Thursday, February 8, 2018

Bukan 35 macam sekarang, 20 menteri cukup tadbir negara - Dr. Mahathir

Dr Mahathir: Kurangkan menteri kabinet tak perlu ‘hanya diberi kerja dan gaji’
By Arianna -  2018-02-08 53
Tun Mahathir calon perdana menteri Pakatan Harapan dengan pengalaman selama 22 tahun menjadi PM mampu menyelesaikan hampir semua masalah ditinggalkan Najib Razak. – Foto FMT

Dr Mahathir dalam sesi “Policy Talk” menerusi akaun Facebooknya berkata tidak seperti calon perdana menteri lain, beliau mempunyai kelebihan pengalaman 22 tahun yang didakwanya boleh membantu “menyelesaikan hampir semua masalah… ditinggalkan Perdana Menteri Najib Razak”.

“Bagi seorang perdana menteri yang baru, sukarlah dalam masa dua tahun, tetapi bagi saya, umur dah lebih tapi pengalaman dah banyak jadi tak payah nak belajar segala masalah yang rumit dahulunya kita dapat selesaikan.”

Dr Mahathir juga menegaskan kembali pendirian PH untuk menghapuskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan kemungkinan menggantikannya dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sekiranya berjaya menjadi kerajaan.

“Sebab itu saya berpendapat kalau kita hapuskan GST, dan mungkin juga kita kembalikan sales tax (cukai jualan) memadai untuk keperluan kerajaan mentadbir negara dengan membayar segala perbelanjaan biasa, gaji dan sebagainya dan boleh buat pembangunan.

“Ketika kita tiada GST, kita boleh bina Lebuhraya Utara Selatan, lapangan terbang baru, Jambatan Pulau Pinang dan macam-macam lagi. Landasan keretapi kita dapat landasan kembar berelektrik; semua ini dibuat tanpa GST.

“Tak ada sebab kenapa GST ini perlu diadakan. Patut kita hapuskan GST dan ia boleh kurangkan beban rakyat,” katanya.

Dr Mahathir juga berkata, Malaysia tidak perlu mempunyai Kabinet besar untuk mentadbir negara dan PH hanya mahukan kurang 20 menteri Kabinet.

“Berkenaan Kabinet PH, kita boleh lihat sekarang menteri ditambah bukan kerana keperluan tetapi untuk beri kerja dan pendapatan untuk menteri yang tak diperlukan. Ada kadang-kadang satu kementerian dua menteri, dan ini saya fikir agak membazir.

“Saya diberitahu PH berharap mengurangkan kepada kurang 20 menteri, bukan sehingga 35 menteri (sekarang) dan saya fikir itu sudah cukup tadbir negara,” kata Dr Mahathir.

3 comments:

  1. Setuju sesangat! Semua pun tahu tujuan lantikan tu nak kan pengaruh je. Tak cukup dengan tu, bagi gelaran pulak. Tu memang cara orang korup..!

    ReplyDelete
  2. Ramai menteri yg ada skrg adalah pemakan dedak tak tahu malu. Lps tu jd ngok demi pertahankan MO1

    ReplyDelete
  3. Kebanyakannya mereka pencuri, penyamun harta rakyat. Wajib bagi kita utk tidak lg memberi undi kpd BN. Mereka selayaknya dihumban dr persada politik Mesia..

    ReplyDelete