Tuesday, February 6, 2018

Pak Haji, mengaku lebih baik: 'Maaflah saya selalu tak hadir Parlimen', tak mulia ke jika jujur?

Pak Haji, mengaku lebih baik, kata Hanipa kepada Presiden Pas
MALAYSIA DATELINE  -  February 5, 2018 9:56 pm
Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin menyarankan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya mengakui keadaan sebenar sikap dan tindakan Pas berhubung skandal 1MDB.

Beliau berkata demikian merujuk kepada laporan media mengenai sesi dialog presiden parti berkenaan dengan badan bukan kerajaan (NGO) India di Kepala Batas, Pulau Pinang baru-baru ini.

Berikut adalah komen dan ulasan Ahli Jawatankuasa AMANAH itu mengenai kenyataan Presiden Pas dalam sesi dialog berkenaan, yang beliau tulis dalam Facebooknya.
Hanipa Maidin

“Dia kata dia dan pemimpinnya juga bercakap tentang 1MDB di Parlimen. Dia juga kata parti suci adalah pembangkang yang menasihati, bukan hanya marah.

“Dia juga kata partinya juga menasihati MO1 secara tertutup. Dia kata parti suci bukan sahaja tegur MO1 di Parlimen tapi juga tegurnya secara bersemuka.

“Beliau juga kata PKR adalah opportunist dan tidak konsisten dan DAP pula chauvinist.

“Saya dok cari ada tak satu ayat daripada beliau berbentuk pengakuan salah, tak jumpa satu pun, semua orang lain yang salah.

“Tegur MO1 dalam Parlimen dan ada juga tegur 1MDB, maaflah, dengan orang yang tak tahu bolehlah, dengan kami yang selalu ada kat Parlimen kadangkala sampai lewat malam dan lewat pagi, jangan nak temberanglah.

“Isu 1MDB ini isu terbuka Pak Aji di dalam dan di luar negara. So tegurlah cara terbuka bukan tertutup kalau betullah ada tegur cara tertutup. Yang kami tahu secara terbuka Pak Aji bela MO1 dalam isu 1MDB. Tak payah nafilah, semua orang tahu.

“Satu lagi nak tegur dalam Parlimen kena selalu ada dalam Parlimen Pak Aji. Baru betul. Jika tidak selalu ada dalam Parlimen, lebih mulia kata begini dalam dialog tu “maaflah saya selalu tak hadir Parlimen, maka saya akui saya amat kurang tegur dalam Parlimen.” Tak mulia ke jika jujur?

“Kami pembangkang yang menasihati bukan marah. Tambahlah sikit Pak Aji, kami juga pembangkang yang hubbul berkecuali (suka berkecuali) sebab tu MO1 puji saya dalam TV.

“PKR opputunist dan tidak konsisten. Kami yang setuju dalam muktamar putuskan hubungan dengan PKR sebab tu kami masih tak malu masih duduk kat Kerajaan Selangor.

* VIDEO VIRAL HJ Hadi KENA ATAS MUKA kepada Bekas Penyokong India

3 comments:

  1. Jangan takut lawan lobai ni. Muka kaki putar alam. Dia ni tak dapat bagi syafaat kat akirat kelak dengan sifat kaki temberang dia. Dia la yang oportunis guna title ularmak untuk kepentingan dia. Dia dah jadi tua terkutuk kelas A+. Kah kah kah.

    ReplyDelete
  2. Sekali lagi saya nak tanya:
    Otak dan fikiran lebai ni masih waras ke?

    ReplyDelete
  3. Aku mengikuti perkembangan politik TGHA sejak belum berlaku peristiwa memali lagi... yg nampak jelas dia byk membawa bala pada perpaduan ummat...gaya politik nya lebeh condong ala mullah puak syiah...tapi ramai yg masih percaya bahawa dia pejuang sunnah.. utk maklumat ulama sunnah tidak menipu dan memaki hamun.. tidak sokong perbuatan pemimpin mungkar malah jauh sekali bercakap takbur dan berasa dia sentisa benar... cuma ulama syiah yg pandai mengumpat dan bermuka2.

    ReplyDelete