Wednesday, October 4, 2017

Songlap RM100 juta: Program makanan pelajar miskin pun disapu juga!

* Ini memang gila dan haram jadah!

Pegawai kementerian gelapkan RM100 juta dikenal pasti
mk  -  Hari ini, 2:28 tengahari

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai sudah mengenal pasti sekurang-kurangnya lima pegawai kementerian yang mempunyai kaitan dengan 10 syarikat untuk menggelapkan dana lebih RM100 juta.

Sumber yang mengetahui siasatan itu memberitahu New Straits Times bahawa mereka telah beberapa tahun melakukan kegiatan itu melalui projek-projek yang tidak wujud.

Terdapat juga projek didakwa tidak dijalankan mengikut spesifikasi ditetapkan.

“Kes ini bukan sahaya mencuri dana yang sepatutnya disalurkan oleh pembangunan infrastruktur.

“Malah program makanan pelajar miskin juga tidak terlepas,” menurut sumber seperti dilaporkan akhbar harian itu.

Kumpulan pegawai kanan di kementerian yang tidak dinamakan itu dikatakan bekerjasama dengan beberapa syarikat untuk menyelewengkan peruntukan yang dimaksudkan untuk projek kerajaan yang bertujuan meningkatkan kebajikan dan infrastruktur masyarakat.

Mereka sekadar mengisytiharkan di atas kertas bahawa projek telah selesai, walaupun tiada apa yang dilakukan.
"Ini membabitkan puluhan projek dan inisiatif yang sepatutnya dilaksanakan untuk membantu golongan miskin, termasuk yang bernilai antara RM500 juta dan RM1 bilion," kata sumber yang biasa dengan perkara itu.

Oleh itu, sumber itu berkata, mereka dengan mudah telah menggelapkan kira-kira RM100 juta.

2 comments:

  1. Hello, i think that i saw you visited my blog so i
    came to “return the favor”.I'm trying to find things to improve
    my website!I suppose its ok to use some of your ideas!!

    ReplyDelete
  2. Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara dzolim, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka).

    makan rasuah melalui salahguna kuasa
    pemberi n penerima
    hidup tak ada pegangan ugama sanggup buat apasaja janji kembong perut

    ReplyDelete