Saturday, July 22, 2017

Video : Letupan ngeri

Published on Jul 21, 2017

Dua orang terbunuh manakala 55 yang lain cedera akibat ledakan di sebuah restoran berhampiran West Lake di Hangzhou, Timur China pada pagi Jumaat.

Video mStar dari You Tube

21 Jul 2017  -  5:07 petang
  
GLOBAL Dua orang disahkan terbunuh manakala 55 yang lain cedera dalam satu letupan di sebuah kedai berhampiran Tasik Barat  Hangzhou di wilayah timur Zhejiang China pada Jumaat pagi.

Menurut sumber pihak berkuasa tempatan, 12 daripada mangsa yang cedera dilaporkan parah.

Polis turut menahan pemilik kedai bagi membantu siasatan, lapor agensi berita China Xinhua.

Letupan yang berlaku kira-kira pukul 8.40 pagi menyebabkan kebakaran dan asap tebal menyelubungi udara. 

Susulan itu, pusat darah di wilayah berkenaan menyeru penduduk tempatan menderma darah bagi kegunaan merawat mangsa cedera.

Che Jun merangkap Ketua Parti Komunis wilayah itu berkata, siasatan terpeinci perlu dilakukan bagi mengenal pasti punca letupan dan memastikan tiada sebarang unsur yang boleh menjejaskan keselamatan awam. - sumber berita

1 comment:

  1. If you wish for to grow your familiarity only keep visiting this web site and be updated with the most recent information posted here.

    ReplyDelete