Sunday, October 1, 2017

Tercubit ke?

Pepatah saja pun, kenapa SPRM nak terasa
TMI  -  Diterbitkan pada 30 Sep 2017 1:30PM
Di sebalik ketegasan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Dzulkifli Ahmad menjalankan tugas, beliau rupanya sensitif dengan 'sindiran' yang dikeluarkan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang. – Gambar fail The Malaysian Insight, 30 September, 2017

PEMBENTERAS rasuah utama di Malaysia, Dzulkifli Ahmad, adalah seorang lelaki yang cepat menyesuaikan diri dengan tugasnya sejak dilantik memegang jawatan pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Julai 2016.

Beliau dan orang-orangnya telah menyerbu beberapa individu dan tempat dari pejabat hingga ke rumah dan mendedahkan beberapa skandal dan wang tunai disimpan beberapa elit negara. Dan mereka yang menyalahgunakan kuasa.

Bukan itu sahaja, lelaki daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) ini juga tegas mengenai kerja dan lantang kepada mereka yang mengkritiknya – tidak kira siapa sama ada daripada menteri hingga pemimpin pembangkang.

Beliau memberi amaran kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Paul Low minggu lalu mengenai saranan kepada Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negara, mengatakan ia adalah satu pembaziran wang dan pertindihan kerja.

Beliau juga ambil hati mengenai apa yang dikatakan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengenai penahanan ahli majlis eksekutif negeri Phee Boon Poh dan mengancam SPRM  menyamannya terhadap kenyataan yang dibuat.

Nasib baik untuk Lim dan malang bagi Dzulkifli, undang-undang dengan jelas mengatakan SPRM tidak boleh menyaman atau disaman.

Terbaru, Dzulkifli kini melancarkan serangan terhadap Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang kerana menggunakan ungkapan tiga ekor monyet, “monyet yang mempunyai mata tetapi tidak melihat, ada telinga tetapi tidak mendengar dan ada mulut tetapi tidak berbicara” – bagi merujuk kepada kegagalan suruhanjaya itu bertindak terhadap Skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Secara jelas Dzulkifli berkata: "Rakyat boleh menilai adakah adab dan bicara pemimpin DAP itu budaya Malaysia.

"Kita masyarakat Malaysia orang beradab tetapi perkataan yang digunakannya itu melampau dan tidak bertamadun," katanya kepada pemberita di Perak semalam.

Lim mengkritik Dzulkifli dengan mengatakan semua tumpuan kini diberikan kepada ketua pesuruhjaya SPRM mengenai sama ada beliau akan memimpin SPRM dengan bersih.

Lim berkata Dzulkifli sepatutnya menyedari beliau bertindak seperti pepatah tiga ekor monyet berhubung skandal 1MDB, beliau akan menjadikan SPRM sebagai agensi anti-rasuah "kleptokratik" pertama di dunia.

Inilah perkaranya, tuan: Lim tidak memanggil anda monyet dan anda tidak sepatutnya terasa dengan kenyataan itu. Tugas anda bukannya pertandingan populariti dan jika ada, kerajaan juga harus kritikal terhadap tugas anda.

Tugas anda adalah untuk memastikan orang bersikap jujur dan tidak terbabit dengan rasuah. Ia memerlukan orang yang istimewa untuk melakukan pekerjaan ini. Mereka perlu kalis rasuah dan bersikap muka tebal.

Oleh itu, sila teruskan dengan kerja tanpa rasa takut, dan pastikan mereka yang rasuah di Malaysia ke tempat sepatutnya – di penjara.

Dan jika anda masih tidak memahami peribahasa atau ungkapan lain, pergi belajar Bahasa Inggeris dan cari apa itu simpulan bahasa, perumpamaan, metafora, dan peribahasa. Anda pasti tidak mahu jadi seperti bekas ketua menteri di Australia, bukan? – 30 September, 2017.

5 comments:

  1. Sesorang yg bekerja dengan jujur dan mementingkan kesejahteraan negara tidak akan mudah melatah dan melenting,..mengapa dicuit dengan peribahasa atau metafora yg biasa2 itu terlalu cepat meloncat tak tentu arah,.??? Sepatutnya pendirian seorang bos kepada sesuatu suruhjaya tetap berada diatas platform yg kukuh , rata, dan padat dari sebarang gangguan, mengapa pula keadaan yg berlaku itu menjadi sebaliknya,. Melihat staff bawahan tidak langsong menghiraukan apa2 cuitan dari khalayak yg cuba menguji namun dinyahkan saja, malah dipuji akan tugasanya yg tetap mengendalikan sesuatu kes hingga membuktikan kesalahan langsong terus kependakwaanya,.tidak kepada zulkifly yg cepat melenting tak tentu pasal dan rentaknya, berbeza dengan pekerja bawahanya yg diuji dan dipilih serta dilatih dari satu peringkat ke peringkat yg lain, apakah Zulkifly melalui semuanya itu,.??? Rakyat tidak rasa hairan resam pentadbiran dalam perlantikan jawatan secara politik sememangnya sentiasa goyang antara tugas dan tanggongjawab kepada yg melantik, walaupon secubit rasa ia pasti atas dasar tidak ikhlas dan samarata kepada sikap kerja seperti yg termaktub dalam sumpah jawatan,.seandainya SPRM mahukan kekentalan dalam perkhidmatannya bagi mendapatkan kepercayaan dan penerimaan disemua lapisan mastarakat, sewajarnyalah tempat Zulkifly itu tidak dilantik atas pengaruh Politik Kleptrokrasi, malah akan diterima oleh semua kiranya jawatan itu dilantik daripada kalangan yg bebas daripada pengaruh politik dan Individu tertentu yg berkepentingan,...

    ReplyDelete
  2. Rupa nye dzul ni nampak garang tapi manja macam bapuk lorong hj taib. Auw auw auw. Pdn muke hampa. Hehehe. Naik pangkat sbb bodek. Kerja tak tauu. Hampehhhh.

    ReplyDelete
  3. Rupa nye dzul ni nampak garang tapi manja macam bapuk lorong hj taib. Auw auw auw. Pdn muke hampa. Hehehe. Naik pangkat sbb bodek. Kerja tak tauu. Hampehhhh.

    ReplyDelete
  4. Ketua sprm dah jd mcm berok kena belacang. Gatal tergaru kena dgn apek lim kit siang. Tepat skali lim kata dia berok. Analogi apek lim tajam skali. Menusuk kalbu dzul. Apo lagi. Tangkap nangis ler. Hihi

    ReplyDelete
  5. Ketua sprm dah jd mcm berok kena belacang. Gatal tergaru kena dgn apek lim kit siang. Tepat skali lim kata dia berok. Analogi apek lim tajam skali. Menusuk kalbu dzul. Apo lagi. Tangkap nangis ler. Hihi

    ReplyDelete