Saturday, February 24, 2018

Hubungan Malaysia-China: Soalnya, adakah majoriti rakyat gembira dengannya?

PM: Hubungan China - M'sia terjejas jika pembangkang berkuasa
Zulaikha Zulkifli      Hari ini, 12:47 pm

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, hubungan baik antara kerajaan Malaysia dan China akan terjejas sekiranya pembangkang mengambil alih pentadbiran negara.

Sehubungan itu, Najib berkata beliau bersama barisan kabinetnya tidak akan membenarkan perkara itu tidak berlaku dan akan mempertahankan negara daripada sebarang cubaan 'memalukan' Malaysia.

"Kita tidak akan benarkan perkara ini. Jika pembangkang ambil alih (negara), hubungan dengan China akan menjadi teruk, daripada berada di level yang tinggi kepada level yang rendah.

"Ini adalah perkara yang kita mesti elakkan untuk kebaikan bersama antara Malaysia dan China," katanya.
Najib berkata, pembangkang sebelum ini cuba mengelirukan rakyat dengan melakukan pembohongan berhubung projek yang mempunyai kaitan dengan China.

"Seperti contoh, sesiapa (rakyat China) yang membeli apartment dan kondominium di Forest City akan dapat kerakyatan (Malaysia) dan Malaysia-China Kuantan Industry Park merupakan sebahagian daripada China dan tidak boleh dimasuki oleh rakyat Malaysia.

"Ini semua dibuat untuk memalukan hubungan Malaysia dan China," kata Najib.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Hua Zong di Seri Kembangan hari ini.

Pada 2016, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa kerajaan mengadakan perjanjian dengan China di mana 700,000 orang akan dibawa ke Malaysia dan diberi kad pengenalan bagi membolehkan mereka mengundi.
Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu mendakwa mereka akan ditempatkan di Forest City, yang merupakan sebahagian daripada wilayah Iskandar Malaysia di Johor.

Menteri Besar Johor Datuk Seri Khaled Nordin kemudian menafikan dakwaan berkenaan.

Buat pilihan tepat

Selain itu, ketika berucap Najib turut meminta hadirin yang hadir pada majlis pagi ini supaya membuat pilihan yang tepat menjelang pilihan raya umum akan datang.

"Anda (perlu) membuat pilihan yang tepat dan bukan mengikut emosi, tetapi berdasarkan fakta dan realiti bila tiba masanya.

"Sekarang kita sambut raya Cina, nanti tak lama lagi akan sambut pilihan raya, harap anda dapat buat pilihan yang tepat dan dapat menyambut Tahun Baru Cina bersama-sama sebagai satu negara Malaysia," katanya lagi.

3 comments:

  1. As the admin of this site is working, no uncertainty very shortly it will
    be well-known, due to its quality contents.

    ReplyDelete
  2. dulu kutuk cina konon masa muda
    bila dah tua kawan baik ngan china
    china ni bapak segala cina kominis
    ni yang dikata duit punya pasai jati diri digadai
    cilako amono

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya, Najib itu sendirilah yang telahpun memalukan nama Malaysia, terutamanya gelaran kleptokrat yang melekat kepada nama Malaysia.

    ReplyDelete