February 04, 2018
Undi Atau Rosakkan Undi?
Baru sahaja saya membaca tulisan Saudara Hafidz Baharom: Why I went rogue on #UndiRosak. Beliau menyatakan kekecewaan beliau terhadap Pakatan Harapan yang dituduhnya membelakangkan mereka seperti dirinya yang telah berkorban demi Pakatan Rakyat semasa zaman menentang Mahathir dahulu. Dia menyebut betapa pandangan mereka seperti dirinya, termasuk Tenaganita dan Haris Ibrahim, langsung tidak diendahkan Pakatan Harapan dan oleh itu beliau tidak lagi menghiraukan apa yang akan berlaku kepada Pakatan Harapan dan dengan itu menganjurkan gerakan ‘UndiRosak’.
Semua ini berpunca dari kesanggupan Pakatan Harapan menamakan Tun M sebagai bakal Perdana Menteri.
TERIMA KASIH
Sebelum saya mengemukakan penjelasan dan hujah mengapa tindakan ‘UndiRosak’ adalah satu kesilapan besar, terlebih dahulu saya ingin mengucapakan terima kasih kepada Saudara Hafidz kerana sudi mengundi saya pada tahun 2008 dan juga 2013. Saya harap saya telah memenuhi tanggung jawab saya terhadap Saudara Hafidz sambil ingin juga meminta maaf ke atas apa-apa kekurangan yang pasti ada, semasa saya menjawat jawatan sebagai Ahli Parlimen yang diundinya.
Saya telah berusaha sedaya mungkin untuk memperjuangkan konsep ketelusan dan pertanggung-jawaban kerajaan serta menolak dengan keras perkauman dan salah guna agama demi kepentingan politik. Persoalan ketidak-adilan politik dan ekonomi turut saya usaha ketengahkan khususnya dalam persoalan beban kos kehidupan ke atas rakyat hasil dari penyelewengan, rasuah, rompakan harta rakyat dan kedangkalan kerajaan.
Dan setakat mana yang saya lakukan itu semua, setakat itulah kemampuan saya. Atas sebarang kekurangan saya pohon maaf.
PERSOALAN MEMBELAKANGKAN PANDANGAN PENYOKONG
Dalam soal membelakangkan dirinya dan mereka yang sepertinya, sehingga tidak mendengar pandangan mereka, saya minta maaf tetapi dakwaan itu tidak tepat. Apabila kita mempunyai pandangan yang berbeza, maka tidak bererti pandangan saudara tidak didengari. Sememangnya pandangan saudara dan yang sependapat dengan saudara diambil kira, sehingga persoalan menerima Tun M sebagai calon bakal Perdana Menteri tertangguh beberapa bulan. Ianya bukan satu keputusan yang dibuat secara mudah mahupun tergesa-gesa. Ianya telah dibincang dan dibincang dan dibincang berkali-kali, sehingga akhirnya apabila keputusan dibuat dan pencalonannya diterima, ianya diterima atas syarat-syarat yang jelas dan nyata.
Hakikatnya ianya dibuat atas sebab ingin meneruskan usaha di sebalik penubuhan Pakatan Rakyat dan seterusnya Pakatan Harapan dan bukan sebaliknya. Tidak benar didakwa Pakatan Harapan meninggalkan saudara sekiranya apa yang dimaksudkan adalah meninggalkan perjuangan yang dibawa PR dari asal penubuhannya. Atas sebab ingin terus memperjuangkan agenda reformasi dan pemusnahan regim yang korup dan zalim itulah maka keputusan tersebut terpaksa dibuat.
MENGAPA TUN MAHATHIR?
Setelah berbahas selama berbulan-bulan, ianya tidak dapat dinafikan bahawa sokongan yang dibawa Tun M diperlukan sekiranya benar kita ingin mencatat sejarah dan menukar kerajaan di Putrajaya dengan sebuah kerajaan yang lebih telus dan adil. Keperluan kita terhadap kebersamaan Tun M adalah lebih mendesak apabila mengambil kira betapa Najib telah berjaya mempengaruhi dan merosakkan PAS sehingga meninggalkan PR dan menjadi mesra UMNO.
Mungkin dikatakan ya benar, tetapi mengapa Tun M perlu dinamakan sebagai calon bakal PM? Jawapannya adalah kerana Najib telah awal-awal lagi memenjarakan DSAI. Dan walaupun Kak Wan dan yang lain berkebolehan, namun kebolehan mereka belum lagi diyakini rakyat jelata kerana mereka tidak pernah menjawat jawatan PM atau TPM.
Mungkin ditambah pula dengan bantahan, “tidakkah dahulunya kita menentang Tun M?” Maka dijawab, “Ya, benar dahulunya kita menentang Tun M dan kita akan menentangnya sekali lagi sekiranya apabila dia diberi kuasa sebagai PM, atas sokongan kita, dan dia pula kembali kepada cara lamanya!”
Perlu difahami, penentangan kita terhadap Tun M dahulu bukan bersifat peribadi, tetapi atas sebab apa yang dilakukannya. Sekiranya ianya tidak lagi dilakukannya, mengapa perlu kita tumpukan penentangan kita terhadapnya, sedangkan yang sedang melakukan yang lebih dahsyat lagi adalah Najib?
BUKAN TUN MAHATHIR SEORANG
Mungkin Saudara Hafidz terlepas pandang, yang akan dinobatkan sebagai kerajaan bukan Tun M seorang. Tetapi peribadi Tun M dan gabungan parti politik iaitu PH. Dahulu Tun M bersama UMNO/BN iaitu satu gabungan parti politik yang masyhur dengan sikap membodek dan bisu, buta dan tuli apabila pemimpinnya melakukan kesalahan. Tidak dihalang atau dibantah kesalahan pemimpinnya tetapi sebaliknya mungkin ditanya, “berapa banyak untuk saya?”
Sedangkan PH terdiri dari mereka yang dikenali kekentalan mereka dalam menentang kezaliman dan penyelewengan. Sudah pasti Tun M tidak mampu mendiamkan kami sekiranya kami berada dalam kerajaan bersamanya, sedangkan kami ini jugalah tidak dapat didiamkan olehnya semasa lemah dan terpinggir. Itu pun kalau benar Tun M ingin kembali kepada cara-cara lamanya.
Pada masa yang sama perlu juga difahami pendekatan PH yang menghalang gabungan PH didominasi mana-mana satu parti. Jumlah kerusi yang ditandingi setiap parti tidak memungkinkan PH didominasi oleh parti tertentu. Ini membezakan kedudukan Tun M semasa beliau Pengerusi BN dan Tun M sebagai Pengerusi PH. Sebagai Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO, beliau mendominasi BN melalui UMNO kerana jumlah kerusi Parlimen UMNO melebihi 50% dari kerusi Parlimen BN. Keadaan sebegini tidak mungkin berlaku di dalam PH kerana kerusi majoriti Melayu bukan semuanya ditandingi PPBM. Ini adalah kerana bukan PPBM sahaja parti politik Melayu dalam PH.
Ada juga saya terbaca seruan untuk ‘menggagalkan Pilihan Raya’ ini dengan cara merosakkan undi. Saya hairan. Apakah benar Pilihan Raya akan gagal? Adakah benar bahawa apabila kita rosakkan undi kita maka tiada keputusan yang dapat dihasilkan Pilihan Raya ini dan kerajaan tidak dapat ditubuhkan? Atau yang akan dapat digagalkan adalah sekadar usaha menjatuhkan UMNO/BN sahaja?
ANTARA REALITI DAN ANDAIAN
Antara realiti dan andaian, kita perlu membuat keputusan berdasarkan realiti. Realitinya adalah bahawa sekiranya UMNO/BN kekal maka Najib akan terus dengan cara pemerintahan kleptokrasinya dan merompak dan terus merompak. Maka rakyat akan terus dibebankan dengan GST yang mungkin dinaikkan kadarnya, harga barang terus naik dan rasuah lebih berleluasa. Ini bukan andaian tetapi hakikat yang dapat kita rasai sekarang. Ini perlu kita tolak.
Andaiannya pula adalah Tun M akan mungkir janji dan sanggup mati sebagai pengkhianat bangsa dan Negara. Iaitu setelah menjanjikan reformasi dan menang, beliau khianat dan kembali berpakat dengan UMNO dan cara-cara lama beliau. Ini adalah sekadar andaian. Mungkin berlaku dan mungkin tidak.
Turut diandaikan ialah bahawa sekiranya Tun M khianat, maka PH akan berdiam diri dan membenarkan pengkhianatan tersebut atau sekiranya berusaha menghalangnya sekalipun, akan gagal menghalangnya. Ini andaian atas andaian.
Kalau ingin dibuat keputusan berdasarkan andaian semata-mata, maka akhirnya berbagai-bagai boleh diandaikan. Bukan sekadar Tun M yang mungkin khianat, mungkin juga DSAI, Mat Sabu, Khalid Samad, Azmin Ali dan sebagainya. Mana mungkin dibuat keputusan atas andaian semata-mata?
Oleh itu, setakat ini, yang jelas adalah kerosakan yang dilakukan Najib dan UMNO/BN yang kita semua hadapi dan rasai, ianya bukan sekadar andaian. Oleh itu kita sama-sama tolaknya. Undi PH dan kita sama-sama tentukan Tun M, setelah menjadi PM, memenuhi janji-janjinya. Paling kurang, paling tidak, ada kemungkinan, ada harapan bahawa dengan peranan semak imbang oleh PH, ianya boleh berlaku.
Maka kepada Saudara Hafidz dan rakan-rakannya, tuan-tuan telah meletakkan keyakinan terhadap PR suatu masa dulu, maka kami amat berharap untuk kali ini tuan-tuan akan sanggup meletakkan kepercayaan yang sama terhadap PH pula. Kami tidak berubah dari sudut pegangan kami dan komitmen kami untuk memerangi rasuah dan salahguna kuasa serta membela nasib rakyat. Kami tetap sama. Maka teruskanlah bersama kami pada ketika kita amat memerlukan setiap undi untuk menyelamatkan bumi bertuah ini.
Wallahu 'Alam
KHALID ABD SAMAD

Bagus la Khalid bagi penjelasan panjang lebar supaya bebudak lain dapat pencerahan daripada diperbodohkan siHafidz budak baru belajar makan rasuah ejen amno nih... masa Gwa ngaji tingkat menengah, Gwa cukup kagum dengan Madey. Gwa dapat lihat kelainan serta pembangunan yang ketara berbeza berbanding PM sebelum beliau. Kapten Hussain wakil British dalam mejlis menyerahkan bumi Palestin kepada Israel satu sen hapah tak berguna.. kah kah kah. Tapi semenjak budaya jilat mula berleluasa dalam amno bilamana sesuatu isu timbul dan Madey cuma perlu bagi jawapan bodoh dan media serta pe jilat dalam terus ratib mengiyakan jawapan bodoh Madey maka masa tu Gwa mula rasakan yang ini semua mengarut. Kemuncaknya apabila krisis melanda Madey ngan Mat Nuar, Gwa seraatus peratus jadi penentang Madey pasal masa tu dia dah jadi tua terkutuk! Kah kah kah. Dalam pesbuk Mat Nuar Gwa hentam Madey kaaaaaw kaw! Namun hakikatnya kehidupan manusia ni bukan statik. Kalau statik, elok terus duduk dalam gua aje pasal reti hidupkan api, reti memasak dan reti pakai baju agar tak bolen, cukup la. Buat apa nak pening kepala nak pikir dan buat itu ini? Tapi hakikatnya tidak begitu. Minda manusia itu berkembang. Pemikiran akan berubah ubah untuk mencari yang terbaik.. dipendekkan cerita, oleh kerana Madey memperlihatkan yang beliau memikirkan, berusaha dan menuju keperkara yang terbaik maka kini Gwa dah tak hentam dia lagi pasal sebagai manusia normal yang tidak statik bukan sesuatu yang mustahil untuk Gwa berubah dari menghentam kepada menyokong beliau pada ketika ini. Tapi ko kena ingat Madey, kalo ko buat leceh lagi tak mustahil aku hentam ko balik!. Kah kah kah.
ReplyDeleteGila-gila Hishamudin Rais pun dia setuju dengan menamakan Mahathir bakal PM.
ReplyDeleteBertahun dia membenci Mahathir...
Kalau setakat alasan Mahathir lah undi rosak.. memalukan.
Setuju 100% dgn kedua-dua komet diatas, siapa perosak negara sekarang mesti kita tentang tak kira siapa. Andaian saja tak guna, hakikatnya rakyat sekarang memang susah & tertekan oleh najib & kuncu-kuncunya.
ReplyDeleteEntah la. Tak tau apa yg grup rosak undi ni fikir. Tun tu sorang aja, dlm PH, lain2 pemimpin parti ahli reformasi. Semua keputusan hasil consensus. Mana Tun M blh buat keputusan sendiri. Jgn la dihina sgt pemimpin lain mcm org tak blh fikir n takda perinsip.
ReplyDelete