Ustaz kata Najib tak masuk makam Nabi SAW, ulama UMNO kata masuk
"Akan nampak dinding tinggi ditutupi kain hijau. Tingginya 6.5 meter. Ia tertutup selama-lamanya." - Pengerusi Pameran Al-Haramain, Syeikh Faiz al-Faiz
admin 05/02/2018 - 2 minit anggaran tempoh bacaan
BANGI, 19 Jamadilawal 1439H, Isnin – Pendakwah bebas, Ustaz Abu Syafiq Al-Asy’ary berkata, dakwaan Perdana Menteri bahawa beliau memasuki makam Rasulullah SAW ketika mengadakan lawatan ke Arab Saudi, baru-baru ini, adalah tidak benar.
Merujuk Kitab Wafaul Wafa oleh Imam As-Samhudiy, beliau berkata, ada dua lapisan dinding yang menutupi makam Rasulullah SAW bersama Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar, yang tiada pintu.
Beliau berkata, Datuk Seri Najib Razak sebaliknya, hanya masuk melalui pintu Saidina Fatimah dan melihat kawasan ruang dinding luar kedua yang ditutupi kain berwarna hijau sebagaimana orang kenamaan lain.
Bagaimanapun, kenyataan itu disanggah Exco Pemuda UMNO, Dr Fathul Bari Mat Jahya yang mendakwa beliau melihat sendiri Najib masuk ke rumah Aisyah.
“Rumah Aisyah adalah tempat Nabi SAW dikebumikan. Maka umumnya itu dikira kawasan maqam,” katanya dalam Twitter beliau.
Fathul Bari juga berkata, tidak ada kenyataan daripada Najib mengenai orang yang memberi salam dari kawasan Masjid Nabawi, tidak sampai kepada Baginda SAW.
Dalam Facebooknya, Ustaz Abu Syafiq berkata, kawasan dalam makam Rasulullah SAW tidak pernah dimasuki oleh sesiapa pun sejak tahun 881 Hijrah sehingga kini.
“Maka dakwaan beliau (Najib) jelas tersasar. Dakwaan kedua beliau bahawa orang Islam yang memberi salam kepada Baginda Nabi dari Masjid Nabi di kawasan kebiasaan memberi salam itu adalah salamnya tidak sampai terus kepada Nabi, tetapi dirinya (Najib) yang memberi salam kepada Nabi sampai terus secara direct kepada Rasulullah SAW.
“Kenyataan tersebut bercanggah dengan Islam dan bercanggah dengan hadith Nabi yang menyatakan: “Sesiapa yang memberi salam kepadaku maka Allah akan kembalikan rohku dan aku menjawab salamnya”, Riwayat Abu Daud,” katanya.
Ustaz Abu Syafiq turut memuat naik klip video ucapan Najib pada Program Khas Haji YAB Perdana Menteri – Yayasan 1MDB – di Masjid Putrajaya, Jumaat lalu. Antara lain dalam ucapannya, Najib berkata:
“Kalau kita betul tuan-tuan, takkan saya sebagai ketua kerajaan diberi penghormatan yang teristimewa dalam lawatan mengerjakan ibadat umrah baru-baru ini, saya diberi pertimbangan teristimewa kerana baginda Raja Salman bersetuju membenarkan saya masuk makam Rasulullah.
“Yang kita biasa ziarah tu, di luar pintu hijau, saya niat di hati satu hari nak masuk pintu tu. Alhamdulillah Tuhan makbulkan dapat masuk makam Rasulullah.
“Ada ulama kata kalau di luar, kita menyampaikan salam kepada Rasulullah melalui malaikat, tapi kalau di dalam depan dengan makam Rasulullah, terus direct dengan Rasulullah. Mudah-mudahan, itulah, mudah-mudahan mendapat syafaat dari Rasulullah untuk negara kita supaya Malaysia ini terus menjadi negara Islam contoh progresif, maju dan jaya.”
Mengulas lanjut, Ustaz Abu Syafiq berkata, mengkhususkan salam diberi daripada dirinya itu sampai terus kepada Rasulullah SAW dan pada waktu yang sama menidakkan salam orang Islam lain, adalah dakwaan batil bercanggah dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
“Para mufti dan menteri agama serta para Habaib sepatutnya tegur dan bukan menganggukkan saja pada dakwaan batil tersebut. Bukan niat saya memburukkan DS Najib yang saya sayangi tetapi penipuan ke atas apa-apa yang berkaitan dengan Sayyiduna Rasulullah adalah besar dan serius,” katanya.
Bagi memperkuatkan hujahnya, Ustaz Abu Syafiq turut memuat naik kenyataan Pengerusi Pameran Al-Haramain yang juga Pegawai di Masjid Nabawi, Syeikh Faiz al-Faiz, mengenai makam Rasulullah SAW.
Antara lain dalam kenyataan itu, Syeikh Faiz berkata, ada orang bertanya, mengapa ada dinding di makam nabi, kenapa tidak nampak secara terus makam nabi.
“Ini kerana jika nampak, akan berlaku musibah yang amat besar… Allah memelihara makam nabi dengan tiga dinding. Dua dinding dan satu dinding bertingkap.
“Tengok ikut tingkap, tak nampak apa-apa… kalau masuk melepasi tingkap, tak nampak juga. Akan nampak dinding tinggi ditutupi kain hijau. Tingginya 6.5 meter. Ia tertutup selama-lamanya,” katanya.
Menjawab soalan, Syeikh Faiz berkata, selepas dinding itu, bukannya dilarang masuk, tetapi sememangnya tidak boleh masuk kerana tertutup selama-lamanya.
“(Itulah) sebagai tanda Allah memelihara makam nabi. Kerana Allah memakbulkan doa nabi, “Ya Allah, jangan jadikan makamku sebagai sembahan”. Kalaulah makam nabi depan manusia (boleh dilihat langsung), akan berlaku musibah emosi, fitnah. Dalam masa sehari, habis hancur makam nabi.
“Tak betul jika ada video yang mengatakan dalam kawasan makam ada rambut, pedang nabi dan sebagainya. Itu hanya untuk tujuan promosi pelancongan. Tiada ada apa-apa pun di dalamnya dan tiada siapa tahu kerana ia ditutup. Antara tiga makam terdapat dinding yang memisahkan ketiga-tiganya,” katanya.
(Tonton video penerangan Syeikh Faiz menerusi pautan video di bawah, bermula minit 44:00 hingga 45:30)
"Akan nampak dinding tinggi ditutupi kain hijau. Tingginya 6.5 meter. Ia tertutup selama-lamanya." - Pengerusi Pameran Al-Haramain, Syeikh Faiz al-Faiz
admin 05/02/2018 - 2 minit anggaran tempoh bacaan
BANGI, 19 Jamadilawal 1439H, Isnin – Pendakwah bebas, Ustaz Abu Syafiq Al-Asy’ary berkata, dakwaan Perdana Menteri bahawa beliau memasuki makam Rasulullah SAW ketika mengadakan lawatan ke Arab Saudi, baru-baru ini, adalah tidak benar.
Merujuk Kitab Wafaul Wafa oleh Imam As-Samhudiy, beliau berkata, ada dua lapisan dinding yang menutupi makam Rasulullah SAW bersama Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar, yang tiada pintu.
Beliau berkata, Datuk Seri Najib Razak sebaliknya, hanya masuk melalui pintu Saidina Fatimah dan melihat kawasan ruang dinding luar kedua yang ditutupi kain berwarna hijau sebagaimana orang kenamaan lain.
Bagaimanapun, kenyataan itu disanggah Exco Pemuda UMNO, Dr Fathul Bari Mat Jahya yang mendakwa beliau melihat sendiri Najib masuk ke rumah Aisyah.
“Rumah Aisyah adalah tempat Nabi SAW dikebumikan. Maka umumnya itu dikira kawasan maqam,” katanya dalam Twitter beliau.
Fathul Bari juga berkata, tidak ada kenyataan daripada Najib mengenai orang yang memberi salam dari kawasan Masjid Nabawi, tidak sampai kepada Baginda SAW.
Gambar rajah dari FB Ustaz Abu Syafiq.
“Maka dakwaan beliau (Najib) jelas tersasar. Dakwaan kedua beliau bahawa orang Islam yang memberi salam kepada Baginda Nabi dari Masjid Nabi di kawasan kebiasaan memberi salam itu adalah salamnya tidak sampai terus kepada Nabi, tetapi dirinya (Najib) yang memberi salam kepada Nabi sampai terus secara direct kepada Rasulullah SAW.
“Kenyataan tersebut bercanggah dengan Islam dan bercanggah dengan hadith Nabi yang menyatakan: “Sesiapa yang memberi salam kepadaku maka Allah akan kembalikan rohku dan aku menjawab salamnya”, Riwayat Abu Daud,” katanya.
Ustaz Abu Syafiq turut memuat naik klip video ucapan Najib pada Program Khas Haji YAB Perdana Menteri – Yayasan 1MDB – di Masjid Putrajaya, Jumaat lalu. Antara lain dalam ucapannya, Najib berkata:
“Yang kita biasa ziarah tu, di luar pintu hijau, saya niat di hati satu hari nak masuk pintu tu. Alhamdulillah Tuhan makbulkan dapat masuk makam Rasulullah.
“Ada ulama kata kalau di luar, kita menyampaikan salam kepada Rasulullah melalui malaikat, tapi kalau di dalam depan dengan makam Rasulullah, terus direct dengan Rasulullah. Mudah-mudahan, itulah, mudah-mudahan mendapat syafaat dari Rasulullah untuk negara kita supaya Malaysia ini terus menjadi negara Islam contoh progresif, maju dan jaya.”
Mengulas lanjut, Ustaz Abu Syafiq berkata, mengkhususkan salam diberi daripada dirinya itu sampai terus kepada Rasulullah SAW dan pada waktu yang sama menidakkan salam orang Islam lain, adalah dakwaan batil bercanggah dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
“Para mufti dan menteri agama serta para Habaib sepatutnya tegur dan bukan menganggukkan saja pada dakwaan batil tersebut. Bukan niat saya memburukkan DS Najib yang saya sayangi tetapi penipuan ke atas apa-apa yang berkaitan dengan Sayyiduna Rasulullah adalah besar dan serius,” katanya.
Bagi memperkuatkan hujahnya, Ustaz Abu Syafiq turut memuat naik kenyataan Pengerusi Pameran Al-Haramain yang juga Pegawai di Masjid Nabawi, Syeikh Faiz al-Faiz, mengenai makam Rasulullah SAW.
Antara lain dalam kenyataan itu, Syeikh Faiz berkata, ada orang bertanya, mengapa ada dinding di makam nabi, kenapa tidak nampak secara terus makam nabi.
“Ini kerana jika nampak, akan berlaku musibah yang amat besar… Allah memelihara makam nabi dengan tiga dinding. Dua dinding dan satu dinding bertingkap.
“Tengok ikut tingkap, tak nampak apa-apa… kalau masuk melepasi tingkap, tak nampak juga. Akan nampak dinding tinggi ditutupi kain hijau. Tingginya 6.5 meter. Ia tertutup selama-lamanya,” katanya.
Menjawab soalan, Syeikh Faiz berkata, selepas dinding itu, bukannya dilarang masuk, tetapi sememangnya tidak boleh masuk kerana tertutup selama-lamanya.
“(Itulah) sebagai tanda Allah memelihara makam nabi. Kerana Allah memakbulkan doa nabi, “Ya Allah, jangan jadikan makamku sebagai sembahan”. Kalaulah makam nabi depan manusia (boleh dilihat langsung), akan berlaku musibah emosi, fitnah. Dalam masa sehari, habis hancur makam nabi.
“Tak betul jika ada video yang mengatakan dalam kawasan makam ada rambut, pedang nabi dan sebagainya. Itu hanya untuk tujuan promosi pelancongan. Tiada ada apa-apa pun di dalamnya dan tiada siapa tahu kerana ia ditutup. Antara tiga makam terdapat dinding yang memisahkan ketiga-tiganya,” katanya.
(Tonton video penerangan Syeikh Faiz menerusi pautan video di bawah, bermula minit 44:00 hingga 45:30)
No comments:
Post a Comment