Wakil DAP lontar soalan 1MDB, cetus kekecohan pada majlis Umno
Looi Sue-Chern
Diterbitkan pada 4 Oct 2017 8:49AM
Ahli DAP dan Bersatu turut menghadiri majlis Perjuangan4all yang menampilkan Ketua Penerangan Umno Annuar Musa di Balik Pulau, Pulau Pinang malam tadi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 4 Oktober, 2017.
BEKAS mejar tentera udara dan ahli DAP Zaidi Ahmad mencetuskan kekecohan pada dialog anjuran Umno di Balik Pulau, Pulau Pinang malam tadi apabila dia mencabar Ketua Penerangan Umno Annuar Musa menjelaskan kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Bekas juruterbang pesawat tempur itu yang kini bekerja sebagai pegawai maklumat dengan kerajaan ditadbir DAP di Pulau Pinang.
Pada sesi soal jawab, Zaidi mengambil peluang untuk bercakap dan memperkenalkan dirinya sebelum menjelaskan dengan terperinci saman sivil diambil Jabatan Kehakiman Negara AS (DoJ) yang mendakwa berbilion dolar dirompak daripada 1MDB. Dia kemudian meminta Annuar memberi penjelasan.
Walaupun berdepan dengan jeritan tidak puas hati daripada khalayak anti-DAP malam tadi, penganjur membenarkan Zaidi mengemukakan soalannya.
Menjawab soalan itu, Annuar berkata dia bersedia memberikan jawapan tetapi mereka yang tidak sukakan kerajaan tidak akan menerima penjelasannya.
“Saya rasa ramai akan setuju dengan saya, termasuklah Zaidi, mereka yang tak sukakan kerajaan tidak akan terima jawapan saya walaupun mereka minta saya jelaskan.
“Inilah masalah dengan negara ini. Adakah mereka mahu kerajaan yang sudah banyak berjasa kepada rakyat ikut sahaja cakap pengkritik?” soalnya disambut persetujuan hadirin.
Annuar berkata selepas isu 1MDB timbul, kerajaan mengambil pendekatan bertanggungjawab dengan menangani masalah syarikat sarat hutang itu.
Katanya, Perdana Menteri Najib Razak mengarahkan jawapan diberikan kepada soalan tentang 1MDB di Dewan Rakyat, dan supaya Jabatan Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menyiasat.
“Laporan PAC juga dibentang dalam Dewan Rakyat untuk didebatkan. Malah, Dr Tan Seng Giaw dari DAP dan naib pengerusi PAC berkata tahun lepas yang Najib tidak sepatutnya dipertanggungjawabkan kerana skandal 1MDB, kerana beliau hanyalah penasihat lembaga pengarah.”
Annuar berkata kerajaan mengambil kira laporan PAC berkaitan masalah menyelubungi 1MDB dan mengambil langkah seterusnya menangani isu dan hutang syarikat itu melalui pelan rasionalisasi.
“Perkara paling penting dan bertanggungjawab untuk kerajaan lakukan adalah menyelesaikan masalah itu. Bukan seperti pembangkang yang mahukan darah, menggunakan isu untuk membuatkan rakyat marah. Nampak ada salah, jatuhkan (kerajaan).
“Apabila ada salah, lebih penting untuk selesaikan masalah tu, bukan politikkannya. Jika awak nak politikkan perkara itu, buat dengan ilmu.”
Annuar juga mengecam DAP, mengatakan yang parti itu bukan satu-satunya parti yang peduli tentang salah guna dan korupsi.
“Tak masuk akal. Bagi saya, DAP paling korup. Setiap hari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia buat tangkapan, letak orang dalam t shirt lokap oren SPRM untuk siasat perangi rasuah. SPRM di bawah kerajaan mana? Kerajaan BN.”
Selepas membalas persoalan Zaidi, Annuar menjawab soalan ahli seumur hidup Bersatu, Mohd Amin Abdul Kader, sama ada kerajaan merancang untuk mengambil aset yang dirampas menggunakan wang didakwa dirompak daripada 1MDB.
“Adakah aset itu milik kita mulanya? Adakah jet dan lukisan milik 1MDB? Pastinya selaku perniagaan, 1MDB simpan rekod asetnya. Yang lain mendakwa aset itu milik kita tetapi ia tidak. Kenapa nak peduli?
“Dan 1MDB buat perniagaan luar negara. Jika ia langgar undang-undang negara luar, ia terpaksa terima hukuman ikut undang-undang negara itu. Jika anda faham itu, pastinya anda tak akan jadi ahli seumur hidup (Bersatu),” katanya kepada Amin.
Jabatan Kehakiman Negara (DoJ) melancarkan siasatan jenayah berkaitan dana yang didakwa dirompak daripada 1MDB yang digagaskan Najib, DoJ memfailkan tiga saman sivil sejak dua tahun lepas untuk merampas aset hartanah dan aset lain mencecah lebih daripada AS$1 bilion (RM4.3 bilion) yang didakwa dirompak daripada 1MDB.
Annuar pada sidang media selepas dialog itu berkata beliau gembira yang wakil DAP dan Bersatu turut menghadiri majlis itu dan bertanyakan soalan, memuji mereka kerana berani datang ke program Umno.
“Mereka diberikan kebebasan untuk tanya soalan. Saya juga harap mereka bebas untuk terima penjelasan saya. Ini adalah sebab mengapa kita ada program ini, supaya kita boleh berdialog,” katanya menambah yang soalan dikemukan mereka adalah soalan “kitar semula”.
“Bagi kerajaan dan Umno kami dah melangkah ke depan, tetapi soalan sebegitu masih ditimbulkan.” – 4 Oktober, 2017.

Knp soalan 1mdb dianggap taboo. Itulah perangai pemimpin umno dan pas. Bila isu panas bersangkut tuan badan, terus diharamkan tanya soalan. Senangkan hidup mcm tu. Cuba ikut cara rafizi. Apa yg ditanya segera dijawab beserta fakta lengkap. Telus, nothing to hide. Harap walaun2 umno dan pas jgn telan bulat2 apa yg disuap kpd kamu
ReplyDelete