Wednesday, October 4, 2017

"Jika mereka fikir semua ini akan membuat saya menutup mulut, mereka silap!" - Syed Saddiq

* Sekiranya gambar-gambar yang dimaksudkan itu ditularkan, adakah Bersatu akan mengenepikan juga Syed Saddiq sebagaimana yang berlaku terhadap Anina saaduddin?

Syed Saddiq tak goyang diugut 'gambar sensitif'
Kow Gah Chie      Hari ini, 6:18 petang
Beberapa keping "gambar sensitif" didakwa cuba dijadikan senjata pihak musuh untuk menutup mulut Ketua Pemuda BERSATU (ARMADA) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Memberitahu media hari ini kata Syed Saddiq, gambar-gambar itu diterimanya kira-kira jam 1.30 pagi tadi.

Ekoran gambar sensitif berkenaan, Syed Saddiq mendakwa dia tidak dapat tidur semalaman

"Memang satu malam saya tak boleh tidur," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Petaling Jaya hari ini.

Syed Saddiq ialah bekas juara debat Asia yang menyertai BERSATU dan segera menarik perhatian ramai.

Baru berusia 25 tahun kelmarin dia mendakwa cuba disogok pihak tertentu supaya meninggalkan perjuangannya bersama BERSATU.

Dia bagaimanapun nekad untuk terus dengan apa yang dilakukannya kini walaupun ia bermakna terpaksa mengetepikan tawaran biasiswa bernilai RM400,000 untuk belajar di Universiti Oxford.

Menurut Syed Saddiq sebelum ini ugutan pernah dihantar kepada bapa dan abangnya.

Taktik yang jijik

Kali ini katanya ugutan itu dihantar terus kepadanya dan lebih bersifat peribadi.

"Ia bukan ancaman bunuh atau pukul tapi lebih kepada isu peribadi yang digunakan untuk mengertakkan saya keluarga.
"Mereka mahu saya berhenti mendedahkan perkara yang bersangkut-paut dengan mereka di sebelah sana," katanya merujuk kepada pihak yang bertentangan dalam politiknya.

Ditanya sama ada ugutan itu berbentu gambar-gambar lucah, dia bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.

Syed Saddiq juga memberitahu dia membuat aduan kepada polis di Subang pada jam 11.30 pagi tadi.

Dalam aduan itu dia melaporkan ugutan terbaru, selain ancaman yang diterima ahli keluarganya serta sogokan bernilai RM5 juta supaya dia keluar daripada BERSATU.

Ekoran laporan tersebut Syed Saddiq memberi keterangan kepada polis selama dua jam hari ini dan perlu sekali lagi ke situ pada jam 8 malam dan 12 tengah malam ini.

"Jika mereka fikir semua ini akan membuat saya menutup mulut, mereka silap.

"Jika mereka sangka taktik yang begitu jijik ini akan menakutkan saya, mereka salah. Saya akan bertindak," katanya.

Seperti kelmarin sekali lagi Syed Saddiq menamakan individu yang didakwanya cuba memberi sogokan berkenaan.

Individu itu ialah seorang kakitangan kerajaan yang ada kaitan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Malaysiakini sedang cuba menghubungi lelaki terbabit untuk mendapatkan komennya.

2 comments:

  1. Individu itu ialah seorang kakitangan kerajaan yang ada kaitan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak... sape org ni..rizal mansor ke?

    ReplyDelete
  2. Semuga Allah swt pelihara keselamatan keluarga dan anak muda ini...

    ReplyDelete