Sunday, July 23, 2017

Dr Mahathir dan Anwar sasaran mudah?

Kenapa dan apakah makna tersirat?
Semuanya berlumba-lumba nak bercakap

Gandingan Dr Mahathir dan Anwar sasaran mudah, kata Khairy
Muzliza Mustafa
Diterbitkan pada 23 Jul 2017 7:32PM 
Khairy Jamaluddin mengatakan orang Melayu kini masih menerima kesan pergaduhan Dr Mahathir dan Anwar pada 1997. – Gambar fail The Malaysian Insight, 23 Julai, 2017.

HUBUNGAN baru antara bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin pembangkang yang sedang dipenjara, Anwar Ibrahim memberikan Barisan Nasional (BN) dan Umno sasaran mudah, kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata kedua-dua mereka memainkan sentimen orang Melayu dan memecah belahkan sokongan kepada Umno ketika mereka bertelingkah pada 1997.

Dan kini, ketika orang Melayu masih bergelut dengan kesan perpisahan kedua-dua pemimpin itu, mereka berdua memutuskan untuk berbaik bagi menentang kerajaan, katanya lagi.

Anwar ialah timbalan perdana menteri kepada Dr Mahathir sebelum dipecat dan dipenjarakan atas tuduhan liwat dan korupsi.

“Apabila ditanya sebab pemecatan Anwar ketika itu, Dr Mahathir beritahu kita yang Anwar tidak bermoral untuk jadi pemimpin,” kata Khairy dalam ucapannya di mesyuarat Umno Bahagian Bagan petang ini.

Tetapi kedua-dua mereka kini berganding bahu untuk menjatuhkan Perdana Menteri Najib Razak.

Khairy berkata lebih mudah untuk membalas serangan pembangkang kini disebabkan kedua-dua pemimpin itu sudah bekerjasama.

“Kita boleh melawan banyak benda yang mereka bangkitkan. Jika mereka membangkitkan saman Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ), kita boleh membangkitkan apa mereka lakukan ketika mereka berkuasa dan mentadbir negara,” kata Khairy.

Bagaimanapun, rakyat sudah bosan dengan pertikaian lama itu dan hanya berminat dalam perancangan kerajaan untuk masa depan, katanya.

Katanya lagi, pilihan rakyat sekarang sekiranya mereka perlu memilih pakatan mana perlu disokong pastinya Barisan Nasional-Umno.

“Pembangkang sendiri tak boleh beritahu kita siapa yang akan mereka lantik jadi perdana menteri jika mereka menang pilihan raya. Tetapi saya diberitahu yang ia bergantung kepada parti mana yang mempunyai lebih banyak kerusi di Parlimen,” kata Khairy.

Jika begitu, parti itu ialah DAP, katanya.

“ Antara parti pembangkang, DAP mempunyai kerusi terbanyak dalam Parlimen. Saya tahu kerana saya di Parlimen. Tetapi mengenali landskap politik, DAP tidak akan menamakan perdana menteri. Tetapi ia menunjukkan siapa sebenarnya berkuasa sekiranya pembangkang menang dalam pilihan raya umum.” kata Khairy. – 23 Julai, 2017.

3 comments:

  1. Hoi Khairi! Jika banyak kerusi yang dimiliki UMNO yang ada kini tumbang kepada PPBM, PKR dan juga Amanah serta calon melayu dari DAP, kamu masih nak keluarkan hujah seperti itu lagikah??? Nama saja lulusan Oxford, tapi bengongnya melantun-lantun macam Wan Rosli jugak.

    ReplyDelete
  2. Khairy bodoh ditimpa badak kecik al badawi. Kikiki

    ReplyDelete
  3. Kj klu kau ada teloq, dedahkan kisah sebenar kes altantuya

    ReplyDelete