* Kalau sebut masuk kaabah ni rasanya kalau ikutkan riwayat, Abdullah bin Ubai lebih dahulu dan rapat dengan Rasulallah tapi penyudahnya........?
'Najib yang patut ditolak ke planet lain jadi kera sumbang'
mk - Hari ini, 6:29 pm
Bukan Datuk Seri Mukhriz Mahathir patut ditolak ke laut, sebaliknya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang perlu ditolak ke mana-mana planet lain, kata koordinator Deklarasi Rakyat, Datuk Seri Khairuddin.
"Kalau dia (Najib) nak tolak orang lain yang berjuang atas dasar prinsip untuk tegakkan kebenaran ke laut maka saya rasa kita patut tolak perdana menteri paling korup ke planet lain.
"Suruh dia hidup seorang diri dan jadi 'kera sumbang' di planet lain. Mungkin macam 'Planet Of The Apes' lebih sesuai buat dia!" kata Khairuddin dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam Najib membidas bekas pemimpin Umno yang didakwa tidak mengakui sebagai warga Malaysia, dengan berkata individu itu sebaiknya "ditolak ke laut".
Walaupun tidak menyebut nama secara khusus, beliau merujuk kepada Mukhriz yang merupakan presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
Najib juga berkata, orang ramai tidak perlu mendengar kata-kata pemimpin itu yang tidak seperti dirinya berpeluang memasuki makam Nabi Muhammad ketika menunaikan umrah, baru-baru ini.
"Orang lain tak mengaku warga Malaysia (tetapi) ada berapa orang (sahaja) yang dapat masuk makam Rasulullah
"Ketepikan pemimpin ini. Kita tolak dia ke laut," katanya ketika majlis penyerahan surat tawaran menunaikan haji sumbangan Yayasan 1MDB kepada 1,200 penerima.
'Dr M, isteri tak riuh sekampung'
Menggelarkan perdana menteri sebagai 'sewel', Khairuddin berkata Najib secara angkuh menganggap cuma beliau dalam dunia dapat memasuki Kaabah dan makam Rasullah.
Sedangkan katanya, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali sudah beberapa kali memasuki tempat suci umat Islam itu tetapi 'tidak riuh sekampung'.
"Tolong bagitahu Najib Tun Razak, rezeki masuk ke dalam Kaabah serta melawat ke makam Rasulullah SAW oleh ketua negara satu perkara lumrah.
"Mantan perdana menteri dan isteri beliau masuk lebih awal dari Najib Tun Razak. Tetapi dia ini bangang tak faham sejarah.
"Tak perlu mengungkit seolah-olah dia seorang saja dapat masuk dan diiktiraf oleh kerajaan Arab Saudi," kata Khairuddin.
Tambahnya, ibadah haji tidak sepatutnya dijadikan sebagai perkara yang menimbulkan riak dan takbur.
Bala untuk golongan kleptokrat
Bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan itu juga mendakwa Najib berbangga apabila menaja jemaah haji menggunakan wang 1MDB ke Mekah walaupun terdapat unsur penyelewengan dan ketirisan dalam syarikat itu.
Selain punca kewangan disangsikan, kaedah pinjaman dan kadar bunga yang tinggi juga bercanggah dengan Islam, dakwa Khairuddin.
"Namun, bagus juga guna duit dari punca yang tidak betul untuk menaja umat Islam di negara kita pergi ke tanah suci Makkah.
"Insya-Allah pelbagai malapetaka lagi yang Allah SWT bakal turunkan kepada golongan kleptokrat ini. Amin!" katanya.
Menyifatkan golongan tersebut sebagai pengkhianat negara, Khairuddin turut meminta "bala" diturunkan kepada mereka.
"Sama-samalah kita berdoa agar keseluruhan puak kleptokrat ini dilaknati dan diturunkan bala yang cukup berat oleh Allah SWT kerana kalangan pengkhianat bangsa, agama serta tanah air harus dilupuskan dari kepimpinan utama negara Malaysia yang tercinta ini!" katanya.
Dalam ucapannya semalam, Najib berkata di sebalik tohmahan bahawa mereka yang mengerjakan haji menggunakan dana 1MDB tidak akan mendapat haji mabrur, namun program berkenaan terus mendapat sambutan.
"Jangan kata wang tersebut lesap begitu sahaja. Itu hutang dan ia boleh dibayar. Jangan fitnah, kalau ada yang tidak betul, kita betulkan.
"Seorang mufti menyatakan soal mabrur adalah ketentuan Allah dan manusia tiada hak untuk menentukannya, lebih-lebih lagi oleh individu yang bukan ahlinya," kata Najib.

Hantar org pergi haji krn nak dapat sokongan politik pun sejenis rasuah jg. No brainer
ReplyDeleteLebai-lebai bila cakap hak ibadat, tentu suka. Jom kita minta lebai-lebai bulan, terutama mr presideng mereka, mengeluarkan kenyataan tentang rasuah umrah.
ReplyDeleteBadak nak ikut juga ke planet.. boleh?
ReplyDeleteapa guno pi mokah balik sini pernagai
ReplyDeletemacam aram jadahhh
tak kira sapa pung