Wednesday, February 21, 2018

Berbohong: MP PAS diserang dan dikecam netizen

MP Pas kena serang pengguna laman sosial
MALAYSIA DATELINE  - February 21, 2018 10:51 am
Ahli Parlimen Pas bagi kerusi Kuala Nerus, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menerima serangan bertubi-tubi daripada pengguna laman sosial berikutan rakaman video ucapan beliau mengenai prinsip perjuangan Pas dan soal penentangan Pas terhadap Umno-Barisan Nasional (BN).

Beliau dikecam kerana didakwa berkata bohong kerana apa yang dilakukan Pas mutakhir ini kata pengguna laman sosial, jelas bertentangan dengan apa yang dikatakannya.

Salah satu daripada yang dibangkitkan pengguna laman sosial adalah soal pembelaan Pas dalam kes Indira Ghandi yang menurut Khairuddin berbeza dengan AMANAH, yang katanya mengetepikan hukum Islam.

“Sedarkah Pas bahawa Enakmen Pentadbiran Islam Terengganu 2001 yang diluluskan semasa pemerintahan Haji Hadi juga memperuntukkan kebenaran bapa dan ibu adalah diperlukan bagi anak bawah umur untuk memeluk Islam,” kata salah seorang daripada mereka.

Kata yang lain, “goreng Ustaz goreng, meniaga agama lebih menguntungkan daripada berniaga karbon kredit dan balak serta alat kosmetik”.

Dakwaan beliau, bahawa Pas konsisten membangkitkan dan penyelewengan Umno-BN di parlimen juga hebat dicemuh pengguna laman sosial.

Begitu juga dengan saranan beliau agar parti lain terutama AMANAH agar menyisih dan membiarkan Pas satu lawan satu dengan Umno-BN pada PRU14 untuk menewaskan Umno.

Kata khairuddin, parti-parti yang ada dalam Pakatan Harapan (PH) adalah parti-parti baharu, justeru biarkan Pas yang menentang Umno-BN kerana Pas dari dahulu lagi konsisten menentang Umno-BN.

* Adakah menjadi trend sekarang Pemimpin PAS dan bohong serta putar belit berpisah tiada?

5 comments:

  1. Inilah jenis pemimpin yg ada dlm pas skrg. Patutlah Amanah ditubuhkan. Ada seorg walaun berkomen dlm youtube dia lebih rela pilih najib drp mat sabun(sic) walau pun tahu najib mencuri. Pas dah hancur tak oleh pakai lg

    ReplyDelete
  2. Pemimpin pas tidak bohong...tapi barua2 dan khadam2 yg me mutarbelitkan kenyataan pemimpin pas

    ReplyDelete
  3. Tarikh: 23hb Mac 2017
    Aktiviti hari itu:
    Sebelah pagi terbang ke K.L,
    Tengahari terbang ke Ho Chi Minh, Vietnam
    Malam, ada kuliah maghrib di surau dlm DUN Seberang Takir, K.Nerus.

    Lepas solat maghrib:
    Jemaah tertunggu-tunggu....mana ostad, mana ostad pemberi kuliah, tak tiba-tiba ni, mana ostad?

    Masuk mesej wsapp: Maaf, ambe terlepas flite utk balik Ganu! Ambe mitok maaf banyak-banyak deh.

    Jamaah surau pun berkenduri makanan yang kononnya utk menjamu ostad tadi selepas kuliah

    Sebenarnya:
    Wahai Para jamaah surau, maafkan ambe deh! Ambe nk enjoy sakan di HCM, Vietnam, sebab tu ambe ponteng kuliah maghrib di surau malam tu!!!

    Itu contoh sikap dan perangai pemimpin parti agama, YB pulok tu!! Jemaah surau sendiri depa sanggup tipu, apatah lagi orang lain.

    ReplyDelete
  4. Menipu adalah sunah yang baru mereka terjumpa.

    ReplyDelete