Thursday, October 5, 2017

Perobohan rumah di Subang Azmin atau Exco Perumahan yang bertanggungjawab?

THURSDAY, OCTOBER 05, 2017
Azmin punya pasal,. Pakatan Harapan dapat nama busuk
Sila baca kenyataan media MB Azmin Ali di sini

Tanah yang melibatkan tiga buah rumah dan dua buah kedai dalam kawasan Masjid Subang yang dirobohkan itu adalah hak milik kerajaan persekutuan. Penghuni telah menduduki tanah tersebut 30 tahun dahulu sejak UmnoBn perintah tanpa ganguan dari kerajaan.

Walaupun begitu, menurut dakwaan PSM, isu tanah adalah dibawah kuasa Negeri mengikut Perlembagaan Persekutuan dan tiada pihak walaupun pegawai Kerajaan Persekutuan boleh buat apa-apa atas tanah negeri tanpa kebenaran dari Kerajaan Negeri.

Isu ini telah dibawa ke perhatian Menteri Besar Selangor Dato’ Azmin Ali sejak November 2016 namun sehingga kini langsung tiada tindakan dari Kerajaan Negeri Selangor.

Malah semalam, Setiausaha Agung Sivarajan Arumugam telah hubungi PA Menteri Besar, YB Suhaime, namun beliau mengatakan perobohan akan diteruskan. 

Maka sebab itu apabila tindakan perobohan telah berlaku, maka ramai yang mencemuh dan menghentam MB Selangor, Azmin Ali sebagai tidak mesra rakyat dan menindas! Keadaan ini turut mencemarkan kerajaan negeri Selangor sekarang.

Tetapi yang menghairankan, kenapa ada pula kalangan yang turut menghentam parti AMANAH?

Mereka menyangka dan keliru bahawa kerajaan negeri ditadbir oleh Pakatan Harapan. Padahalnya, kerajaan Selangor tetap masih sebagai negeri Pakatan Rakyat!

Walaupun Azmin adalah Pengerusi Pakatan Harapan Selangor, Azmin Ali tidak pernah istiharkan negeri Selangor sebagai negeri Pakatan Harapan.

Maka adalah tidak wajar Pakatan Harapan dilibat sama dan menjadi sasaran dalam kemelut tersebut, apalagi melibatkan parti AMANAH!
Rakyat perlu tahu dan menyedari bahawa Selangor masih kekal sebagai negeri Pakatan Rakyat dengan mengekalkan 3 anggota Pas, Iskandar Abdul Samad, Dr Ahmad Yunus Khairi, dan Zaidy Abdul Talib sebagai Exco dalam  kerajaan negeri Selangor. Tidak ada Exco dari parti AMANAH!

EXCO Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar ialah Iskandar Samad, orang Pas, tidak langsung kelihatan dan tiada siapa pun yang bertanyakan tentang peranannya dalam menangani krisis tersebut.

Adakah disebabkan mangsa dahulunya penyokong Pas tetapi kini menjadi penyokong Amanah maka Pas memencilkan diri tidak muncul dan ambil peduli walaupun ini melibatkan isu rakyat ditindas.

Ramai penyokong Pakatan Harapan curiga kerana Azmin yang dilihat tidak suka kepada AMANAH tetapi lebih pro kepada Pas. Pas pula bekerjasana dengan umno.

Kecurigaan terhadap Azmin tidak dapat dibendung malah semakin membuak-buak ekoran kegagalan Azmin menangani isu perobohan tiga buah rumah dan dua buah kedai dalam kawasan Masjid Subang berhampiran Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang.

Berikut beberapa pandangan nettizen mengenainya :

Mazlan Aliman : Tragedi hitam perobohan rumah rakyat berhampiran Masjid Subang Airport hari ini. Ia mengingatkan saya situasi sama membabitkan Kg Berembang di zaman Khir Toyo, Kg Plentong Tengah semasa Ghani Othman, Kg Chubadak dll.

 Meskipun ia tanah MAHB, namun Selangor adalah negeri Pakatan. Apa pun alasannya, perobohan rumah tidak harus berlaku, sementara ia masih di peringkat mahkamah dan isu pampasan & kediaman alternatif belum di muktamadkan.

 Setelah selesai rumah dan gerai dirobohkan, baru di umum formula penyelesaiannya. Damage telah berlaku. Sekadar mengingatkan Sang Penguasa di Selangor, ' Doa orang yang dizalimi, tiada hijab di sisi Allah'

Zubaidi Sudin : Pengambilan tanah tak semudah itu nak apply section 4 dan 8 pun kena sebab kukuh utk pembangunan dan byr deposit pd PTG. Tak dan nak buat sepatutnya Kerajaan negeri bantu tawarkan penyelesaian samada pampasan atau rumah klau kerajaan negeri prihatin pd rakyat lah. Harap MAHB dan PTG memg depa lepas tgn. Depa guna undg2 memg le yg bina premis atas tanah org dianggap penceroboh. Nak lwn mcm mana?

Dari segi undg2 ternyata penduduk tu salah. Tapi di mana ehsan dr kerajaan negeri? Kata prihatin. Klau penyelesaiannya bleh diterima dan munasabah takkan ditolak? Mgkin usaha tidak mencukupi. Walahualam.

Ahmad Muslim Badawi Badawi  : Tengok kan aksi perobohan Tanah airport Masjid Subang pagi tadi, teringat drama perobohan di Kg Berembang sebelum kejatuhan Khir Toyo.. andai Azmin terima nasib seperti Khir toyo pun, takda lah aku ralat sangat.. bagi aku biar apa pun alasan, Kerajaan Selangor memang gagal membuat penyelesaian baik.. ini bukan gambaran kerajaan Rakyat, tapi masih jadi Kerajaan Pro Kapitalis, padehal melibatkan 2 Keluarga jer pun.. itu pun susah kerajaan hat ada lebih RM 4 Billion Rizab tunai nak selesaikan ?

MB sampai buat Mesyuarat Exco..sampai buat kenyataan media, ingat nak ganti dgn banglo, akhirnya hanya terima pampasan 6 bulan sewa dan ganti rumah PPRT,.. tu dah bukan penyelesaian, tu dah kira wang saguhati.. orang berunding sebelum Roboh..dah roboh nak kata apa lagi..dipaksa terima lah..Kerajaaan Pulau Pinang pun mampu gantikan rumah yg lebih baik walupun melibatkan tanah swasta, bukan anak syarikat Kerajaan Negeri..

agak agak lah.. dah lah ada pertikaian persempadanan Tanah, Tanah tu pulak dekat dgn masjid, Depa tu dah duduk situ 20 tahun.. dah keluarkan Duit sendiri bina rumah tu.. lepas tu paling tinggi tawar Pampasan RM 10 ribu.. Memang Sah lah, bangang punya Gov Selangor.. Kalau gantikan depa rumah teres 2 Tingkat pun depa tu layak terima..depa dah duduk situ lebih 20 tahun.. Tapi yg Heran nya.. Cat Pintu gerbang sampai 10 juta, mampu pulak keluarkan Belanja..carikan derma kononnya..

Selangor ni takkan berubah, Perubahan tak dapat dilakukan jika ada kelompok dalam JAIS yg berperangai dan bertuan kan UMNO...dan ada ahli Politik penakut yg jadi pengampu Istana..

Belajar dari Penyelesaian Kerajaan Pulau Pinang, padehal Tanah Kg Mutiara dah di gadai kan dizaman UMNO kepada Syarikat Swasta.. dah di Robohkan dah pun..Tapi kerajaan Pulau Pinang ambil tanggungjawab guna Kuasa sebagai Kerajaan tahan kelulusan Pembagunan kepada Syarikat swasta sebagai langkah Penyelesiaan.. Buat Penyelesiaan dulu, baru kelulusan diberikan..

Jangan Belajar cara Penyelesaian Azmin dan Khir Toyo.. 2 orang ni Memang kelompok Elit, Pro Kapitalis..dan anggap rakyat tu pengemis.. tapi sanggup habiskan berpulu juta untuk cat pintu gerbang dan Kubah Masjid..

Abah Anas Ar Rembawi : tuan rumah bagitau tadi sebelum ni mrk ditawarkan rm5,000 sahaja utk berpindah ketempat lain. tawaran rumah itu pun dibuat setelah rumah mrk dirobohkan bila kerajaan umnu/bien roboh rumah org kita kata itu tindakan zalim sebab mangsa dah duduk berpuluh tahun di tanah tu,

tpi bila kerajaan azmin roboh rumah org kita kata itu memang tindakan wajar sebab mrk duduk tanah org walaupun mrk dah duduk berpuluh tahun di tanah itu....sembangggg

Kameel Abuya : Pampasan RM5,000 sangat tidak patut ketika Azmin pernah bangga ada rizab negeri RM5 billion.    

Sehingga kini, tidak ada komentar dari mana-mana pimpinan Pas. Mungkin terlalu penat lepas mengadakan acara Fastaqim...

Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn pada 12:00 pm 

2 comments:

  1. Jom kita bina rumah di atas tanah milik orang lain, bila diusir oleh tuan tanah nanti, kita boleh tuntut pampasan ribu riban.

    ReplyDelete
  2. exco perumahan sepatutnya bertanggung jawab..mungkin marah sebab mereka masuk amanah...mana sifat kemanusiaan pas?

    ReplyDelete