Wednesday, February 14, 2018

Ketua polis tak pula kena pecat!

Polis cadang Netanyahu didakwa kerana rasuah, pecah amanah
TMI · Diterbitkan pada 14 Feb 2018 7:27AM 
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu (kiri) dicadangkan polis Israel untuk didakwa kerana rasuah, pecah amanah dan penipuan. Kertas siasatan sudah dihantar kepada Jabatan Peguam Negara yang akan memutuskan sama ada membuat dakwaan rasmi kepada Netanyahu, kata Ketua Polis Israel Komisioner Roni Alsheikh (kanan). – Gambar AFP, 14 Februari, 2018

POLIS Israel semalam mencadangkan yang Perdana Menteri Benjamin Netanyahu didakwa kerana kesalahan korupsi, cadangan yang menggoncangkan politik negara itu dan menimbulkan persoalan sama ada pentadbiran Netanyahu bakal menemui titik akhir.

Netanyahu, perdana menteri hampir 12 tahun memberikan ucapan ditujukan kepada penduduk negara itu sebaik sahaja cadangan polis itu didedahkan, mengatakan dia tidak bersalah dan tidak akan meletak jawatan.

“Sejak bertahun lamanya, saya jadi tumpuan sekurang-kurangnya 15 siasatan,” kata Netanyahu dalam ucapan yang disiarkan televisyen negara itu.

“Ada yang berakhir dengan cadangan mengarut polis seperti mana yang berlaku malam ini. Semua cubaan itu itu tiada hasil, dan cubaan kali ini juga tidak akan berhasil.”

Keputusan untuk mengenakan dakwaan rasmi kepadanya kini terletak pada Pejabat Peguam Negara, yang dijangka mengambil beberapa minggu atau bulan.

Seorang perdana menteri yang berdepan cadangan polis atau yang didakwa secara rasmi tidak diwajibkan meletak jawatan.

Polis dalam satu kenyataan mengatakan mereka mencadangkan dakwaan kerana kesalahan rasuah, penipuan dan pecah amanah.

Mereka mula menyiasat Netanyahu atas tuduhan dia dan keluarganya menerima hadiah mewah daripada penerbit Hollywood Arnon Milchan dan hartawan Australia James Packer.

Hadiah itu termasuklah cigar mewah, barangan kemas dan arak.

Menurut polis, jumlah hadiah diterima antara 2007 sehingga 2016 dianggarkan bernilai sekitar sejuta shekel (AS$283,000).

Polis juga menyiasat tuduhan yang Netanyahu cuba memeterai perjanjian sulit bagi mendapatkan liputan memihak kepadanya dengan akhbar terlaris negara itu, Yediot Aharonot.

Polis juga mencadangkan dakwaan dilakukan ke atas Milchan dan penerbit akhbar Arnon Moses kerana rasuah, kata kenyataan itu lagi.

“Cadangan itu tidak mempunyai nilai perundangan dalam negara demokratik,” kata Netanyahu dalam ucapan itu merujuk kepada kes melibatkan dirinya.

Dia menambah yang “kerajaan kami akan menamatkan penggalnya dan saya pasti dalam pilihan raya akan datang (dijangka pada 2019), saya akan sekali lagi berjaya memenangi keyakinan tuan-tuan”.

Pemimpin haluan kanan berusia 68 tahun itu sudah disoal siasat tujuh kali oleh polis berkaitan dakwaan itu dan menyifatkan siasatan itu sebagai cubaan musuh politiknya untuk menyingkirnya daripada tampuk kuasa.

Minggu lepas, Netanyahu mempersoalkan kemampuan polis untuk bertindak secara adil dan saksama apabila wujud bukti polis sedang bersiap-sedia menyiapkan cadangan sabitan kesalahan ke atasnya.

Dalam cadangan dikeluarkan semalam, polis mengatakan Netanyahu disyaki cuba membantu Milchan menerima faedah cukai di Israel, membantunya mendapatkan visa di Amerika Syarikat dan mempromosi kepentingan perniagaannya.

Milchan yang merupakan warga Israel menerbitkan banyak filem Hollywood termasuklah filem pecah panggung “Pretty Woman”.

Polis mengatakan mereka sudah menyoal siasat hampir 80 saksi.

Walaupun cadangan polis itu tidak mempunyai ikatan perundangan memaksa Netanyahu meletak jawatan, dia bakal berdepan tekanan besar untuk berbuat demikian. Dia akan dipaksa meletak jawatan sekiranya didapati bersalah dan semua rayuan ditolak.

Dia juga berdepan bantahan besar-besaran di Tel Aviv kerana kes korupsi itu.

Parlimen boleh mengenakan prosedur khas untuknya sebelum kes itu selesai sekiranya dia didapati bersalah kerana kepincangan moral dalam mentadbir.

Netanyahu pertama kali memegang kuasa pada 1996-1999 dan kembali berkuasa pada 2009.

Cadangan polis itu juga akan menggerakan musuh politiknya untuk bertindak- termasuk dalam partinya sendiri, Likud- untuk menentangnya.

Kerajaan pimpinannya yang dilihat paling berhaluan kanan dalam sejarah Israel masih kelihatan utuh buat masa sekarang tetapi reaksi pemimpin utama kerajaan dalam tempoh beberapa hari akan datang boleh menjadi petunjuk sama ada pentadbirannya bergolak.

Gabungan parti pimpinannya memegang 66 daripada 120 kerusi Parlimen.

Ini bukanlah kali pertama Israel berdepan kes korupsi melibatkan pemimpin kanannya.

Bekas Perdana Menteri Ehud Olmert meletak jawatan selepas polis mencadangkan dia didakwa kerana rasuah. Dia dibebaskan dari penjara Julai tahun lepas selepas memperolehi parol untuk hukuman penjara 27 bulan. – AFP, 14 Februari, 2018.

2 comments:


  1. Klu menurut teori yg selalu diceramahkan oleh wostad2 lebai 'musang-berJANGGUT' termasuk yg kuar ddlm youtube, bhwsanya Dajjal bermata-SATU itu dtgnya dari sosok Yahudi nih..

    Definasi/MAKNA/erti hakiki Dajjal=pemBOHONG

    Maksud pemBOHONG itu termasuklah =pemFITNAH=PONTENG U-Turn=BELIT=Klepet=mnCURI/samun=yg mnjahannamkan!

    Apa yg NYATA didepan mata kita, puak2 yg kita tuduh siYahudi (Dajjal=pemBOHONG) itu lebih telus dan terbuka hatta menteri2 n PM mrk berBOHONG=Khianat dan menCURI dibicarakan dgn ADIL serta kena masuk/wajib kepenjara ha ha..

    Malangnya dinegara yg penuh dgn wostad2 lebai suci yg pom-pang2 melalak pasal Dajjal tuh, LANGSUNG buta mata TAK nampok Dajjal=pemBOHONG=peNYAMUN=peMONTENG pemFITNAH pilkuda yg sgt2 terang n NYATA...konon2nya sdang syiok asyik mencari n menunggu2 "metafora" Dajjal bermata-SATU yg"PASTI-gerenti" tak akan muncul punya! krn mata-SATU itu hanyalah "metafora" ddlm hadis trsbut yg tak akan dpt digapai oleh wostad2 lebai yg sgt2 ciput-IQ nya itu hu hu!?

    Metafora bermata-SATU itu=yakni SATU-jalur pemikiran yg sgt jumud sgt2 sempit KELIRU-meNIPU songsang-SESAT lagi GELAP, sgt2 berEMOSI yg sgt2 sarat penoh dgn dendam dan kesumat.. tiada RASIONAL serta TAKde NERACA "dua-MATA" yg lebih LUAS-LURUS-TERANG yg benar2-ADIL dan saksama..

    Malang sekali..wostad2 lebai yg sgt2 'perasan' dan mengaku berlagak pandai n suci sbg pewaris nabi2 nih, boleh LANGSUNG TAK nampok Dajjal=pemBOHONG didepan mata!!

    Hatta lebih malang lagi..ramai dikalangan wostad2 lebai ini kini dah terang2 mnjd Dajjal=pemBOHONG serta mnjd sbnr2 pengikut/tentera2 Dajjal!

    Kpd wostad2 yg balik drp timur tengah/Arab, please.. jgn jd bongok BODOH pom-pang2 mencari2 n menunggu2 Dajjal bermata-SATU itu, sbaliknya cari dan hadam dlm2 Definasi/MAKNA/erti Dajjal=pemBOHONG=pemBELIT=PONTENG n FITNAH=menCURI yg sgt2 TERANG lg sgt2 NYATA mnjahannamkan itu!!!

    Definasi/MAKNA/erti Dajjal=pemBOHONG, fullstop!!!!!

    JADInya..

    Jadi sape yg lebih Dajjal=pemBOHONG, adakah siYahudi Israel Natanyahu itu, ATAU wostad2 lebai suci yg mnjd Imam pom-pang2 n tunggang-tunggik2 semayang tahajjud yg ada kad No.Ahli Syurga yg bersorban alim2 musang brjanggut itu wahai semua sdr/sdri ku?!

    ReplyDelete
  2. Yahudi pun tak hingin orang jahat jadi pemimpin. Melayu AMNO dengan penjilatnya lebih hina dari Yahudi! Tuuuih!

    ReplyDelete