Sunday, October 8, 2017

RUU355: Sekali lagi UMNO berjanji pada PAS

Umno bersedia bantu PAS pinda RUU355 sekali lagi
TMI  -  Diterbitkan pada 8 Oct 2017 3:20PM
Ketua Penerangan Umno Annuar Musa berkata Umno dan PAS perlu lebih fleksibel dalam soal mencari titik persamaan demi kepentingan umat Islam dan pertelagahan yang berterusan tidak membawa sebarang  keuntungan kepada rakyat termasuk di Kelantan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 8 Oktober, 2017.

UMNO sudah bersedia untuk bekerjasama dengan PAS bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 walaupun kedua-dua parti tidak dapat berkompromi dalam perkara-perkara lain, kata Annuar Musa.

Menurut laporan Bernama, Ketua Penerangan Umno itu berkata Umno dan PAS perlu lebih fleksibel dalam soal mencari titik persamaan demi kepentingan umat Islam dan pertelagahan yang berterusan tidak membawa sebarang  keuntungan kepada rakyat termasuk di Kelantan.

"Jika PAS mahu bekerjasama atau membincangkan soal itu, Umno sebenarnya tiada apa-apa masalah,” katanya kepada pemberita pada majlis santai bersama media di Bachok, malam tadi.

Annuar berkata walaupun Umno tidak boleh berkompromi dengan PAS dalam perkara-perkara tertentu masih banyak perkara lain yang boleh dibuat bersama melalui konsep ta’awun (tolong-menolong dalam kebaikan) seperti dalam meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

Ahli Parlimen Ketereh itu juga berkata Umno kini bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

"Kita ingin menegaskan siapa-siapa (parti) yang menyokong DAP kita akan tentang seperti Bersatu dan PKR. 

"Bagi saya pada PRU-14 akan datang, mana-mana yang menyokong DAP kita wajib tentang kerana kita tidak mahu DAP 'menguasai' walaupun mereka tidak memerintah seperti yang berlaku di Selangor," katanya. 

Presiden PAS Abdul Hadi Awang pada April mencipta sejarah apabila menjadi ahli parlimen dari kalangan pembangkang yang pertama dibenarkan membentang Rang Undang-undang Persendirian di Dewan Rakyat.

Pada hari terakhir sidang pertama tahun ini, Ahli Parlimen Marang itu membentangkan usulnya kepada kerajaan untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau dikenali sebagai RUU355.

Hadi mahu kerajaan menaikkan bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah kepada penjara 30 tahun, denda sebanyak RM100,000 dan 100 sebatan.

Bagaimanapun, Speaker Pandikar Amin Mulia  menghentikan perdebatan RUU355 sebelum mereka yang menentangnya menyampaikan hujah mereka, dan menangguhkan prosiding, menyebabkan kekecohan di Parlimen. Pandikar membuat pengumuman itu selepas Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan melengkapkan hujahnya terhadap usul itu.

Pada Muktamar PAS di Alor Setar bulan berikutnya, Hadi melahirkan penghargaan dengan mengucapkan berterima kasih kepada Putrajaya dan berkata tidak akan melupakan jasa kerajaan kerana memberinya peluang membentangkan rang undang-undang persendiriannya di Parlimen – 8 Oktober, 2017.

5 comments:

  1. Hello, after reading this remarkable piece of writing i am also cheerful to share my knowledge
    here with colleagues.

    ReplyDelete

  2. Kita harus belajar rasa kasehan dan simpati trhdp "budak2" yg masih degil dah masih tetap ingin bermain ddlm GELAP serta cuba mempengaruhi budak2 lain yg berada ddlm kebingungan..

    Tugas kita adalah membawa CAHAYA dan terus menyuloh mereka dgn penuh kaseh sayang, smoga mrk akan terasa malu dgn kedegilan serta KEBODOHAN mrk itu..

    Dgn kedegilan serta kebodohan mrk ddlm KEGELAPAN itu, mrk pasti tak akan dpt bertahan lama, krn sudah semakin ramai budak2 yg mrk bodohkan dulu kini telah turut sama berubah membawa obor CAHAYA..

    CAHAYA yg indah itu mula mengajar erti INTEGRITY Transparency LURUS telus dan tembus yg bersumber dari kaseh sayang sejati demi berkongsi dgn rasa simpati yg tggi...bukan terus2an ddlm samar GELAP keliru utk kebuasan kepentingan diri dgn kebobrokan hawa nafsu.

    ReplyDelete
  3. kedua-dua parti tidak dapat berkompromi dalam perkara-perkara lain

    hukum Islam yang menyeluruh bila amono nak buat

    harap nama saja islam tapi hidup nak berhukum ngan hukum kapir
    boleh jalan la

    ReplyDelete
  4. Hey man, why didnt you put Opera Cellular Market?

    ReplyDelete
  5. Select fashions play Blu-ray Disc movies in full HD 1080p resolution when related to a suitable HDTV.

    ReplyDelete