Thursday, October 5, 2017

Presiden Tanzania dedah gaji bulanannya, benteras rasuah tapi ada lagi rakyat tak puas hati

PRESIDEN TANZANIA DEDAH GAJI BULANAN, JELAS KENAPA BELIAU TIDAK AKAN SESEKALI MENAIKKAN GAJI
October 4, 2017 
(Foto: Sadi Said/Reuters)

Presiden Tanzanian John Magufuli telah mendedahkan bahawa dia menerima gaji bulanan hanya sebanyak $4,008 atau kira-kira RM16900 sebagai pemimpin negara Afrika Timur.

Magufuli, yang dipilih sebagai presiden pada tahun 2015 atas janji untuk menangani rasuah, membuat pendedahan semasa siaran ucapan secara langsung di televisyen negara pada hari Selasa.

“Gaji saya adalah sembilan juta (Tanzanian Shilling), saya tidak menaikkan gaji saya dan saya tidak akan menaikkannya kerana kewajiban saya adalah untuk berkhidmat kepada warga Tanzanians terlebih dahulu. Warga sudah bosan dengan wang mereka dicuri,” kata Magufuli, yang dijuluki dengan panggilan ‘The Bulldozer’ kerana membina jalan raya ketika menjawat jawatan sebagai Menteri Kabinet, berkata.

Detrick Kaijanangoma, pensyarah di Universiti Dar Es Salaam, berkata pendedahan itu adalah “langkah ke arah yang betul”.

“Ini adalah jelas dan apabila kamu mengatakan bahawa kamu mahu memimpin melalui teladan ia adalah perkara yang betul untuk dilakukan. Sebelum ini, presiden tidak pernah memberitahu kami berapa banyak pendapatannya,” kata Kaijanangoma kepada Al Jazeera dari ibu kota negara itu, Dar Es Salaam, memetik laporan Al-Jazeera (04/10/2017).

Gaji Magufuli adalah satu pertiga daripada gaji bekas presiden Jakaya Kikwete dilaporkan terima selama tempoh sepuluh tahunnya sebagai pemimpin negara paling berpengaruh di Afrika Timur.

Tetapi sesetengah warga Tanzanians masih berpendapat gaji presiden, yang juga lebih rendah daripada gaji Presiden Uhuru Kenyatta dari Kenya dan Yoweri Museveni dari Uganda, masih terlalu tinggi.

“Presiden mendapat segala-galanya dari kerajaan, yuran sekolah anak-anaknya, rumah percuma dan kereta percuma, jika beliau menganggap gaji itu kecil atau tidak cukup maka ia salah,” kata Deodatus, pemandu teksi, kepada Al Jazeera.

Magafuli, selepas lebih daripada dua dekad dalam politik, telah membina reputasi tanpa rasuah.

Seminggu selepas beliau dipilih sebagai presiden, anak kepada seorang petani itu mengarahkan untuk mengehadkan lawatan rasmi pegawai kerajaan.

Pegawai kerajaan Tanzania menyimpan rekod kerap membuat perjalanan ke luar negara, menggunakan penerbangan kelas pertama atau kelas perniagaan dengan menggunakan wang pembayar cukai.

“Beberapa ahli dalam organisasi kerajaan biasanya memutuskan untuk tidak mengadakan mesyuarat lembaga di Tanzania dan akan pergi ke Dubai untuk mengadakan pertemuan di sana, supaya mereka dapat elau besar untuk menampung perbelanjaan harian semasa perjalanan. Mereka pastinya tidak menyukai apa yang kerajaan lakukan sekarang,” kata Magufuli pada hari Selasa.

Dua belas juta orang Tanzanians hidup dalam kemiskinan yang melampau dengan pendapatan kurang daripada $0.60 sehari, menurut Bank Dunia.

Pada tahun 2015, pemimpin berusia 57 tahun itu mengharamkan pegawai kerajaan dari menghantar kad Krismas dan Tahun Baru yang dibayar menggunakan dana awam sebagai sebahagian daripada langkah-langkah pemotongan kos kerajaan diperkenalkan.

Menguburkan rasuah

Pada bulan April tahun ini, Presiden Magufuli memecat hampir 10,000 penjawat awam kerana kurang kelayakan pendidikan dan menjimatkan wang orang awam.

Kerajaan Magufuli mengenakan syarikat perlombongan pada bulan Julai dengan bil sebanyak $190 bilion untuk cukai yang tidak dibayar, penalti dan bunga yang tidak dibayar, sejak beberapa tahun kebelakangan.

Beliau juga telah membuang beberapa pegawai tertinggi kerajaan, termasuk ketua cukai negara, ketua badan anti-rasuah kerajaan dan ketua pihak berkuasa pelabuhan Tanzania, atas dakwaan kesalahan rasuah sejak beliau memegang jawatan.

Negara dengan penduduk lebih daripada 53 juta orang itu telah berjuang untuk membendung rasuah dan telah menyaksikan skandal besar-besaran pada tahun-tahun kebelakangan ini.

Pada tahun 2014 menteri perumahan negara dan peguam negara dikeluarkan daripada pejabat selepas lebih daripada $186 juta diambil dari bank pusat dalam skandal tenaga.

Pakatan Anti Rasuah Global, Transparency International, menyenaraikan Tanzania pada kedudukan 116 dari 176 negara dalam indeks persepsi rasuah 2016. - sumber

1 comment:

  1. Nanti menteri2 di malaysia pun dgn megahnya akan isytihar gaji kami cuma sekian byk sj. Betul la tu. Tp wang yg masuk drp sumber2 lain berjuta2. Sbb itu mrk semua boleh hidup mewah anak beranak beberapa keturunan

    ReplyDelete