Selasa, 13 Februari 2018 | 7:50pm
`Datuk' buat 93 tuntutan palsu RM26.3j
Oleh Safeek Affendy Razali
bhnews@bh.com.my
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki bergelar Datuk adalah antara empat individu yang ditahan kerana terbabit dalam kes tuntutan palsu perkhidmatan logistik, Syarikat Panasonic Appliances Air-Conditioning Malaysia Sdn Bhd, sejak 2008 hingga 2014.
Lelaki terbabit yang juga suspek utama dilaporkan menjawat jawatan Pengurus Besar Bahagian Kawalan Material dan Logistik, syarikat berkenaan dari 2008 hingga 2014, dikesan mengemukakan pelbagai tunturan perkhidmatan logistik yang kononnya disediakan untuk syarikat pengangkutan berbeza.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh, berkata syarikat menyedari perkara itu pada awal tahun 2015 selepas melantik sebuah agensi juruaudit luaran untuk membuat audit ke atas semua invois yang dikemukakan suspek.
"Pada 12 Februari 2018, polis menahan suspek utama bergelar Datuk di Klang, serta tiga lagi suspek, yang juga pemilik bagi tiga syarikat logistik yang digunakan dalam tuntutan palsu dikemukakan suspek kepada syarikat," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, suspek utama kes itu akan dituduh dengan keseluruhan 93 pertuduhan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Katanya, tiga lagi suspek lain masing-masing akan dituduh dengan 19 pertuduhan, 18 pertuduhan dan 46 pertuduhan mengikut seksyen sama dengan suspek utama terbabit.
"Pertuduhan akan dibuat di Mahkamah Majistret Shah Alam, esok. Sehingga kini, lima kertas siasatan sudah diselesaikan, manakala baki enam lagi kertas siasatan akan diselesaikan dalam masa terdekat.
"Syarikat terbabit sudah membuat 11 laporan polis berhubung kes tuntutan palsu antara suspek utama dan syarikat logistik terbabit," katanya.

93 pertuduhan tu sikit jer.Masih blh pakai lg gelaran tu.
ReplyDeleteSeperti Mahfuz kata, yang merompak,rasuah,songlap tu lah yang kekal boleh pakai gelaran.
Sultan mana? Tak nak tarik balik?
ReplyDeletepenarikan balik pingat kebesaran perlu di perjelaskan sebab2 nya supaya rakyat faham kenapa pingat penerima ditarik balik dan bagi mengelakan pihak istana dikecam penyokong2 pemimpin2 tersebut
ReplyDeleteSultan mana....? Aku rasa semua rakyat tahu Sultan mana yang baik hati dalam bab anugerah gelaran ni....Ckap lebih2 nnt ke balai polis pula aku....
ReplyDelete