Tuesday, February 6, 2018

Kes Indira Gandhi: Ulama Islam tidak akan beralah

Ulama Islam tidak akan beralah dalam kes Indira Gandhi
Muzliza Mustafa · Diterbitkan pada 6 Feb 2018 7:39AM
Minggu lalu, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa keputusan menukarkan agama tiga anak M Indira Ghandi kepada Islam oleh bekas suaminya, terbatal dan tidak sah. – Gambar fail The Malaysian Insight, 6 Februari, 2018

KAMI berpegang kepada kenyataan kami, tegas Persatuan Ulama Malaysia (PUM) hari ini, walaupun diberi amaran supaya “hati-hati” dalam mengeluarkan kenyataan apabila mendakwa akan berlaku keganasan agama susulan keputusan mahkamah berhubung penukaran agama sebelah pihak.

Presiden PUM Abdul Halim Abd Kadir berkata beliau tidak akan membiarkan sesiapa keluar daripada agama  dan itu sebabnya beliau tidak akan menarik kenyataan awalnya ketika mengulas keputusan Mahkamah Persekutuan membatalkan penukaran agama tiga anak M Indira Gandhi kepada Islam.

“Saya sedar bahawa saya bercakap dalam masyarakat majmuk dan pelbagai agama tetapi kami tidak boleh membiarkan keadaan ini (keluar Islam).

“Saya hanya melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang Islam, untuk menentang perbuatan itu,” katanya kepada The Malaysian Insight.

PUM menimbulkan kemarahan polis dan badan lain apabila ia menggesa pihak berkuasa berhenti mencari bekas suami Indira, Muhammad Riduan Abdullah dan anak bongsu mereka, Prasana Diksa, yang sudah sembilan tahun tidak bertemu Indira.

PUM mendakwa jika pihak berkuasa terus mencari Riduan dan Prasana, ada kemungkinan ia akan membawa kepada keganasan agama.

Minggu lalu, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa keputusan Riduan untuk menukarkan agama tiga anak mereka kepada Islam, terbatal dan tidak sah.

Pasangan itu mempunyai dua anak lagi berumur 20 dan 19 tahun, yang berada dalam jagaan Indira. Riduan melarikan diri bersama Prasana selepas pertelingkahan membabitkan hak jagaan. Di mana beliau berada sekarang masih tidak diketahui.

“Saya tidak mahu cakap lebih lanjut. Tetapi sebagai seorang Islam, saya berpegang kepada kepercayaan saya,” kata Halim.

“Kami sudah pasti tidak boleh membenarkan anak yang sudah memeluk Islam keluar daripada agama ini,” katanya.

Mengulas kenyataan PUM, Indira merayu supaya isu agama diketepikan, dan berkata dia hanya mahu berjumpa dengan anak bongsunya itu.

“Saya tahu dia Muslim sekarang. Saya hormati keputusannya, tetapi sebagai ibu saya mahu melihat dan memeluknya,” kata Indira.

Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun turut mengingatkan semua pihak supaya berhati-hati apabila mengeluarkan kenyataan apabila mengulas keputusan Mahkamah Persekutuan mengenai penukaran agama sebelah pihak itu.

"Semua pihak perlu berhati-hati dan bertanggungjawab apabila memberi kenyataan.

"Negara kita ada undang-undang," kata Fuzi. – 6 Februari, 2018.

3 comments:

  1. kalau ada hukum pun tidak memenangkan Islam buat apa
    jnagan taksub sanagt ngan hukum rekaan ckapir
    ini negara islam

    ReplyDelete
  2. Yang menng adalah prinsip lslam. Orang lslam tak menang sebab orang lslam tak ikut prinsip lslam... lslam dah sempurna, itu janji Allah. Orang lslam jer yg buat jadi tak sempurna....

    ReplyDelete
  3. “ Negara kita ada undang undang”,. in la sebabnya undang2 kita mana tulinya, semuanya hasil ciptaan penjajah Ingris, kabarnya Malaysia Negara berdaulat,. apa yg daulatnya,. kalau undang ciptaan Ingris, dakwaan ke mahkamah civil boleh dipermainkan seolah olah perpsinan dam, yg sabit kesalahan tidak didakwa sekadar gempak dgn sialsiasat saja lepas itu senyap,. banyak lagi kes2 mega yg terang lagi bersuloh tidak juga dibicara dimakamah,. dimana kan konon negara kita ada undang2 ,. sebenarnya undang2 itu sekadar mencantikan senarai rukun ngara langsong menjadi perhuiasan, ini lah undang2 yg menjadi raja , yg berkuasa walau pn terpalit berbagai salahlaku ia tetap bersih dan dibersihkan, disebaliknya walau tanpa bukti kesalahan sekalipun tetap akan disabit salah oleh permainan undang2 dari makamah, ini lah sebenarnya konon katanya negara kita ada undang undang,. undang2 penyamun..

    ReplyDelete