Sunday, February 18, 2018

Isu 1MDB: LKS cabar Najib keluarkan Kertas Putih

Isu 1MDB: Najib dicabar keluarkan Kertas Putih, kata Lim Kit Siang
AKMAL HAZIQ  -  February 18, 2018 10:55
Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang mencabar Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mengeluarkan Kertas Putih yang menjelaskan secara terperinci dakwaan berkaitan skandal 1MDB ke atas beliau.

Mahkamah Rayuan sebelum ini telah mengeluarkan notis perundangan bahawa PM telah disytiharkan tidak terbabit oleh Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC), Polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Bank Negara berhubung skandal tersebut.

Kata Lim Kit Siang, bukan sahaja Timbalan Ketua Pemuda AMANAH, Faiz Fadzil yang terkejut dengan notis perundangan Mahkamah Rayuan tersebut tetapi semua rakyat Malaysia yang berfikiran waras juga terkejut.

“Sebagai seorang Anggota Parlimen, saya terkejut dengan “notis perundangan” itu. Bagaimanakah mahkamah boleh mengeluarkan “notis perundangan” ke atas sesuatu yang tidak wujud?

“Saya mencabar Pengerusi PAC, Datuk Seri Hassan Arifin untuk mengisytiharkan bahawa PAC telah membersihkan Najib daripada semua dakwaan berkaitan skandal 1MDB,” kata Ahli Parlimen Gelang Patah itu dalam blognya.

Begitu juga kata beliau, bagaimanakah Polis, SPRM dan Bank Negara boleh mengisytiharkan bahawa Najib bersih daripada segala dakwaan berhubung skandal 1MDB yang membuatkan Malaysia terkenal di mata dunia sebagai “global kleptokrasi”?

“Saya bersetuju dengan Faiz bahawa mahkamah Malaysia sepatutnya mengeluarkan notis perundangan mengesahkan bahawa “Malaysian Official 1 (MO1)” yang dinyatakan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (AS) berkaitan tindakan perampasan melibatkan 1MDB itu adalah PM Najib Razak,” kata beliau.

2 comments:

  1. Aku yakin najib x berani. Antara Bukti....

    X berani debat dgn DSAI
    X Hadir nothing to hide
    X berani saman ASWJ

    Najib cuma berani b'kokok dr jauh.

    Hentam madey " kepala bapak kau"

    Kutuk peneroka2 felda haram jadah sb tau depa ni x berani lawat gomen.

    Tuduh DSAI bole demam jika bdebat dgn dia.

    Conclution : najib mmg penakut.

    ReplyDelete
  2. Aku yakin najib x berani. Antara Bukti....

    X berani debat dgn DSAI
    X Hadir nothing to hide
    X berani saman ASWJ

    Najib cuma berani b'kokok dr jauh.

    Hentam madey " kepala bapak kau"

    Kutuk peneroka2 felda haram jadah sb tau depa ni x berani lawat gomen.

    Tuduh DSAI bole demam jika bdebat dgn dia.

    Conclution : najib mmg penakut.

    ReplyDelete