Tegar Umno Johor sokong Mahathir
AMNI JAGAT - February 2, 2018 6:02 pm
Melayu adalah suatu kaum yang unik dalam menilai keupayaan mereka untuk melahirkan sokongan terhadap gerak kerja politik.
Apatah lagi melayu Johor yang dilihat sebagai melayu yang mempunyai pandangan pasif pada politik di negara ini.
Sememangnya sesiapa yang bergerak atas nama pembangkang ia akan lebih merumitkan lagi.
Sebelum ini saya melihat gerak kerja yang pernah dilakukan pembangkang (waktu itu Pakatan Rakyat -PR) semasa Pilihan Raya Umum yang ke13 (PRU13).
Kesempatan itu diambil bagi menimba pengalaman untuk memikirkan apakah mekanisma yang terbaik untuk mendekati hati rakyat khususnya Melayu di luar bandar.
Lokasi Kampong Kukup antara kawasan tinjauan penulis mengenai sokongan pengundi
Ternyata apa yang berlaku selepas keputusan PRU13 yang lalu adalah sesuatu jawapan untuk pembangkang mewujudkan mekanisma yang lain.
Sebelum ini saya bekerja di Felda Layang-Layang di bawah Parlimen Simpang Renggam, Denai di Dun Kempas dan beberapa tempat yang terdapatnya melayu di kawasan pendalaman.
Apa yang saya temui adalah suatu yang mencabar di mana pelbagai aktiviti yang dilakukan di kawasan tersebut dan gelombang yang berlaku pada PRU13 ternyata langsung tidak membantu malah penurunan peratusan undi itu berlaku pada kawasan-kawasan yang dimaksudkan di atas.
Hakikatnya dalam percaturan tersebut pembangkang hanya bermain digit-digit fantasi.
Namun pada beberapa hari yang lalu sewaktu saya sendiri meninjau keadaan di sekitar Johor selatan bagi menyelami sendiri perasaan orang kampung, saya dapati ianya berbeza.
Bila soalan diajukan pada pengundi di luar bandar ianya mulai berbeza dan menunjukkan sedikit kelainan daripada sebelum ini.
Saya membuat pemantauan di kawasan Kampung Melayu Laut yang mana sudah pastinya melayu di sini adalah melayu yang cara pemikiran serta sikap mereka agak keras dan berpendirian lama atau tidak berani melakukan perubahan.
Pada pengamatan saya, pastinya saya tidak akan mendapat sebarang maklum balas yang baik oleh responden terhadap Pakatan Harapan (PH).
Ternyata apa yang saya amati sebelum ini meleset sama sekali. Apabila soalan demi soalan ditanya, ternyata ia membuahkan hasil yang berbeza.
Salah seorang warga emas yang ditemui penulis enggan nama dan identitinya didedahkan antara penduduk ditemubual
Saya bertemu dengan seorang warga emas yang memang selama ini mendapat bantuan kebajikan sebanyak RM300 sebulan bagi menyara kehidupannya. Beliau juga adalah seorang yang tegar Umno dan orang kuat ketua kampung di kawasan berkenaan.
Bila ditanya dengan soalan antara Najib dan Mahathir siapakah yang akan diundi beliau, beliau menjawab “Mahathir’. Berulang kali saya tanya kerana ingin memahamkan situasi bahawa Mahathir bukan dari Umno, namun jawapan orang tua berkenaan adalah sama yakni “undi Mahathir”.
Soalan yang seterusnya ditanya adalah berkenaan dengan pandangan orang kampung yang lain. Jawapan warga emas itu tetap sama “orang kampung mahu undi Mahathir”.
Beliau juga maklum berkenaan dengan wujudnya parti ‘Bunga Raya’ atau PPBM dan kompenen parti yang lain termasuk AMANAH. Ini adalah suatu cerminan di minda dalam saluran satu inginkan perubahan.
Bila ditanya mengapa mahu mengundi Mahathir, jawabnya, ‘”sebab Mahathir lebih tahu tentang Malaysia berbanding Najib”.
Ini adalah salah satu faktor gelombang yang tidak dijangka oleh saya. Suasana ini tidak ditemui dalam mana-mana PRU yang saya lalui. Malah warga emas itu menyambung dengan menyebut “kami akan undi sesiapa yang bersama Mahathir kerana jika yang lain kalah bagaimana Mahathir nak memerintah negara semula”.
Pandangan tentang perubahan minda melayu pendalaman ini adalah suatu yang luar biasa dan ia perlu diambil cermat oleh PH sekiranya gelombang ini mahu disambut baik oleh masyarakat melayu pendalaman.

No comments:
Post a Comment