TLDM dalam kenyataannya semalam menyatakan, Nik Muhammad Baihaqy dan Muhammad Lailal Tuiman meninggal dunia di bilik tahanan itu ketika menjalani latihan fizikal di kem berkenaan.

Ketika menjalani latihan itu, kedua-dua anggota berkenaan mengadu kepenatan dan direhatkan sebelum mengalami muntah dan sesak nafas sebelum disahkan meninggal dunia oleh petugas paramedik yang tiba pada 3.15 petang.

8 comments:

  1. Apa lah dia orang ni.Senang-senang jer dera orang.Sampai mati pulsk tu.Lepas ni banyak mana pulak kos terpaksa dihabiskan utk siasatan,perbicaraan dll. Semua tu duit rakyat.Duit juta- juta rakyat Malaysia....Ada kuasa langsung jadi gila. Yang askar gila,yang politik gila,yang ekonomis gila...Semua gila nak gila...

    ReplyDelete
  2. Byk lagi kes spt ini abe
    Kat PARA kem terendak lagi teruk
    Pukul atas kepala mainan dia org jer
    Tu kawe sarankan kepada anggota2 yg kena buli tu bila jumpa jer geng2 suka dera ni kat luar pukul jer dia org ni sampai koma..
    Bagi dia org tahu hukum karma sikit..
    Nak pesan sikit kat geng2 stupid idiot ni
    Zaman skrg zaman moden la bro
    Masing2 cari rezeki jadi buat la kerja cara professional sikit...

    ReplyDelete
  3. Aku pun bekas tentera berpencen,tersangat sakit hati melihat perihal ansk muda dalam tentera hari ini,. Akta ATM 1972 masih tetap yg sama, menakala SOP mengaturcara penugasan bagi setiap bahagian,.dalam SOP tiada peruntukan mendera n memukul pesalah yg berkaitan tatatertib dalam ATM menakala kes jenayah akan terus kepada PDRM, didalam lokap pesalah hanya ditahan tiada latihan fizikal kecuali kaunsling dari pihak tertentu, dalam ATM sendiri sedangkan makan minum serta sama seperti anggota yg luartiada perbezaanya,.yang menjadi meskil kemana Sarjan Mejer beliau berada, mengapakah tidak ambil tahu darihal anak buahnya,.itu sebagi tanggongjawabnya,.harap pihak atasanya tidak akan menyembunyikan fakta, harus dingat kesalahan tersebut hanya berkaitan Tatatertib dan bukan berkaitan Jenayah, diharap hukoman yg berat mesti dikenakan kepada perlaku sebagi pengajaran,. Bekas WOII ATM

    ReplyDelete
  4. Masa najib jer ... macam-macam kejadian pelik.

    Berapa juta pulak Najib nak bagi kepada TLDM untuk kebajikan TLDM ?

    ReplyDelete
  5. kalau ada kes macam ni dalam pihak polis jangan sorok jugak
    salah tetap salah
    kawan ke bos ke tak kira
    jangan melampau dalam tugas
    nyawa dibayar nyawa

    ReplyDelete
  6. Masa jib byk benda pelik. Mh370 hilang. Mh17 ditembak. Mah dapat hadiah loket pink rm112juta hadiah drp ostaz jho lo. Jib nk bantu ekonomi As. Dan byk lagi. Hihi

    ReplyDelete
  7. Kenapa yk, semuanya bala n petaka berlaku banyak sangat zaman pm najib " Penglima Bugis ",..rasanya ia membuktikan utustadbir yg curang dan tidak telus, apakah pemimpin ini dibiarkan terus menyemak , sehingga menconteng nama Negara,.???

    ReplyDelete
  8. tentera masih mengekalkan kaedah2 bukan islam dlm budaya kerja mereka. latihan dan hukuman ketahanan fizikal dan mental memang perlu tp bila keterlaluan ia tidak relevan.

    kenapa tidak dimasukkan unsur2 latihan cara islam. mencontohi kehebatan para mujahideen afghan dll.

    adakah mereka kuat dan berani kerana penderaan keterlaluan dlm latihan semata2?

    bukankah kekuatan yg lebih utama adalah penerapan islam dan amalan kerohanian. cuba kaji balik kekuatan tentera salahuddin alayubi misalnya. apa rahsia kehebatan mereka? semata2 dgn pukul dan unsur keganasan?

    solat tahjud misalnya. para komando sepatutnya lebih utama utk solat tahjud tiap2 mlm. ini memberi keuatan rohani yg utama. kerana ini janji Allah.

    makanan dlm darurat misalnya. tidak perlu belajar makan katak dan ular. tp boleh belajar teori jika perlu makan katak atau ular. cara menyediakannya. resepinya dll. dlm keadaan dharurat jgnkan katak, air kencing sendiri pun diminum mcm pelarian rohingya. walaupun tanpa latihan.

    kita bersyukur budaya minum keras cara terbuka dan bangga sudah beransur pupus dlm atm dgn adanya kagat. maka unsur2 kekuatan keagamaan lain boleh diserapkan.

    bayangkan..syarat anggotai atm, selain latihan dan kekuatan fizikal dan mental.. solatnya mesti terjaga. tahjudnya mantap. akhlaknya mulia. lembut sesame sendiri tp keras dan berani berdepan musuh.

    bg yg kena tindakan kerana melanggar peraturan tentera, kerahkan saja ke medan mana2 yg diperlukan. pergi mengawal lahad datu misalnya. kerah mereka bertugas membantu bencana dll tugas yg bermanafaat dan lasak.

    walau komando sekalipun, mereka juga manusia. gajah pun kalau dipukul melampau akan mampus.

    bukan senang Negara nk melahirkan seorang paskal misalnya. dn syg dia terbunuh ditgn tentera sendiri. sepatutnya dia terbunuh dlm pertempuran dgn musuh.

    dan jika amalan agama diterap dgn berkesan, maka insyaallah mati mereka syahid..walaupun syahid akhirat. tidaklah sia2 disebalik pengorbanan besar mereka itu.

    kalung pingat PBG atau SP hanyalah sekeping besi. darah mereka kalau mengalir dgn niat agama dan latihan dan hidup mereka mengikut agama dlm ketenteraan.. mereka layak dipanggil mujahideen.

    amat malang dlm mempertahankan sebuah Negara umat islam, mati mereka tidak dikira syahid.. walaupun diakhirat hanya Allah yg tahu.

    amat malang jika mujahideen afghan blh syahid melawan komunis Russia dan kafir US, tentera kita mati melawan komunis tidak berani difatwa syahid... sebb tk cukup syarat.

    sudah sampai masanya atm mempunyai pemimpin2 yg cenderung kpd agama dan menjadi tentera2 Allah yg benar. bukan tentera2 ganas yg hanya kuat dan kasar fizikalnya tp kosong rohaninya.

    komen ini tidak niat menghina maan2 pihak tetapi hanya kerana....

    Aku Sayang Negaraku

    wallahualam.

    ReplyDelete